Sungguh menyedihkan apabila mengetahui ramai yang terkesan dan mengalami kesusahan pada musim banjir kali ini. Ye banjir kali ini agak teruk dan mengerikan. Banyak negeri seperti Johor, Kuala Lipis dan Kemamam yang hanya kelihatan bumbung rumah sahaja. Belum kira lagi orang ramai yang terkandas di jalan raya dan yang terkorban dalam banjir serta terputus bekalan berhari-hari.
Itulah yang dilalui oleh penduduk Kampung Asli Belukar Paloh Hinai. Kira-kira 300 penduduk putus bekalan makanan selama 6 hari. Cuba bayangkan macam mana perasaan mereka? Di kampung tersebut ada kedai runcit tetapi dah tiada barang. Kosong. Kerana jalan utama mereka terputus.
Jika difikirkan tiada siapa yang berani. Arus deras. Hujan yang tidak henti-henti dari pagi sampai petang. Air makin naik. Semua kawasan dah macam sungai, sedikit pun tiada kelihatan jalan raya.
Walaupun begitu, seorang insan hebat. Yang dikenali dengan sifatnya yang sangat pemurah, suka menolong sesiapa sahaja, Ustaz Ebit Lew. Beliau sentiasa menghulurkan bantuan, tidak kira agama atau bangsa. Sanggup datang menghulurkan 500 set makanan siap dan juga boleh dimasak buat penduduk kampung Asli Belukar Paloh Hinai.
Sayu hati bila dapat berita ada satu kampung Asli Belukar Paloh Hinai, 300 penduduk putus bekalan makanan putus selama 6 hari. Suku Jakun, mereka tak Islam.. Ada beberapa orang Islam. Kedai runcit kecil ada 1 tapi dah tiada barang. Kerana jalan mereka terputus. Mereka ada 2 biji bot kecil jer. Terus bergegas dari Jerantut ke Paloh Hinai.
Kami bawa 500 set makanan siap dan juga yang boleh dimasak. Beri sedikit duit belanja pada mak dan anak-anak.
Sebaik sampai semua sambut kita. Sayu bila semua berebut datang ke bot kami. Betul-betul ramai memerlukan saat ini. Tak cukup tenaga dan masa. Berat rasa hati.
Sepanjang hari ini guna bot hantar makanan. Kami 8 bot pergi dari satu tempat ke satu tempat. Risau berdebar juga kerana dari 8pagi sampai 3 petang ini masih di atas air. Hujan tak berhenti sepanjang hari. Makin lebat jer. Air makin naik jer. Lalu sungai Pahang ke beberapa tempat.
Terkejut jalan semua dah macam sungai. Langsung tak naik kereta dah. Semua naik bot. Ya Allah mudahkanlah semua urusan.
https://www.facebook.com/ebitlewofficialpage/posts/3871386496224900?__cft__[0]=AZUE3XUJ947ExDHATxsTO6SGD28RgC9jrxHMHBX4RjrIPpxQleXsvTzjqyQQdH0FtMT_7gZwgHs2FAnUaQIJ4lvCGS2HkjGsl9f9uqqqwauxSRjU0fOKCGeUL94XmCs09N8gZaihLB-xzHQBxPv_DQjc&__tn__=%2CO%2CP-R
Menerusi perkongsian Ustaz Ebit Lew di laman facebook miliknya, rata-rata warganet mengucapkan terima kasih, memuji dan mendoakan beliau .
Sumber: Ustaz Ebit Lew