Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tempat Makan » 15 Senarai Kedai Nasi Ayam Di Negeri Sembilan Yang Padu, Harga Pula Sangat Berpatutan!

15 Senarai Kedai Nasi Ayam Di Negeri Sembilan Yang Padu, Harga Pula Sangat Berpatutan!

Kategori:

Memang tidak dinafikan di Malaysia terlalu banyak hidangan atau makanan Melayu serta luar yang sangat sedap. Antara makanan dari negara lain yang sudah menjadi tradisi makanan Melayu adalah nasi ayam. Nasi ayam ini sebenarnya berasal daripada China. Oleh sebab itu ada nama Nasi Ayam Hainan.

Nasi ayam ini merupakan makanan yang sesuai di makan pada bila-bila masa sahaja. Hanya tinggal kita yang memilih sama ada ingin membuatnya sendiri atau makan di kedai. Sekiranya sekarang ini anda berada di Negeri Sembilan mungkin anda boleh memilih kedai mana yang ingin anda kunjungi berdasarkan 15 kedai nasi ayam di bawah ini.

Berikut Merupakan 15 Kedai Nasi Ayam Yang Sedap Serta Padu Di Negeri Sembilan

1. Nasi Ayam Hainan Kak Lina

Berada di sekitar Taman Bukit Ampangan? Bolehlah sekiranya anda ingin mencuba nasi ayam di kedai Nasi Ayam Hainan Kak Lina ini. Bukan sahaja ada nasi ayam malah nasi itik juga turut ada di sini. Malah kuah sup di sini juga sangat istimewa. Tengok gambar pun dah terliur!

Alamat:

  • Jalan Cengal 10, Taman Bukit Ampangan, 70400 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi:

  • Setiap hari : 10.00AM – 08.30PM

Mari kita tinjau kedai ini:

[foogallery id=”39965″]

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

[foogallery id=”7569″]

2. Kafe Ikhwan Nasi Ayam Hainan

Nak makan nasi ayam tanpa was-was? Kafe Ikhwan Nasi Ayam Hainan adalah tempatnya. Diyakini halal dan pastinya tidak mengecewakan anda. Nasi yang tidak muak dan ayamnya yang sangat crunchy dan juicy pastinya membangkitkan selera anda. Mahu tak cukup satu hidangan ni.

Alamat:

  • 144, Jalan S2F2, Garden Homes,, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi:

  • Setiap hari : 7.00AM – 11.00PM

Mari kita tinjau kedai ini:

[foogallery id=”7270″]

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

[foogallery id=”7561″]

3. Restoran Nasi Ayam Gemas Mustafah

Pastinya peminat nasi ayam sudah biasa mendengar nama restoran Nasi Ayam Gemas Mustafah yang sangat popular dengan nasi ayam yang padu. Sekiranya anda tercari-cari di mana restoran ini, ia terletak di Pusat Perniagaan Mewah, Gemas. Jadi bagi anda yang ada di kawasan sekitar, bolehlah singgah seketika untuk menjamu selera di sini.

Alamat:

  • No.6, Jalan Mewah 1, Pusat Perniagaan Mewah, 73400 Gemas, Negeri Sembilan

Waktu Operasi:

  • Setiap hari : 11.00AM – 04.00PM

Mari kita tinjau kedai ini:

[foogallery id=”7657″]

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

[foogallery id=”7658″]

4. Nasi Ayam Bakar Pasu Terlangkup

Nasi Ayam Bakar Pasu Terlangkup merupakan sebuah kedai nasi ayam yang mana sangat terkenal di Port Dickson. Kebiasaanya orang luar pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati hidangan di kedai ini jika ke Port Dickson. Selain dari nasi ayam, ada juga menu lain yang rata-ratanya amat menyelerakan!

Alamat:

  • 5, Taman Bayu, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi:

  • Setiap hari 11.00AM – 07.00PM

Mari kita tinjau kedai ini:

[foogallery id=”7626″]

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

[foogallery id=”7632″]

5. Nasi Ayam Panggang Oasis

Sebut sahaja ayam panggang pastinya ramai yang melelh air liur. Jika saat ini anda teringin nak makan ayam panggang bolehlah singgah di kedai Nasi Ayam Panggang Oasis ini. Kedai ini memang menjadi tarikan orang ramai, mungkin kerana kesedapan nasi ayam yang mana berlaukkan ayam panggang. Memang lain dari yang lain!

Alamat:

  • Jalan Indah, Kampung Baru, 73000 Tampin, Negeri Sembilan

Waktu Operasi:

  • Setiap Isnin hingga Sabtu : 09.30AM – 04.00PM
  • Ahad : Tutup

Mari kita tinjau kedai ini:

[foogallery id=”7645″]

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

[foogallery id=”7648″]

6. Restoran Nasi Ayam Aroma

Terletak di Gemas, restoran Nasi Ayam Aroma ini memang menjadi tumpuan orang ramai. Walaupun tempatnya biasa-biasa sahaja namun pengunjung amat menyukai nasi ayam di sini. Mungkin kerana nasi ayamnya yang sangat sedap dan juicy. Memang sesuai sangat untuk mulut melayu. Malah dari jauh lagi dah boleh bau aroma nasi ayam yang sedap ini!

Alamat:

  • Kampung Pasir Besar, 73400 Gemas, Negeri Sembilan

Waktu Operasi:

  • Isnin hingga Jumaat: 10.30AM – 09.30PM
  • Sabtu : 11.00AM – 07.00PM
  • Ahad : Tutup

Mari kita tinjau kedai ini:

[foogallery id=”7668″]

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

[foogallery id=”7674″]

7. Shafiq Lee Nasi Ayam

Pernah makan nasi ayam berlaukkan itik? Jika belum, Shafiq Lee Nasi Ayam adalah kedai yang patut anda kunjungi. Kedai yang dibuka dari jam 10 pagi sehingga 11.45 malam ini sering dipenuhi pelanggan setiap waktu. Memang laku keras weh dia punya nasi ayam dan nasi itik. Jadi jangan lupa untuk singgah ye!

Alamat:

  • 418-G, Jalan Bandar Senawang 1, Pusat Bandar Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi:

  • Setiap hari : 10.00AM–11.45PM

Mari kita tinjau kedai ini:

[foogallery id=”7676″]

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

[foogallery id=”7684″]

8. Nasi Ayam Herba Hainan Acik Nui

Terletak di Senawang, kedai Nasi Ayam Herba Hainan Acik Nui ini memang popular dalam kalangan penduduk setempat. Mana tidaknya, nasinya yang lembut dan kuahnya yang cukup kaw dimakan pula dengan ayam yang cukup segala rasanya pasti ramai yang menggemari. Bagi anda yang belum pernah menjejakan kaki ke sini, kunjungilah sekarang!

Alamat:

  • The Pinnacles Kitchen 16-1, Jalan D cattleya 2, Bangunan D Cattleya Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi:

  • Setiap hari : 11.00AM – 11.00PM

Mari kita tinjau kedai ini:

[foogallery id=”7732″]

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

[foogallery id=”7753″]

9. Restoran Nasi Ayam Hao Ki

Bagi anda yang bukan beragama Islam, mungkin ini kedai nasi ayam terbaik yang patut anda terjah sekarang. Mereka menyediakan BBQ Pork yang terbaik. Jika ingin berbbq sambil makan nasi ayam yang sedap dan menikmatkan boleh lah ke restoran Nasi Ayam Hao Ki ini. Memang tak menyesal!

Alamat:

  • Kemayan Square, 2, Lorong Haruan 5/1, Oakland Commercial Centre, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi:

  • Dibuka setiap hari bermula jam: 09.30AM – 03.30PM

Mari kita tinjau kedai ini:

[foogallery id=”7699″]

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

[foogallery id=”7700″]

10. Warung Mak Mah Nasi Ayam

Nasi ayam merupakan hidangan yang boleh diambil pada bila-bila masa. Diambil untuk sarapan pagi, makan tengahari dan malam. Semuanya tidak menjadi masalah. Sekiranya anda teringin makan nasi ayam yang lembut dan berlaukkan ayam yang cukup juicy, bolehlah kunjungi Warung Mak Mah Nasi Ayam ini.

Alamat:

  • Kampung Bahasa Kapor, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi:

  • Dibuka setiap hari bermula jam: 7.00 AM–6.00 PM

Mari kita tinjau kedai ini:

[foogallery id=”7598″]

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

[foogallery id=”7604″]

11. Nasi Lemak Salak & Nasi Ayam Yaman

Sekiranya anda berada di Kota Seriemas, singgah sahaja di Kedai Nasi Lemak Salak & Nasi Ayam Yaman ini untuk menikmati nasi ayam yang bukan biasa-biasa sedapnya. Selain nasi ayam ada juga nasi lemak yang mana memang sangat menyelerakan. Satu pinggan belum tentu cukup tau!

Alamat:

  • Warung Nasi Lemak Salak Jijan Hilir, Lot 404, Kota Seriemas, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

Waktu Operasi:

  • Setiap Isnin hingga Sabtu : 06.45AM – 11.00AM
  • Ahad : Tutup

Mari kita tinjau kedai ini:

[foogallery id=”7689″]

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

[foogallery id=”7690″]

12. Nasi Ayam Hailam Aiman Ong

Nasi Ayam Hailam Aiman Ong, kesedapannya memang tidak dapat disangkal lagi. Rata-rata pengunjung yang datang pastinya berpuas hati dengan setiap hidangan di sini. Malah bukan sahaja makanannya yang sedap malah persekitaran juga bersih dan tenang.

Alamat:

  • No 10 Jalan PD – Seremban Lukut Prima 71010, Negeri Sembilan

Waktu Operasi:

  • Dibuka setiap hari bermula jam: 10.00 AM–10.00 PM

Mari kita tinjau kedai ini:

[foogallery id=”7762″]

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

[foogallery id=”7761″]

13. Restoran Bunga Lawang

Sekiranya anda peminat nasi ayam dengan sos kicap yang banyak, restoran Bunga Lawang ini adalah salah satu kedai yang wajib anda kunjungi. Setiap hari memang ramai pelanggan yang sanggup bersesak demi menikmati nasi ayam di sini. Memang terbaik sangat!

Alamat:

  • 11390, Jalan BBN 6/2b, Desa Cempaka, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

Waktu Operasi:

  • Setiap hari : 2.00 AM–10.00 PM

Mari kita tinjau kedai ini:

[foogallery id=”7725″]

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

[foogallery id=”7726″]

14. Nasi Ayam Gemencheh / Ola Bola Cafe

Nasi Ayam Gemencheh merupakan salah satu kedai nasi ayam yang terpaling disukai oleh penduduk yang tinggal berdekatan. Mungkin kerana kesedapan nasi ayamnya yang tiada tandingan serta kawasan kedai yang sangat selesa dan bersih. Begitu juga dengan staf dan tauke di sini, ratanya sangat peramah.

Alamat:

  • Jalan Hutton, Seremban, 70100 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi:

  • Isnin hingga Jumaat : 09.00 – 06.00PM
  • Sabtu dan Ahad : Tutup

Mari kita tinjau kedai ini:

[foogallery id=”7710″]

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

[foogallery id=”7703″]

15. The Chicken Rice Shop

The Chicken Rice Shop memang tidak dapat dinafikan lagi kesedapannya. Hampir semua tempat atau negeri, restoran ini ada. Bagi anda yang pernah merasai sendiri pasti tahu bagaimana kesedapannya kan? Ayamnya yang sangat lembut dan nasinya yang tidak muak sama sekali memang terbaik! Memang rugi kalau anda tak mencuba untuk makan di The Chicken Rice Shop ini!

Alamat:

  • 112, Persiaran S2 B1, Biz Avenue Shop, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi:

  • Dibuka setiap hari bermula jam: 10.00 AM–10.00 PM

Mari kita tinjau kedai ini:

[foogallery id=”7769″]

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

[foogallery id=”7770″]

 

tags: |