Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » 13,000 Botol Sambal Nyet Khairul Aming Sold Out Dalam Masa 2 Minit, Ini Paling Laju Habis Sepanjang 3 Tahun Berniaga

13,000 Botol Sambal Nyet Khairul Aming Sold Out Dalam Masa 2 Minit, Ini Paling Laju Habis Sepanjang 3 Tahun Berniaga

Kategori:
Sambal Nyet Khairul Aming

Jika anda penggemar sambal, pasti Sambal Nyet Khairul Aming tidak menjadi asing lagi dan menjadi antara pilihan nombor satu.

Antara influencer yang turut mengeluarkan produk makanan adalah Khairul Aming. Beliau merupakan salah seorang influencer yang berjaya dalam perniagaan makanan iaitu Sambal Nyet.

Pernah menghebohkan jagat raya apabila beribu botol sambal habis terjual hanya dalam masa beberapa minit sahaja.

13,000 Botol Sambal Nyet Khairul Aming Sold Out Dalam Masa 2 Minit, Ini Paling Laju Habis Sepanjang 3 Tahun Berniaga

Sambal Nyet Khairul Aming

Terbaharu, dia berjaya menjual 13,000 Sambal Nyet hanya dalam sama 2 minit. Jika mengikut kiraan, 108 order terjual dalam masa sesaat. Sememangnya, ia perkara yang luar biasa dan tidak dijangka-jangka.

Melihat kepada video-video yang tular di laman media sosial, Khairul Aming juga terkejut melihat sokongan orang ramai terhadap Sambal Nyet yang dijualnya.

“Weh… Jap ya Allah. Weh, aku speechless. Korang tengok…”, kata Khairul Aming dengan reaksi muka yang teruja.

Sambal Nyet Khairul Aming

https://www.tiktok.com/@jiey_kun/video/7220654673185787163?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378

@jiey_kun KA jarang tak gempakk😭😭first time tgk live dpn mata 2mnute lesap 13k botol sambal! #khairulaming ♬ Suasana Di Hari Raya – Anuar & Ellina

Melihat ruangan komen, ramai netizen yang turut teruja mengikut live Khairul Aming tentang Sambal Nyet berkenaan.

“Rezeki orang baik. Seronok tengok. Terbayang pekerja–pekerja dia lagi. Seronok dorang kerja raya dengan Khairul Aming.

“Tu tanda marketing power, sepower-powernya”, tulis netizen lain dengan nama Athirah berkenaan penjualan Sambal Nyet Khairul Aming semalam.

Dia Baik, Ramai Support. Marketing Pula Power – Netizen

Sambal Nyet Khairul Aming

“Sebab dia baik, ramai yang support dia. Dah lah baik, pandai masak, jaga kebajikan pekerja. Cakap pun lembut je,” kata Alicia.

Semoga sosok Khairul Aming tetap menginspirasikan anak muda untuk terus percaya pada mimpi bahawa kejayaan boleh digapai. Bergantung juga dengan hal sekeliling. Semoga semua dipermudahkan.

Sumber video: Jiey_Kun

Baca juga: “Majikan Besar Patut Tiru Khairul Aming”, Bagi Bonus Raya Hingga Beribu, Ramai Terpukau Cara Khairul Aming Layan Pekerjanya

tags: | |