Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

4 Tips Memasak Dengan Mudah Dan Cepat

Asreeman Ariffin by Asreeman Ariffin
Mac 30, 2019
in Tips Makanan
2 min read
0 0
0
Tips Memasak
0
SHARES
11
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Ramai wanita yang bekerjaya dan dalam masa yang sama merupakan surirumah selalunya menghadapai kesuntukan masa untuk memasak kerana mereka tidak mengetahui tips memasak dengan mudah dan cepat. Kadang-kadang sering mengalami masalah dalam menentukan masakan apa yang akan dimasak pada hari-hari tertentu.

BacaJuga

Ini 8 Petua Yang Anda Boleh Cuba Untuk Elak Mata Pedih Bila Potong Bawang, Gerenti Berkesan!

Ini 8 Petua Yang Anda Boleh Cuba Untuk Elak Mata Pedih Bila Potong Bawang, Gerenti Berkesan!

November 8, 2022
20
tips defrost daging

Cara Yang Ramai Belum Tahu, Wanita Ini Kongsikan Tips ‘Defrost’ Daging Guna Benda Besi Sahaja!

Mei 29, 2022
4

Oleh sebab ini lah menjadikan para wanita malas atau kurang bersemangat untuk memasak kerana mereka menganggap leceh untuk memasak dan memakan masa yang agak lama. Tapi kalau anda semua bijak menguruskan bahan-bahan masakan, tentunya semua akan menjadi mudah dan cepat.

Banyak tips-tips yang dikongsikan di media sosial, tapi tu lah kan, banyak sangat komitmen yang perlu diberikan perhatian. Nak usha-usha Facebook pun tak fokuS. Betul tak kakak-kakak kat luar sana? Oleh yang demikian kami nak kongsikan beberapa tips untuk memudahkan anda untuk memasak.

Tips Memasak Mudah dan Pantas

1. Asingkan Lauk-Pauk Yang Mentah

Pastikan semua lauk mentah yang nak disimpan dipotong mengikut saiz yang diinginkan dan dibersihkan tidak kira ayam, sotong, daging, udang tetapi untuk ikan hanya siangkan sahaja, tidak perlu basuh. Sekiranya kita basuh akan menyebabkan ikan mudah rosak.

Masukkan lauk yang siap dibersihkan ke bekasa yang berasingan dan sebolehnya mengikut kuantiti yang selalu digunakan. Sebagai contohnya, kita selalu gunakan 3 ekor ikan sehari, maka letakkn satu bekas 3 ekor ikan. Bukan apa, nanti asyik keluar masuk peti akan menyebabkan lauk tersebut mudah untuk rosak.

2. Sediakan Bahan Masakan

Setiap hujung minggu rajin-rajinkan diri untuk mengopek bawang siap-siap. Tak kira bawang putih ke, bawang merah ke, bawang besar. Letakkan bawang yang siap dikopek ke bekas yang berasingan bagi memudahkan kita untuk mengambilnya apabila hendak digunakan.

Sebolehnya letakkan dalam bekas yang lutsinar bagi memudahkan kita untuk nampak apa isi kandungannya kemudian masukkan ke dalam peti ais. Bila nak guna untuk memasak, boleh terus ambil mengikut keperluan anda. Masa untuk mengopek bawang dapat dijimatkan.

3. Tumis Cili

Kalau bab menumis cili ini, memang makan masa yang agak lama. Mana tak nya, nak kena rebus cili kering dulu, pastu kena toskan, kemudian nak kena kisar barulah dapat menumis. Memang akan makan masa yang agak lama. Jadi, untuk memudahkan kita, tumiskan siap-siap cili untuk seminggu.

Tumiskan sehingga pecah minyak terlebih dahulu kemudian biarkan sejuk seketika dan masukkan ke dalam bekas. Kalau kita bajet akan habis dalam masa seminggu, letakkan je dalam peti ais di bahagian bawah. Sekiranya nak bagi tahan lama lagi, letakkan tumisan tadi di bahagian sejuk beku(freezer).

4. Menu Masakan

Sediakan menu masakan untuk seminggu. Bila balik rumah dah tak perlu nak termenung nak masak apa. Kena disiplinkan diri untuk masak mengikut susunan yang dibuat. Kalau dah bosan makan yang sama setiap minggu, anda boleh tetapkan masakan mengikut minggu. Untuk minggu ini nak masak apa, kemudian untuk minggu seterusnya nak masak apa.

Takde lah anak-anak dan cik suami merungut asyik lauk tu je. Siap boleh agak dah harini makan apa, esok makan apa. Tips paling penting untuk memasak dengan cepat dan mudah, balik je dari kerja, benda yang pertama harus dibuat adalah, defrost lauk yang akan dimasak dan masak siap-siap nasi. Kemudian barulah buat kerja-kerja lain kerana proses defrost agak memakan masa.

Betul tak macam admin cakap? Senangkan untuk masak kalau kita mengikut susunan yang betul. Kerja-kerja memasak juga menjadi cepat dan mudah. Sesekali nak tukar selera boleh lah masak yang istimewa. Untuk cepatkan lagi proses memasak, boleh ajak anak-anak atau cik suami untuk tolong kat dapur. Masakan pun sedap, cepat dan hubungan kekeluargaan juga dapat dieratakan.

Download WordPress Themes Free
Download Premium WordPress Themes Free
Download WordPress Themes Free
Download Nulled WordPress Themes
free online course
download huawei firmware
Tags: Cepat dan MudahTips Memasak
ShareTweetSend

Related Posts

kurangkan rasa manis makanan
Tips

Masak Makanan Terlajak Manis? Ini 5 Petua Yang Boleh Dicuba Untuk Kurangkan Rasa Manis Makanan

September 21, 2023
55
hilangkan hanyir & lendir ikan keli
Tips

Cara Betul Untuk Hilangkan Hanyir & Lendir Ikan Keli, Buat Macam Ni Barulah Tak Meletup Bila Goreng!

September 18, 2023
79
tips buat bawang putih goreng
Resepi

Tips Buat Bawang Putih Goreng Agar Sedap, Rangup & Tak Pahit!

September 18, 2023
260
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist