Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Guna 5 Bahan Je Nak Buat Whipping Cream Homemade, Rasa Memang Sama Macam Beli

Guna 5 Bahan Je Nak Buat Whipping Cream Homemade, Rasa Memang Sama Macam Beli

Kategori: ,
Whipping Cream

Kadang-kadang bila nak beli whipping cream kat kedai, asyik habis je. Sampai 5 dan 6 kedai pergi pun semua habis. Mungkin sekarang musim semua orang nak cuba buat kek sendiri di rumah.

Rupanya boleh buat sendiri je kat rumah. Hanya perlu guna 5 bahan mudah yang senang untuk didapati. Rasanya pun sama macam beli kat kedai, duit pun jimat sebab harga whipping cream kat kedai boleh tahan juga.

Jom ikuti perkongsian oleh Shaza Kamilah di bawah.

Cara Buat Whipping Cream Homemade

Bahan-bahan:

  • 1 sudu besar ovalette
  • 5 sudu besar susu pekat
  • 4 sudu susu tepung full cream
  • 2 sudu gula halus **kalau suka manis buat 3 sudu
  • Ais 1 mangkuk

Cara-cara:

  1. Pukul semua bahan-bahan.
  2. Putarkan sehingga kental. Hati-hati masa pukul semua bahan nanti ais terpelanting.
  3. Siap!

Tips: Guna besar besar supaya whipping cream boleh mengembang dengan jayanya.

Semoga bermanfaat & selamat mencuba!

tags: |