Tealive merupakan jenama yang tak asing lagi bagi penggemar minuman boba di Malaysia. Milk teanya memang tak dinafikan sedap sampai ramai yang repeat order!
Namun, kalau anda dah bosan asyik pesan minuman yang sama setiap kali datang ke Tealive, apa kata anda cuba menu recommended yang lain? Pasti takkan menyesal sebab rasanya juga sangat sedap dan menyegarkan.
Jom kita tengok 13 menu Tealive yang sedap untuk anda cuba!
Menu terbaru dengan rasa ala tembikai susu ni teramatlah sedap sampai ramai yang recommend! Ada dua jenis minuman iaitu smoothie atau milk. Topping pun ada dua jenis iaitu green tea jelly atau pop pop pearls.
Kalau anda kurang gemar rasa jasmine yang agak wangi, jangan ambil green tea jelly. Sebaliknya, tukarkan kepada pop pop pearls yang rasa masam-masam manja, memang ngam dengan rasa melon milk yang sedap berkrim ni. Cepat cuba sementara stok masih ada!
Apa rasanya kopi kalau letak brown sugar? Kalau nak tahu, kenalah cuba minuman kopi yang paling laris di Tealive iaitu Bang Bang Coffee. Lain macam sedapnya bila dinikmati dengan campuran susu segar dan warm pearls.
Siapa yang tak suka dengan milk tea dari Tealive? Pilihan yang selamat dan tepat untuk semua.
Tapi, kalau anda dah biasa minum milke tea dengan pearl, apa kata kali ni tukar dengan topping black diamond? Sedap tau sebab topping ni rasa caramel pudding.
Kalau anda sukakan kopi yang tak terlalu pahit, cubalah pesan Cocoa Mocha iaitu gabungan kopi, koko dan susu segar yang padu. Boleh add on pearls kalau anda suka. Nak yang panas pun boleh!
Antara kegemaran ramai, rasa Bang Bang Milk Tea ni lain daripada signature milk tea sebab dicampurkan dengan brown sugar sauce. Menu yang wajib cuba bagi anda yang tak pernah try minuman Bang Bang Series.
Satu lagi menu Bang Bang Series yang paling laris, kombinasi brown sugar, susu segar dan pearls sememangnya sangat sempurna!
Peminat rasa strawberi wajib cuba menu tealive yang sedap ni! Puddingnya yang lembut dan memang sedap lain macam bila dinikmati dengan air yang masam-masam manis.
Walaupun Tealive popular dengan milk tea, sekali sekala, anda boleh juga cuba kopinya yang cukup padu.
Signature Coffee sesuai buat anda yang gemarkan rasa kopi yang kaw. Anda juga boleh adjust tahap gula ikut citarasa. Kalau nak tambah black diamond pun sedap!
Kedua-dua minuman dari Coco Series ni patut dicuba bagi yang sukakan minuman coklat. Rasanya dikatakan agak plain. Oleh sebab itu, anda bolehlah tambah pearl atau pudding untuk serlahkan lagi kesedapannya.
Kalau anda belum boleh move on dengan menu Tealive yang sedap berasaskan coklat, anda bolehlah cuba Bang Bang Chocolate yang kaya dengan rasa coklat yang sedap dan tak terlalu manis.
Mango Passion Smoothie adalah antara minuman Smoothie Series yang paling laris, memang sedap tak terkata macam minum mango juice!
Setelah dikisar, minuman ini ditabur pula dengan biji buah markisah segar. Gabungan yang menyegarkan dan padat dengan rasa tropika.
Untuk penggemar perisa matcha, anda wajib cuba Matcha Milk Tea with Warm Pearls. Untuk yang sukakan kacang merah, anda boleh pesan Nishio Matcha Milk Tea with Red Bean.
Ramai netizen yang turut syorkan Milk Choc Smoothie Shaka Lava, menu Tealive yang sedap gabungan coklat cair, oreo dan susu segar.
Banyak rupanya menu sedap yang boleh dicuba di Tealive! Anda suka milk tea, kopi atau minuman buah? Semuanya menanti anda di Tealive! Pendek kata, pasti ada yang bakal memikat hati anda. Jom cuba menu Tealive yang baru di cawangan kegemaran anda hari ini!
Sumber : Twitter @AtiqahMohdAsri , @skinnyondinie