Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Bagi 30 Biji ‘Lato-Lato’ Kepada Bangsudu, Rezeki Peniaga Nasi Lemak Ini Dapat Pelanggan Baik Hati & Dapat Content Best

Bagi 30 Biji ‘Lato-Lato’ Kepada Bangsudu, Rezeki Peniaga Nasi Lemak Ini Dapat Pelanggan Baik Hati & Dapat Content Best

Kategori:

Benar kata orang, buat baik akan dibalas baik, buat jahat akan dibalas jahat. Pepatah itu semestinya benar! Kerana kita sendiri nampak di mata kita sendiri bahawa setiap perkara yang kita lakukan pasti akan ada balasannya.

Kisah Bangsudu penjual Nasi Lemak RM1 ini dapat kita jadikan sebagai tauladan bahawa berbuat baik akan dapat pelanggan yang baik hati juga. Banyak kali video beliau tular di media sosial dan yang terbaru pula pelanggan tersebut memberi 30 Biji Telur.

Bagi 30 Biji ‘Lato-Lato’ Kepada Bangsudu, Rezeki Peniaga Nasi Lemak Ini Dapat Pelanggan Baik Hati & Dapat Content Best

Jika diingatkan kembali semasa awal awal bangsudu viral, ramai yang mengatakan bahawa harga Nasi Lemak tersebut RM1 sangat tidak munasabah. Pelanggan memberi testimoni bahawa sambalnya sedap dan cukup dengan portion RM1 tersebut.

Banyak ‘content’ bangsudu siarkan di media sosial beliau dimana beliau tidak membenarkan pelanggan beliau bayar kerana sudah ada Hamba Allah kongsi rezeki.

Tular pula video terbaru beliau dimana pelanggan membuat kejutan kepada beliau dengan memberikan 30 Biji Telur atau sepapan telur kepada bangsudu.

30 Biji

Jika dilihat telatah pelanggan tersebut sebelum tiba giliran beliau, tampak wajah beliau risau dan tidak sabar untuk mengusik bangsudu. Apabila sudah sampai giliran beliau bersama kawannya, bangsudu terus mengatakan tidak perlu bayar kerana ada sudah orang bayarkan.

Tapi lain pula jadinya..

30 Biji

Rezeki bangsudu ini melimpah ruah dan ditakdirkan untuk mendapat pelanggan semua yang baik baik belaka. Ramai yang membantu bangsudu ini kerana sifat beliau yang sentiasa menjadi contoh kepada masyarakat di Malaysia.

https://www.tiktok.com/@bangsudu/video/7201447982867189018?_r=1&_t=8a1YAU7aWtV

@bangsudu Dapat lato lato 30 biji 😭 #fyp #foryou #suduada ♬ original sound – TAUKE NASI LEMAK RM1

Semua Berlumba Nak Jadi Content Paling Best Untuk Bangsudu, But Why Not, Meriah Apa

Meninjau di ruangan komen, ramai netizen terhibur dengan pelbagai gelagat pelanggan bangsudu datang ke gerai beliau.

“Memang win kali ni budak tu, haha”, komen Akhi Azhari di ruangan memberitahu dalam banyak content bangsudu ini adalah salah satu content menarik yang mereka saksikan.

30 Biji 30 Biji 30 Biji 30 Biji

Contohilah sifat pemurah seperti bangsudu ini, balasan terhadap sifat murni ini akan dapat membantu kita kelak.

Kredit: bangsudu

Baca Juga: “First Time Customer Merajuk..”, Peniaga Bangsudu Nasi Lemak RM1 Kena ‘Tipu’ Dengan Pelanggan, Nak Sedekah Tapi Kena Macam Ni..

tags: | | |