Setiap hari, mesti pening kepala fikir nak masak apa untuk sarapan. Pasti ramai yang mengalami masalah yang sama kan? Tak kira suri rumah, ibu yang bekerja atau si bujang.

Memang bikin pening kepala nak fikir menu apa nak masak sampaikan keluarga sendiri komen sebab masak menu yang sama je.

Oleh sebab mesti ramai yang sedang mencari menu yang lain daripada lain, disini saya kongsikan 30 resepi sarapan sebagai panduan kepada anda untuk membuat sarapan yang sedap dan mengenyangkan.

1. Baked Breakfast Omelette

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur gred A
  • ½ cawan susu segar
  • ¼ cawan cincangan sojej/pepperoni
  • 1 biji tomato – dicincang
  • 2 sudu makan parutan keju (Keju Mozarela/Romano/Parmesan)
  • 1 sudu makan cincangan daun basil
  • Garam, lada hitam dan lada sudah secukupnya
  • Mentega secukupnya

Cara memasak:

  1. Di dalam satu mangkuk, pukul telur bersama susu segar hingga sedikit kembang (tapi jangan pukul berlebihan).
  2. Kemudian masukkan cingangan sosej/pepperoni. Tambahkan tomato, garam, serbuk lada hitam dan lada putih secukup rasa. Ketepikan.
  3. Sediakan loyang/bekas pembakar yang telah disapu sedikit mentega di sekelilingnya.
  4. Tuang bancuhan telur tadi ke dalam bekas tersebut.
  5. Tabur cincangan daun basil dan parutan keju.
  6. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190-200C selama 15-20 minit atau hingga telur masak.
  7. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Rasa

2. Bubur Nasi Ayam

Bahan-bahan:

  • 1 cawan beras wangi
  • 1 keping dada ayam – dipotong dadu kecil
  • ½ batang lobak merak – dipotong dadu kecil
  • 2cm halia muda – dimayang halus
  • Air secukupnya
  • Daun bawang – dicincang
  • Garam dan lada sulah secukupnya

Cara memasak:

  1. Rebus beras dengan air yang banyak sehingga beras hancur.
  2. Dada ayam dan lobak merah didadu kecil dan masukkan ke dalam bubur ayam. Masukkan hirisan halia. Gaul sekata.
  3. Didihkan bubur ayam beberapa minit lagi sehingga semua bahan masak sepenuhnya. Tambah garam dan lada sudah secukup rasa.
  4. Tutup api dan angkat.
  5. Tabur cincangan daun bawang ketika menghidang dan siap untuk dimakan.

Sumber: Rasa

3. Roti Bakar Telur Goyang

Bahan-bahan:

  • Roti putih
  • 2 biji telur
  • Kicap cair/pekat
  • Sebuk lada sudah
  • Marjerin

Cara memasak:

  1. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih.
  2. Sementara menunggu air mendidih, bakar roti 2 keping yang telah disapu dengan sedikit marjerin di atas kuali leper.
  3. Bakar roti sehingga garing sambil dibalik-balikkan roti.
  4. Apabila air mendidih, matikan api dan masukkan telur yang telah dibersihkan.
  5. Rendamkan telur tadi selama 2 ke 3 minit kemudian angkat telur dan ketepikan.
  6. Sapukan roti yang dibakar tadi dengan marjerin kemudian pecahkan telur separuh masak tadi ke atas roti bakar.
  7. Hidangkan bersama serbuk lada sulah dan kicap cair/pekat.
  8. Dan siap!

Sumber: Rasa

4. Nasi Goreng Pedas Sosej

Bahan-bahan:

  • 2 cawan nasi sejuk
  • 2 batang sosej – dipotong buat nipis
  • 2 sudu makan cincangan daun bawang
  • 3 ulas bawang putih
  • 8-10 biji cili padi
  • 2cm belacan
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

Cara memasak:

  1. Cili padi, bawang putih dan belacan ditumbuk lumat. Ketepikan.
  2. Sosej dihiris nipis dan digoreng sehingga garing. Ketepikan.
  3. Di dalam kuali, panaskan sesudu makan minyak kemudian tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
  4. Masukkan nasi, sosej goreng dan bawang. Gaul sebati.
  5. Tambahkan garam dan lada sulah secukup rasa.
  6. Hidangkan bersama telur goreng, cincangan daun bawang atau hirisan timun mengikut cita rasa masing-masing.

Sumber: Rasa

5. Tortilla Sambal Sardin

Bahan-bahan:

  • 2-3 keping tortilla segera – dinyah bekukan
  • 3-4 ketul sardin dalam tin
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 1 labu bawang besar – dicincang dadu
  • 1 biji tomato – dicincang dadu
  • 4-5 biji cili padi – dicincang halus
  • 2 keping asam keping

Cara memasak:

  1. Panaskan dua sudu makan minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang cincang dan cili kisar hingga masak.
  2. Masukkan ikan sardin, asam keping dan cili padi. Didihkan beberapa minit.
  3. Tambah garam dan lada sudah secukup rasa. Ketepikan.
  4. Di dalam kuali leper(non-stick), panaskan tortilla hingga agak perang. Ulangi langkah sehingga selesai.
  5. Bentukkan tortilla mengikut cita rasa masing-masing dan hidangkan bersama sambal sardin dan sedikit daun salad.

Sumber: Rasa

6. Buritos Chicken And Mushrooms

Bahan-bahan:

  • 2 keping tortilla
  • 2 keping dada ayam
  • 10 biji cendawan butang – Dihiris nipis
  • 150g 1/2 cawan hirisan cili benggala merah & kuning
  • 2 sudu makan mayones
  • 1 sudu teh oregano kering
  • Daun salad secukupnya
  • Garam, lada hitam dan lada sulah secukup rasa
  • Minyak zaitun secukupnya

Cara memasak:

  1. Tabur dan lumur sedikit garam, lada hitam, lada sudah dan oregano kering pada kepingan ayam lalu dipanggang dengan sedikit minyak zaitun hingga perang. Kemudian hiris memanjang. Ketepikan.
  2. Cendawan dan cili benggala dilayurkan sedikit di dalam kuali bersama sedikit minyak zaitun. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Angkat dan ketepikan.
  3. Tortilla dipanaskan sedikit di dalam kuali leper. Angkat dan ketepikan.
  4. Untuk menghidang, letakkan sekeping daun salad pada tortilla, beberapa keping hirisan ayam dan cendawan.
  5. Paipkan mayones secukupnya ke atas campuran ayam dan cendawan tadi. Gulung tortilla rapi dan hidangkan.

Sumber: Rasa

7. Capati Dan Sambal Ikan

Bahan-bahan:

  • 2-3 keping capati segera – dinyah bekukan
  • 3 keping isi ikan – dipotong dadu
  • 1 labu bawang besar – dicincang dadu
  • 3 ulas bawang merah – dikisar
  • 2 ulas bawang putih – dikisar
  • 1 sudu teh gula perang
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 1 sudu teh air asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

Cara memasak:

  1. Ikan ditabur sedikit garam dan goreng garing dan toskan.
  2. Di dalam kuali panaskan satu sudu makan minyak lalu tumis bahan-bahan kisar hingga wangi dan cili masak sepenuhnya.
  3. Masukkan bawang besar, air asam jawa, gula perang, isi ikan yang telah digoreng dan perasakan dengan garam secukupnya.
  4. Masak sambal ikan hingga semua bahan sebati. Tutup api. Ketepikan.
  5. Di dalam kuali leper lain, panaskan capati hingga perang di kedua-dua bahagian. Angkat. Ulangi langkah hingga selesai.
  6. Letakkan capati di dalam mangkuk kecil. Bentukkan seperti kelopak bunga. Letak sambal ikan di atas capati. Hidangkan.

Sumber: Rasa

8. Egg Prata Roll

Bahan-bahan:

  • 2-3 keping roti prata segera – dinyah bekukan
  • 1 labu bawang besar- dicincang halus
  • 3 biji telur
  • 1 sudu makan cincangan daun bawang
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
  • Minyak zaitun secukupnya

Cara memasak:

  1. Di dalam mangkuk, pukul telur bersama garam dan lada sulah secukup rasa.
  2. Masukkan cincangan bawang besar dan cincangan daun bawang lalu gaul rata. Ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak zaitun di dalam kuali leper.
  4. Panaskan roti prata di kedua-dua bahagian hingga agak perang. Angkat. Ketepikan. Ulangi langkah hingga selesai.
  5. Menggunakan kuali yang sama, tambah sedikit minyak zaitun lalu tuang bancuhan telur ke dalam kuali.  Biar telur masak di kedua-dua bahagian.
  6. Letak telur ke dalam prata dan gulung kemas. Potong mengikut cita rasa masing-masing dan sedia dihidangkan.

Sumber: Rasa

9. Kuey Toew Sup Ala Cina

Bahan-bahan:

  • 1 paket kuey teow
  • 2 keping dada ayam
  • 10-12 ekor udang saiz sederhana – dibersihkan
  • 2 batang kek ikan – dihiris
  • 1 batang daun bawang – dicincang halus
  • 5 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 10-12 biji bebola ikan
  • 1 liter air
  • 60 gram tauge
  • 1 cawan stok ayam (air rebusan ayam)
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

Cara memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Tumis bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan air, stok ayam, kepingan dada ayam, kek ikan dan bebola ikan kemudian didihkan.
  3. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Biarkan ia mereneh.
  4. Keluarkan dada ayam dan hiris nipis. Ketepikan.
  5. Sementara itu, celur kuey teow, udang dan tauge secara berasingan.
  6. Untuk menghidang, letakkan kuey teow tadi di dalam pinggan, tauge dan udang. Susun hirisan ayam di bahagian atas.
  7. Sendukkan sup tadi bersama bebola ikan dan tabur cincangan daun bawang dan cili padi.

Sumber: Rasa

10. Roti Gulung Berinti Tuna

Bahan-bahan:

  • 2-4 keping roti
  • 3 biji telur – dipukul sedikit
  • 1 cawan tuna flakes (dalam tin) – ditoskan
  • 1 labu bawang besar- dicincang halus
  • 1 biji cili merah – dicingang halus
  • 1 biji cili hijau – dicincang halus
  • 1 sudu teh paprika
  • Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara memasak:

  1. Masukkan tuna flakes, bawang, cili merah, cili hijau, paprika, garam dan lada sulah secukupnya ke dalam mangkuk dan gaulkan sebati. Ketepikan.
  2. Roti dibuangkan tepinya dan dileperkan.
  3. Ambil sesudu campuran tuna dan letakkan di atas roti yang dileperkan. Sapu sekeliling roti dengan sedikit telur kemudian gulung dan kemaskan.
  4. Celup roti ke dalam bancuhan telur.
  5. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng gulungan roti hingga keperang-perangan. Toskan dan sedia dihidangkan.

Sumber: Rasa

11. Sandwich Ayam Dan Salad

Bahan-bahan:

  • 400 gram ayam (bahagian dada)
  • 4-5 sudu makan mayones
  • Daud salad secukupnya
  • Baguette Perancis secukupnya
  • Garam, lada sulah dan lada hitam secukup rasa

Cara memasak:

  1. Lumurkan ayam dengan sedikit garam, lada sulah dan lada hitam lalu dipanggang hingga masak dan dicincang halus.
  2. Gaulkan sebati mayones bersama cincangan ayam di dalam mangkuk.
  3. Tambahkan lada sulah/lada hitam dan gaul sebati. Ketepikan.
  4. Sapu sedikit mentega ke atas roti.
  5. Letakka sekeping daun salad ke atas roti.
  6. Letakkan sesudu campuran ayam dan ratakan di roti, kemudian ambil sekeping roti lagi dan tutup seperti sandwic.
  7. Siap dan sedia dihidangkan.

Sumber: Rasa

12. Pankek Mini Gula Merah Melaka

Bahan-bahan:

  • 100 gram tepung gandum
  • 280ml susu segar
  • 30 gram gula halus
  • 50 gram kelapa parut – putihnya sahaja
  • 1 biji telur – pukul sedikit dengan garfu
  • 2 sudu makan mentega – dicairkan
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • Air gula melaka secukupnya

Cara memasak:

  1. Campurkan tepung, kelapa parut, serbuk penaik dan gula, kemudian gaulkan sebati.
  2. Tuangkan susu segar, telur dan mentega kemudian kacau rata sehingga menjadi adunan yang likat dan tidak terlalu cair.
  3. Panaskan kuali leper (non stick). Masukkan satu senduk adunan  ke dalam kuali.
  4. Biarkan beberapa minit sehingga pankek kekuningan. Terbalikkan dan biarkan lagi beberapa minit. Ulangi langkah hingga selesai.
  5. Hidangkan pankek bersama air gula merah dan taburkan lebihan kelapa parut ke atas pankek.

Sumber: Rasa

13. Scrambled Egg Mushrooms

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur
  • 8 biji cendawan butang – dihiris nipis
  • 1 biji tomato -dicincang
  • 1 sudu makan cincangan cili benggala
  • ½ cawan susu segar
  • ½ cawan parutan keju parmesan dan mozzarella
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

Cara memasak:

  1. Pukul telur bersama susu, garam dan lada sulah secukup rasa dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, kemudian bancuhan telur dan masak hingga agak kental.
  3. Masukkan cincangan cendawan, cili benggala, parutan keju dan cincangan tomato. Gaul sebati kemudian hancurkan.
  4. Hidangkan bersama kepingan roti, salad dan sos pilitan mengikut cita rasa.

Sumber: Rasa

14. Spageti Goreng

Bahan-Bahan:

  • 1 mangkuk spageti/linguine (yang telah dicelur)
  • 2 batang jejari ketam – dipotong kecil
  • 8-10 ekor udang sederhana – dbersihkan
  • 5-6 biji cili padi – dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 1 sudu makan cili kisar
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan cincangan daun bawang
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
  • Minyak zaitun secukupnya

Cara memasak:

  1. Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar, cili padi, jejari ketam dan udang. Tumis hingga semua bahan masak.
  3. Masukkan sos tiram, spageti yang telah dicelur dan hirisan daun bawang.  Tumis hingga semua bahan sebati.
  4. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
  5. Angkat dan sedia dinikmati.

Sumber: Rasa

15. Lempeng Sambal Hijau Tahai

Bahan-bahan A:

  • 1 cawan tepung gandum
  • ¾ cawan air
  • 1 biji telur
  • Secubit garam

Bahan-bahan B (Sambal):

  • 15 biji cili padi hijau
  • 4 biji cili hijau
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 labu bawang besar – dipotong bulat
  • 100 gram ikan tahai – dibersihkan
  • 3cm belacan
  • 1 sudu teh air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya
  • Air secukupnya

Cara memasak:

  1. Satukan semua bahan A dan kacau rata. Jika bancuhan terlalu pekat tambah sedikit air dan jika terlalu cair tambah sedikit lagi tepung. Jika suka boleh dikisar juga supaya bancuhan tidak berketul.
  2. Sapu sedikit minyak pada kuali leper (non-stick). Tuang sesenduk kecil bancuhan tepung dan masak hingga lempeng keperang-perangan di kedua-dua bahagian. Ketepikan. Ulangi langkah hingga selesai.
  3. Untuk membuat sambal, kisarkan cili padi, cili hijau, bawang merah dan belacan sehingga halus.
  4. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau dan cili masak sepenuhnya. Masukkan ikan tahai yang telah dibersihkan dan didihkan beberapa minit.
  5. Masukkan bawang besar, jus asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Didihkan sambal seminit dua lagi dan hidangkan bersama lempeng.

Sumber: Rasa

16. Tomato Egg Muffins

Bahan-bahan:

  • 6 biji telur
  • 2 biji tomato – dicincang dadu
  • 1 batang daun bawang- dicincang
  • ¼ sudu teh paprika
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
  • Mentega secukupnya

Cara memasak:

  1. Di dalam mangkuk, pukul telur hingga agak kembang bersama garam dan lada sulah.
  2. Tuang bacuhan telur ke dalam acuan mufin yang telah disapu sedikit mentega atau ke dalam cawan kertas mufin.
  3. Tambahkan cincangan tomato dan daun bawang ke dalam bancuhan telur tadi.
  4. Tabur sedikit serbuk paprika.
  5. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190-200C selama 15 minit atau hingga telur masak.
  6. Keluarkan dan sedia dihidangkan.

Sumber: Rasa

17. Mi Kicap Bebola Ikan

Bahan-bahan A:

  • 1 paket mi kuning
  • 50gm tauge
  • 3 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 2cm halia – dimayang halus
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • ¼ sudu kecil pati ikan bilis
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
  • 1 cawan air

Bahan-bahan B (SUP):

  • 10-15 biji bebola ikan
  • 3 cawan air
  • 2 ulas bawang putih – dicincang halus
  • ½ sudu teh pati ikan bilis
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
  • Cincangan daun bawang secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

Cara memasak:

  1. Mi kuning dan tauge dicelur berasingan.  Ketepikan.
  2. Di dalam periuk, panaskan sedikit minyak lalu tumis bawang putih dan halia hingga naik bau.
  3. Masukkan sos tiram, kicap manis, kicap pekat dan air kemudian didihkan.
  4. Tambah pati ikan bilis, garam dan lada sulah secukup rasa.  Didihkan lagi hingga semua bahan sebati.
  5. Tuang kuah kicap ini ke dalam pinggan berisi mi dan tauge yang telah dicelur tadi.
  6. Untuk membuat sup, panaskan sedikit minyak di dalam kuali.  Tumis bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan air, pati ikan bilis dan bebola ikan. Didihkan hingga semua bahan sebati.  Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan lada sulah secukup rasa. Tabur cincangan daun bawang.
  7. Hidangkan mi kicap tadi dengan sup bebola ikan.

Sumber: Rasa

18. Lempeng Sayuran Dan Udang

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • ¾ cawan air
  • 6-8 ekor udang sederhana – dicincang kasar
  • 1 biji cili merah – dicincang halus
  • 3 biji tomato ceri – dicincang dadu
  • 1 labu bawang besar – dicincang halus
  • 1 sudu makan cincangan daun bawang
  • 1 sudu makan parutan lobak merah
  • ½ sudu teh garam
  • ¼ sudu teh lada sulah
  • ¼ sudu teh serbuk penaik

Cara memasak:

  1. Di dalam mangkuk, satukan semua bahan dan gaul sebati.
  2. Jika bancuhan terlalu pekat, tambah sedikit air dan jika terlalu cair tambah sedikit tepung.
  3. Sapu sedikit minyak pada kuali leper (non stick).  Sendukkan sedikit bancuhan tadi ke dalam kuali.
  4. Masak lempeng hingga keperang-perangan di kedua-dua bahagian dan sedia dihidangkan.

Sumber: Rasa

19. Western Egg Skillet

Bahan-bahan:

  • ½ cawan susu segar + krim masakan
  • ¼ cawan air
  • 2 sudu makan minyak zaitun
  • 2-3  biji telur
  • 3 batang sosej – dihiris nipis
  • 4 keping roti (sourdough bread) – dipotong dadu
  • 1 labu bawang besar – dimayang halus
  • 1 biji cili benggala – dihiris nipis
  • 10 bij tomato ceri – dibelah dua
  • 2 sudu makan cincangan parsli
  • ¼ sudu teh serbuk cayenne
  • ¼ sudu teh serbuk lada hitam
  • Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara memasak:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 200C.
  2. Tuang minyak zaitun dalam kuali tahan panas (skillet) dan panaskan di dalam ketuhar.
  3. Masukkan sosej, cili benggala, bawang dan tomato.  Masak dalam ketuhar selama 5-6 minit atau hingga semua bahan lembut.
  4. Masukkan roti dan ¼ cawan air. Tambah serbuk cayenne, serbuk lada hitam, garam dan lada sulah secukup rasa dan gaul sebati.  Masak selama tiga minit lagi. Keluarkan dari ketuhar.
  5. Lubangkan 2-3 bahagian roti dalam kuali tadi dan pecahkan telur di dalamnya. Perlahan-lahan tuang campuran susu dan krim ke dalam kuali. Masukkan kembali dalam ketuhar dan bakar selama 15 minit. Tabur cincangan parsli dan hidangkan.

Sumber: Rasa

20. Nasi Goreng Mentega Telur

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk nasi sejuk
  • 2 sudu makan mentega
  • 2 biji telur
  • 10 ekor udang segar – dibersihkan
  • 2-3 ulas bawang putih – dicincang halus
  • Sedikit cincangan daun bawang – sebagai hiasan
  • Garam, lada sulah dan lada hitam secukupnya

Cara memasak:

  1. Panaskan/cairkan satu sudu mentega di dalam kuali. Masukkan telur dan goreng hancur hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Menggunakan kuali yang sama, panaskan sesudu lagi mentega. Masukkan cincangan bawang putih dan tumis hingga wangi.
  3. Masukkan udang dan goreng hingga separuh masak.
  4. Masukkan nasi sejuk dan gaul rata.
  5. Sesuaikan rasanya dengan menambah garam, lada sulah dan serbuk lada hitam secukupnya.
  6. Masukkan telur goreng hancur dan gaul rata. Tabur cincangan daun bawang.

Sumber: Rasa

21. Kentang Stick Goreng

Bahan-bahan:

  • Isi Ayam
  • Kentang
  • Lobak merah – dihiris halus
  • Daun sup
  • Daun bawang – dihiris halus
  • 10 sudu tepung jagung
  • Lada sulah
  • Garam

Cara memasak:

  1. Rebuskan ayam sehingga masak. Kemudian cincang halus isi ayam.
  2. Rebuskan kentang sehingga masak, dan hancurkan.
  3. Campurkan semua bahan yang sudah sedia, dan gaul sebati.
  4. Kemudian gorengnya secara memanjang sehingga kekuningan.
  5. Siap untuk dimakan.

Sumber: Siti Fatimah Khairiah

22. Makaroni Goreng Daging

Bahan-bahan:

  • 400 gram makaroni
  • 400 gram daging kisar ramly
  • 5 ketul sosej – dipotong bulat
  • 2 biji bawang holland – didadu
  • 4 ulas bawang putih – ditumbuk halus
  • 5-6 sudu besar cili kisar – boleh tambah jika suka pedas
  • 1/2 cawan sos tomato – boleh tambah lebih
  • 1/2 cawan sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 kiub pati ayam
  • 1/2 biji capsicum hijau, merah, kuning
  • 5-6 biji cendawan butang
  • Sayuran campuran 1 bungkus
  • Sedikit brokoli hijau
  • Garam dan gula
  • Minyak masak

Cara memasak:

  1. Mula-mula rebus makaroni sehingga lembut dan toskan. Gaul dengan sedikit minyak zaitun atau minyak masak untuk elak makaroni melekat.
  2. Kemudian tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  3. Terus masukkan cili kisar, kacau hingga sekata.
  4. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, kiub ayam dan capsicum, kemudian masukkan sedikit air.
  5. Lalu masukkan daging kisar, sosej, cendawan dan brokoli. Kacau sehingga hampir masak.
  6. Jika semua bahan sudah hampir masak, baru masukkan makaroni dan kacau hingga sekata.
  7. Akhir sekali masukkan garam dan gula secuk7up rasa. Siap untuk dihidangkan.
  8. Hias ikut selera masing-masing. Boleh tabur dengan daun persley, hirisan daun bawang, lada merah, hirisan sosej dan taburkan serbuk lada hitam jika suka.

Sumber: Jalilah JJ

23. Pancake Sedap

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu segar/susu full cream/susu cair
  • 1 1/2 sudu gula
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar minyak jagung/mentega yang dicairkan/minyak masak

Cara memasak:

  1. Mula-mula satukan semua bahan dalam bekas. Kacau rata sehingga tepung tidak berketul-ketul.
  2. Biarkan dalam 10-15 minit untuk bagi pancake gebu sedikit.
  3. Cedokkan sesenduk kecil adunan ke atas kuali non stick pan yang panas dan guna api sederhana. Tidak perlu guna minyak.
  4. Bila adunan sudah timbul lubang-lubang kecil di atas pancake, balikkan pancake.
  5. Tunggu seketika, barulah angkat.
  6. Ulangi langkah hingga selesai.

Sumber: Siti Nor Zainab Taib

24. Resepi Coney Sosej

Bahan-bahan:

  • Sedikit buttercup
  • Daging dan ayam cincang
  • Bawang putih didadu
  • Bawang Holland didadu
  • Sos cili
  • Sos black pepper
  • Sos honey BBQ
  • Maggie cukup rasa
  • Gula

Cara memasak:

  1. Mula-mula cairkan butter dan tumis bawang putih dan bawang holland separuh masak.
  2. Kemudian masukkan daging dan ayam cincang tadi. Kacau sebati dan biarkan sehingga air daging dan ayam kering.
  3. Lalu masukkan sos cili, sos black paper, sos honey BBQ dan kacau rata.
  4. Masukkan maggie cukup rasa dan gula.
  5. Kacau sebati dan tutup api.
  6. Rasakan mengikut citarasa sendiri dan pastikan ada rasa pedas, masin dan manis.
    Siap untuk gravy. Seterusnya sediakan coney sosej.
  7. Kukus roti dengan sosej.
  8. Kemudian sapukan majerin pada roti, letak mayonnaise dan sos blackpepper, sos honey BBQ.
  9. Kemudian letakkan sosej.
  10. Lalu letakkan cheese di kiri dan kanan.
  11. Letakkan mustard dan sos cili.
  12. Akhir sekali letakkan gravy sebagai topping dan steam semula sekejap supaya bagi cheese meleleh.
  13. Siap.

Sumber: Rrose Rapii

25. Macaroni Lasagne

Bahan-bahan:

  • 1/2 paket macaroni direbus dan tos
  • Kentang dihiris jangan terlalu nipis
  • Keju cheddar
  • Mozarella

Bahan sos:

  • 250 gm daging cincan
  • 1 tin Prego spaghetti sauce perisa original
  • 1 biji bawang dicincang
  • 2 biji tomato
  • 3 ulas bawang putih diketuk
  • Sedikit lada hitam
  • Perasa maggi atau knorr
  • Sedikit serbuk cili atau chili flakes

Cara memasak sos:

  1. Tumis bawang putih, masukkan daging cincang dan bawang merah. Masak hingga garing.
  2. Masukkan tomato dan kacau rata. Masak sehingga tomato layu.
  3. Masukkan Prego dan bahan-bahan lain.
  4. Masukkan sedikit air supaya semua bahan sos sebati. Biar hingga mendidih.
  5. Bila sudah agak pekat. Tutupkan api dan biarkan sejuk sedikit.

Mulakan layering:

  1. Mulakan lapisan pertama dengan kentang. Susun kentang sehingga menutup permukaan kuali.
  2. Masukkan lapisan kedu iaitu macaroni yang sudah direbus dan ratakan.
  3. Kemudian masukkan sos dan ratakan.
  4. Lapisan seterusnya, masukkan keju dan ratakan.
  5. Bakar selama lebih kurang setengah jam atau sehingga masak dengan api perlahan.
  6. Siap. Hidangkan dengan salad makin sedap.

Sumber: Munira ByMhy

26. Wrap Telur Salad

Bahan-bahan:

  • Telur
  • Mayonaise
  • Thousand island
  • Lada putih
  • Garam
  • Salad
  • Wraps

Cara-cara:

  1. Pecahkan telur, letak garam dan lada sulah.
  2. Campur mayonaise dalam telur untuk bagi rasa moist.
  3. Goreng telur dan hancurkan.
  4. Untuk penyediaan. Letak salad di atas wrap.
  5. Lalu letak telur, thousand island,mayonnaise.
  6. Kemudian gulungkan wrap.
  7. Siap.

Sumber: Raihan Kamal

27. Garlic Bread

BAHAN-BAHAN:

  • Roti gardenia (potong panjang-panjang)
  • 1 ulas bawang putih
  • Sedikit Parsley flakes
  • Unsalted butter / mentega tanpa garam secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Tumbuk bawang putih sampai lumat.
  2. Tumis bawang putih dengan sedikit mentega sehingga naik bau. Kemudian angkat letak di dalam mangkuk.
  3. Campurkan bahan yang ditumis tadi dengan mentega dan gaul hingga sekata.
  4. Letak sedikit parsley flakes dan gaul sebati.
  5. Sapukan pada roti yang telah dipotong.
  6. Bakar dalam oven/ pemanggang ajaib hingga garing. (Kalau guna ketuhar, suhu antara 160C dan bakar dalam 5 minit atau hingga roti nampak keperangan.)

Sumber: aya zuki

28. Chocolate French Toast

BAHAN-BAHAN:

  • 6 keping roti
  • 2 bji telur
  • 1/2 cwn susu cair
  • 1/4 sdu kecil gula
  • 1/4 sdu kecil esen vanila
  • kepingan coklat
  • 1 sdu besar butter/marjerin
  • secubit garam
  • sedikit gula – untuk ditabur

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan telur,susu,gula,esen vanila & garam.pukul & tuang 1/2 daripada adunan dalam bekas.
  2. Celupkan roti & susunkan kepingan coklat diatasnya.
  3. Tutup dengan sekeping lagi roti, kemudian tuang separuh lagi adunan terus ke atasnya agar keseluruhan roti disaluti adunan telur.
  4. Panaskn butter/marjerin dan gorengkn kedua2 bahagian hingga kekuningan.
  5. Setelah itu angkat & taburkan gula diatasnya.
  6. Hidangkan semasa panas.

Sumber: Rasa

29. Nutella & Banana French Toast Roll Ups

Bahan-bahan:

  • roti putih 10 keping | kerak dipisahkan
  • nutella kira-kira 1 cawan
  • pisang 2 batang , potong 10
  • telur 1 biji gred A
  • susu 2 sudu besar
  • vanila 1/2 sudu teh
  • mentega 2 sudu besar

Cara memasak:

  1. Gulung setiap keping roti yang sangat nipis dengan pin bergulung. Sebarkan setiap kepingan dengan jumlah Nutella yang banyak – meliputi satu sama lain. Letakkan sebilah pisang pada satu hujung dan gulungkan roti dengan ketat.
  2. Dalam mangkuk kecil, pukul bersama telur, susu dan vanila sehingga digabungkan dan diketepikan.
  3. Panaskan mentega dalam periuk di atas api sederhana. Dredge setiap roll melalui telur dan campuran susu, kemudian masak di semua sisi dalam mentega panas sehingga perang keemasan.

Sumber: Rasa

30. French Toast Ice Cream

Bahan-bahan:

  • 6 keping roti
  • 2 bji telur
  • 1/2 cwn susu cair
  • 1/4 sdu kecil gula
  • 1/4 sdu kecil esen vanila
  • kepingan coklat
  • 1 sdu besar butter/marjerin
  • secubit garam
  • sedikit gula – utuk ditabur

Cara memasak:

  1. Campurkan telur, susu, gula, esen vanila & garam kemudian pukul & tuang 1/2 daripada adunan dalam bekas.
  2. Celupkan roti & susunkan kepingan coklat diatasnya.
  3. Ttup dengan sekeping roti lagi, kemudian tuang separuh lagi adunan terus ke atasnya agar keseluruhan roti disaluti adunan telur.
  4. Panaskan butter/marjerin dan gorengkan kedua-dua bahagian hingga kekuningan.
  5. Setelah itu angkat dan taburkan gula diatasnya.
  6. Hidangkan semasa panas.

Sumber: Rasa

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 46 times!)