Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Hanya Guna 2 Bahan Untuk Buat Resipi Choc Truffles, Persis Rasa Macam Coklat Mahal

Hanya Guna 2 Bahan Untuk Buat Resipi Choc Truffles, Persis Rasa Macam Coklat Mahal

Kategori: ,
choc truffles

Bagi penggemar coklat, resipi Chocolate Truffles ini sememangnya patut dicuba. Walaupun hanya guna 2 bahan sahaja, tapi rasa dan rupanya kelihatan seakan coklat mewah yang premium tau.

Sedap tapi dibuat menggunakan versi jimat. Nak sediakan bahan pun amat mudah. Jom cuba Choc Truffles ni! Korang pasti akan sukakannya.

Memang kalau masuk dalam mulut tu, memang cair lah coklat yang kita makan. Jadi, tunggu apa lagi, jom kita ikuti perkongsian Lailatul Naqiuah ini bersama.

Hanya Guna 2 Bahan Untuk Buat Resipi Choc Truffles, Persis Rasa Macam Coklat Mahal

Bahan-Bahan:

  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 200 gram serbuk koko choc truffles

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan susu pekat manis dalam kuali. choc truffles
  2. Bila susu sudah mula mendidih, terus tutup api.
  3. Seterusnya masukkan serbuk koko sedikit demi sedikit. Kacau sampai semua bahan sebati. choc truffles
  4. Semakin lama tekstur akan jadi semakin pejal.
  5. Bila bahan semua sudah sebati, letak dalam plastik wrap.
  6. Sejukkan selama 2 jam dalam peti sejuk sebelum dipotong.
  7. Untuk memotong, taburkan serbuk koko atas papan memotong. choc truffles
  8. Letak kepingan chocolate truffle tadi, potong dan bulatkan.
  9. Golek lagi dalam serbuk koko.
  10. Chocolate truffles sedia untuk dinikmati. choc truffles

Yeayyy! Dah siap kita punya Chocolate Truffles yang sedap ni. Jom kita buat dekat rumah sama-sama. Sebab senang sahaja. Paling best bahan pun tak banyak mana kan.

Semoga perkongsian choc truffles ini bermanfaat kepada semua. Selamat mencuba dan menikmati.

Sumber: Lailatul Naqiuah

Baca juga: Makanan Ketagih Sampai Tak Tahan! Ini Resepi Ikan Bilis Asam Jawa Cili & Bawang, Lauk Simple Tapi Rasa Memang Padu!

tags: | |