Kadang-kadang sayuran dan bahan mentah yang dibeli tidak sempat digunakan dan mengakibatkan ianya rosak dan terpaksa dibuang kerana sudah tidak segar lagi.
Tambahan lagi disaat wabak Covid-19 yang melanda negara, orang ramai digesa untuk kurangkan keluar rumah jika tiada keperluan penting. Jadi sudah pasti mak-mak risau kalau sayur yang dibeli tidak tahan lama.
Selepas ini tak perlu risau lagi, ikut sahaja teknik yang dikongsikan oleh Maslina Misnan ini supaya sayur dan bahan mentah kekal segar walaupun selepas 2 minggu di dalam peti ais.
1. Rendam sayur selama 5 hingga 10 minit. Pastikan semua sayur tenggelam.
2. Tambah garam untuk mencuci bahan kimia yang ada pada sesetengah sayur untuk elakkan serangga perosak. Sementera itu bersihkan juga sayur tersebut.
3. Selepas 10 minit, toskan sayur dalam 5 minit. Kemudian boleh susun dalam bekas kedap udara.
4. Untuk bahan mentah pula, cuci bersih sotong.
5. Letak gula dalam 1 sudu. Gaul sebati kemudian simpan dalam peti. Bila nak masak, cuci bersih terlebih dahulu. Sotong tidak liat apabila dimasak.
6. Bersihkan udang dan buat sama seperti sotong tadi.
7. Siang ikan dan buang isi perut, tapi syaratnya JANGAN BASUH.
8. Kulit udang tadi jangan dibuang. Boleh dijadikan stok udang untuk merebus dan lain-lain. Cara-caranya adalah, rebus sampai mendidih dan tunggu sehingga masak.
9. Tapis untuk asingkan kulit. Sejukkan dan boleh simpan dalam peti untuk dibuat mee rebus udang.
Kredit: Maslina Misnan