Sardin adalah makanan yang paling senang nak masak dan mestilah sedap rasanya.

Jadi, bagi anda yang buntu nak masak apa menggunakan sardin, boleh ikut resepi cara memasak sardin di bawah.

1. Sambal Sardin

Bahan-bahan:

  • 1 tin ikan sardin
  • Pes cili – cili kering yang telah siap dikisar
  • 1 biji bawang besar – dihiris bulat-bulat
  • Air asam jawa
  • 2 biji bawang merah – ditumbuk
  • Halia – ditumbuk
  • 3 biji kentang – dihiris tebal dan digoreng
  • 1 biji lada besar
  • Kicap lemak manis
  • Garam – secukup rasa
  • Gula – secukup rasa

Cara memasak:

  1. Tumis bawang merah, halia yang telah ditumbuk sehingga garing sebelum memasukkan pes cili sehingga masak dan naik bau.
  2. Masukkan air asam jawa dan gaul seketika.
  3. Tuangkan sardin bersama sosnya dan masukkan bersama sedikit kicap lemak manis.
  4. Masukkan bawang besar dan kentang yang telah digoreng terlebih dahulu. Gaul sebati.
  5. Siap untuk dihidang!

2. Sardin Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan:

  • 1 tin sardin saiz besar
  • 10 biji buah belimbing besi
  • 1 batang serai – diketuk
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 biji tomato – dibelah 4
  • Garam secukup rasa
  • 5 ulas bawang merah – ditumbuk
  • 5 ulas bawang merah – ditumbuk
  • 2 cm kunyit – ditumbuk

Cara memasak:

  1. Masukkan sardin dan bahan yang ditumbuk bersama bersama serai, buah tomato, garam dan belimbing.
  2. Biarkan ia mereneh sebentar. Kemudian masukkan santan dan garam.
  3. Sedia dihidang bersama nasi panas.

3)Sardin Goreng Halia

Bahan-bahan:

  • 1 tin sardin saiz besar – asingkan sos
  • 4 batang cili masak – dibelah dua tanpa membuang biji
  • 1 inci halia – dihilis halus-halus
  • 4 ulas bawang merah – dihiris halus
  • 2 ulas bawang putih
  • Air asam jawa – secukupnya
  • Garam dan Ajinamoto – secukup rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan goreng ikan sardin sehingga garing. Kemudian angkat dan ketepikan.
  2. Gunakan kuali dan sisa minyak gorengan ikan tadi, tumiskan bahan hirisan sehingga naik bau.
  3. Tuangkan sos tomato sardin serta cili dan air asam jawa secukup rasa. Masak hingga sebati. Kacau perlahan supaya sardin tidak hancur.
  4. Masukkan secubit garam dan ajinamoto untuk perasa.
  5. Siap untuk dihidang.

4) Asam Pedas Sardin

Bahan-bahan:

  • Pes cili
  • 3-4 ulas bawang merah – dikisar
  • 4-5 batang sayur bendi
  • Air asam jawa – secukup rasa
  • 1 biji tomato – dibelah 4
  • Garam dan gula – secukup rasa
  • Bunga kantan – dibelah dua
  • Daun kesum
  • 1 tin sardin saiz besar
  • 8-10 butir halba – untuk aroma

Cara memasak:

  1. Tumis pes cili, bawang, halba.
  2. Masukkan air asam jawa, bunga kantan, daun kesum, tomato dan bendi.
  3. Biarkan menggelegak seketika dan biarkan bendi 1/2 masak.
  4. Akhir sekali, masukkan sardin yang telah ditoskan sosnya.
  5. Tabur sebut garam dan gula untuk perasa.
  6. Siap untuk dimakan.

5) Sardin Masak Kicap

Bahan-bahan:

  • 1 tin sardin Mackerel
  • 5 ulas bawang merah – dihiris
  • 3 ulas bawang putih – dihiris
  • 1 inci halia – dihiris
  • 1 biji bawang merah – dihiris bulat
  • 1 biji cili merah – dihiris
  • 5 biji cili padi
  • 2 biji kentang – dihiris nipis
  • Kicap
  • Gula

Cara memasak:

  1. Goreng kentang sehingga masak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga wangi.
  2. Masukkan ikan sardine sambil dibalik-balikkan ketika menggoreng.
  3. Masukkan sos ikan dan kicap. Masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan bawang besar, cili padi, cili merah.
  4. Masukkan kentang yang digoreng tadi, dan gaul sebati.
  5. Sedia untuk dihidang!

Sumber: Dah tau ker

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 22 times!)