Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » 15 Resepi Aiskrim Homemade Mudah Dan Sedap

15 Resepi Aiskrim Homemade Mudah Dan Sedap

Kategori: ,
Resepi Aiskrim Homemade Mudah Dan Sedap

15 Resepi Aiskrim Homemade Mudah Dan Sedap.

Jom buat aiskrim homemade bersama anak-anak hujung minggu ni!

Panas-panas ni memang sedap kalau dapat makan aiskrim, buat sendiri lagi jimat dan puas hati.

 

Terus ke:

1. Aiskrim Asam Boi

2. Aiskrim Hipster Coki-coki

3. Aiskrim Homemade

4. Aiskrim Sumi Jelly

5. Aiskrim Mint Chocolate Rice

6. Aiskrim Cappunico Oreo

7. Aiskrim Malaysia versi cheese

8. Aiskrim Durian

9. Aiskrim Malaysia Ain Kamis

10. Aiskrim Kacang Merah Lemak Berkrim

11. Aiskrim Jeruk Mangga

12. Aiskrim Kacang Hijau

13. Aiskrim Green Tea

14. Aiskrim Malaysia Versi Sangkaya 

15. Aiskrim Nutella

 

1. Aiskrim Asam Boi

Bahan-bahan:

  • Air panas
  • Gula
  • Perisa asam masin
  • Asam boi
  • Plastik aiskrim

Cara membuat:

  1. Larutkan gula dengan air panas.
  2. Masukkan perisa asam masin. (nak guna perisa oren pun boleh).
  3. Biarkan sejuk.
  4. Masukkan asam boi ke dalam plastik.
  5. Kemudian masukkan air bancuhan air asam yang sudah sejuk ke dalam plastik.
  6. Ikat ketat-ketat.
  7. Simpan dalam peti ais hingga beku.

2. Aiskrim Hipster Coki-coki

Bahan-bahan:

  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu manis
  • 4 tin air
  • 2 sudu makan tepung jagung (Bancuh dengan sedikit air di dalam bekas lain
  • supaya tepung tak berketul)
  • Secubit garam
  • 3 paket choki choki

Cara membuat:

  1. Campurkan susu cair, susu manis, garam dan air dalam periuk.
  2. Masakkankan dan kacau sehingga sedikit panas
  3. Masukkan tepung jagung. Kacau sehingga mendidih.
  4. Tutup api dan biarkan susu tadi sehingga sejuk.
  5. Masukkan separuh choki choki ke dalam plastik aiskrim, dan picit kan choki
  6. choki.
  7. Tuangkan susu separuh plastik dan ikat.
  8. Buat sampai habis. Dah siap, simpan dan peti ais.
  9. Anggaran aiskim 25-27 bungkus.

3. Aiskrim Homemade

Bahan-bahan:

  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu pekat
  • 1 tin air(sukat guna tin susu tu jgk)
  • 1 sudu besar tepung jagung

Cara membuat: 

  1. Didihkan semua bahan dan sentiasa kacau.
  2. Sejukkan seketika.
  3. Letakkan 1 sudu besar ovallate dan 1 sudu kecil esen vanila.
  4. Mixerkan bahan ni tahap max mungkin dalam 30 min atau sampai gebu.
  5. Nak tahu gebu ke tak, bahan menjadi 2 kali ganda dari asal.
  6. Bila dah gebu.. Letakkan perisa disukai.
  7. Bekukan semalaman.

4. Aiskrim Sumi Jelly

Bahan-bahan:

  • 1 tin susu pekat
  • 1 tin susu cair
  • 4 tin air kosong
  • secubit garam
  • 2 bungkus sumi – belah 4/6 ikut masing2

Cara membuat:

  1. Campur 2 susu dengan 1 tin air dan garam.
  2. Masak air sampai garam hancur.
  3. Masukkan baki 3 air tin.
  4. Kacau rata, biarkan sejuk.
  5. Sumi yang dibelah tadi masukkan dalam plastik ais krim lepas tu tuang adunan .tadi dalam plastik ais krim tersebut.
  6. Sedia untuk dibekukan.

5. Aiskrim Mint Chocolate Rice

Bahan-bahan:

  • 3 tin susu cair
  • 2 tin susu pekat
  • 12 tin air penapis
  • 5 sudu gula (ikut tahap kemanisan)
  • 3 sudu tepung jagung yang sudah dibancuh
  • 1 sudu kecil garam
  • Chocolate rice
  • Esen peppermint
  • Pewarna turqoise

Cara membuat:

  1. Masukkan chocolate rice siap-siap ke dalam plastik aiskrim.
  2. Bila susu dah mendidih, masukkan esen peppermint.
  3. Lepas tu masukkan pewarna turqoise.
  4. Tunggu susu sejuk baru masukkan ke dalam plastik aiskrim dan keraskan di dalam freezer.

6. Aiskrim Cappunico Oreo

Bahan-bahan:

  • 3 tin susu cair
  • 2 tin susu pekat
  • 12 tin air penapis
  • 5 sudu gula
  • 3 sudu tepung jagung dibancuh
  • 1 sudu kecil garam
  • Oreo crush

Cara membuat:

  1. Masukkan oreo crush siap2 ke dalam plastik aiskrim.
  2. Bila susu dah mendidih, msukkan cappucino emulco.
  3. Kacau hingga sebati.
  4. Tunggu susu sejuk baru masukkan dlm plastik.
  5. Bekukan di dalam peti ais.

7. Aiskrim Malaysia versi cheese

Bahan-bahan:

  • 1tin susu cair
  • 1 tin susu pekat (blh guna 1/2 tin shj)
  • 3 tin air
  • 3 sudu gula (tak suka manis blh kurangkan)
  • 2-3 sudu tepung jagung
  • 50g tatura cream cheese
  • Secubit garam
  • Filling blueberry & strawberry 

Cara membuat:

  1. Masakkan semua bahan di atas (kecuali cream cheese) dengan api sederhana
  2. Bila dah mengelegak, masukkan cheese.
  3. Biarkan bancuhan dah agak suam, blendkan sampai cheese tidak berketul.
  4. Sekiranya masih tak halus. Tapiskan bancuhan.
  5. Masukkan filling dalam plastik aiskrim siap siap, lagi mudah paipkan guna piping bag.
  6. Masukkan bancuhan tadi dan sejukkan.

8. Aiskrim Durian

Bahan-bahan:

  • 3 tin susu cair
  • 2 tin susu pekat
  • 12 tin air penapis
  • 5 sudu gula (ikut tahap kemanisan)
  • 3 sudu tepung jagung yang sudah dibancuh
  • 1 sudu kecil garam
  • Paste durian

Cara membuat:

  1. Didihkan semua bahan kecuali paste durian.
  2. Bila susu dah mendidih, masukkan paste durian yang dibeli di bakery. (Paste durian tu terpulang nak letak banyak mana. lagi banyak, lagi sedap terasa duriannya)
  3. Kacau sehingga sebati. Tunggu susu sejuk baru masukkan ke dalam plastik aiskrim dan keraskan di dalam freezer.

9. Aiskrim Malaysia Ain Kamis

Bahan A:

  • 2500gram air biasa (sukat botol mineral kecik tu 5botol kalau xde penimbang.
  • 1 tin susu cair carnation
  • 1 tin susu pekat manis F&N

Bahan B:

  • 1 sudu kecik garam
  • 3 senduk kecik gula (ikut masing tekak sendiri)

Bahan C:

  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu kecil vanilla powder (cari kat bakery)

Cara membuat:

  1. Masak bahan A guna api Yang sederhana. Sentiasa kacau utk mengelakkan susu hangit & membuak.
  2. Bila dh keluar wap, masukkan bahan B .didihkan hingga betul2 mendidih.
  3. Bila dah mendidih, masukkan pulak bahan C. Masak lgi hingga mendidih.
  4. Sejukkan.

Perisa:

  1. Blueberry – guna blueberry topping. Cari yang jenis licin berkilat. Yang ini dia melekat elok di plastik. Tidak akan bercampur dengan air susu.
  2. Strawberry – sama mcm blueberry
  3. Coklat – guna coklat spread.
  4. Oreo – sebijik oreo dipatahkan menjadi kepingan kecil.
  5. Dynamite peppermint – tambah sedikit peppermint flavour dalam air susu tadi.
  6. Letak pewarna untuk kelihatan menarik. Tumbuk sebiji gula-gula dynamite & masukkan dalam plastik. Kalau taknak pon takpe. Sebab kejadian dia berangin giler.
  7. Bandung – Letak esen sirap cap ros. Nak letak cincau @ selasih boleh juga.

10. Aiskrim Kacang Merah Lemak Berkrim

Bahan kacang merah:

  • 4 cawan kacang merah – rendam sekejap
  • Cara-cara: Rebus kacang merah hingga lembuk dan empuk. Kisar kacang merah bersama 2 cawan air.

Bahan A:

  • 2 cawan gula
  • sehelai daun pandan
  • 7 cawan air
Bahan B:
  • 2sudu besar tepung ubi
  • 3sudu besar tepung jagung
  • 1/2cawan air

Bancuh tepung jagung&tepung ubi dengan air.

Bahan C:

  • 1/2c awan susu pekat
  • 2kotak kecil santan kara(200ml+200ml)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • sedikit pewarna merah

Cara membuat:

  1. Masak bahan A hingga gula larut dan mendidih.
  2. Masukkan bancuhan tepung dan kacau hingga sebati.
  3. Masukkan kacang merah yang dikisar.
  4. Masukkan bahan2 C whisk hingga sebati masak hingga mendidih.
  5. Perasakan gula(nak manis boleh lebihkan gula).
  6. Tutup api dan sejukkan.
  7. Isikan dalam plastik aiskrim dan bekukan.

11. Aiskrim Jeruk Mangga

Bahan-bahan:

  • Jeruk Mangga
  • Air 6 liter
  • Gula sekilo
  • Asamboi putih secukupnya

Cara membuat:

  1. Kerat kecil-kecil jeruk mangga. Rendam dengan garam semalaman.
  2. Buang separuh air garam tu.
  3. Selepas itu, rendam pula dengan air gula selama 3 malam.
  4. Masak air dan gula sampao

12. Aiskrim Kacang Hijau

Bahan-bahan:

  • Kacang hijau rm2 (rendam semalaman)
  • Santan 1 liter
  • Gula 2-3 cawan (kalau tak nak manis kurangkan)
  • Gula merah rm2
  • 1-3 cubit garam

Cara membuat: 

  1. Kacang hijau yang dah direndam semalaman.
  2. Rebs sampai embuk/kembang.
  3. Air gula merah masak berasingan (tapis).
  4. Bila kacang dah empuk, masukkan air gula merah, gula, garam dan santan.
  5. Masak macam buat bubur kacang.
  6. Kemudian tutup api dan biarkan suam baru isi dalam plastik aiskrim.
  7. Sejukkan di dalam peti ais.

13. Aiskrim Green Tea

Bahan-bahan:

  • 4 sudu besar serbuk green tea Thai (direndam air panas)
  • 1 tin susu pekat
  • 1/2 tin susu pekat
  • Air secukupnya
  • Secubit garam

Cara membuat:

  1. Bancuh serbuk green tea dengan air panas. Toskan serbuk green tea.
  2. Masukkan susu pekat dan susu cair. Kacau sebati.
  3. Masukkan secubit garam.
  4. Biarkan seketika bila dah sejuk, kemudian boleh masukkan dalam plast aiskrim.
  5. Masukkan dalam peti ais.

14. Aiskrim Malaysia Versi Sangkaya

Bahan-bahan:
  • Santan kotak 500ml
  • 1 tin susu pekat
  • 3 tin air
  • 2 sudu tepung jagung
  • Sesudu teh garam

Cara membuat:

  1. Kacau semua dalam periuk dengan api sederhana sampai mendidih.
  2. Dah sejuk sikit tapiskan masuk dalam jug. Dapatla dalam satu jug ni.
    Pastikan betul-betul sejuk baru tuang plastik.
  3. Dah sejuk betul, baru masuk dalam plastik aiskrim ni. Ikat mati jangan ikat tepi pula.

15. Aiskrim Nutella

Bahan-bahan:

  • 1 tin susu manis
  • 1 tin susu cair
  • 5 tin air masak
  • 2 1/2 sudu tepung jagung
  • 1 sudu kecik esen vanila
  • Sedikit garam

Cara membuat:

  1. Masak atas api kecil sehingga semua larut dan menggelegak.
  2. Lebihkan air kalau nak kurang manis dan tambah gula kalau nak manis.
  3. Sejukkan dulu baru tuang dalam plastik.
  4. Letakkan nutella dalam plastik dahulu baru tuangkan campuran tadi.
  5. Sejukkan.

Selamat mencuba!

 

tags: |