Geram sungguh bila tanaman dan pokok-pokok yang kita tanam habis rosak kerana telah ‘diserang’ serangga perosak. Memang sedih hati melihat pokok bunga kesayangan yang dijaga sempurna habis rosak dek serangga perosak.
Selepas ini, anda boleh cuba buat sendiri racun serangga perosak di rumah. Hanya perlu menggunakan 4 bahan dapur ini iaitu bawang putih, cili padi, minyak masak dan sabun.
Racun Bukan Hanya Untuk Serangga Perosak, Juga Untuk Elak Kucing & Tikus ‘Membuang’ Merata
Bukan hanya untuk serangga, namun boleh juga dijadikan semburan untuk kucing dan tikus yang suka ‘membuang’ merata di kawasan rumah. Dijamin, dua haiwan ini pasti takut untuk membuang di kawasan itu lagi. Jom lihat cara-cara membuatnya di bawah.
Bahan-bahan:
- 5 ulas bawang putih
- 5 biji cili padi
- 1 sudu minyak masak
- 1 sudu serbuk sabun pencuci
- 1 cawan air
- Botol spray
Cara-caranya:
- Tumbuk bawang putih dan cili padi.
- Bancuh bahan yang telah ditumbuk dengan 1 cawan air, kemudian tapiskan.
- Tambah air dan jadikan 1 liter cairan tadi, kemudian masukkan ke dalam botol semburan.
- Setelah itu, masukkan minyak masak dan serbuk sabun pencuci.
- Goncang bancuhan tadi sehingga larut dan semburkan pada pokok pada waktu pagi atau petang. Seminggu sekali atai mengikut suka.
Semoga bermanfaat!
Kredit: Keluarga
Baca Juga: Tips & Petua Turun Temurun Untuk Hilangkan Cacing Pada Kanak-Kanak. Guna 3 Bahan Dapur Ini Sahaja!