Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » 5 Resepi Masakan Tradisi Sarawak

5 Resepi Masakan Tradisi Sarawak

Kategori:

Sarawak adalah salah satu negeri dalam kepulauan Borneo yang kaya dengan Masakan Tradisi Sarawak yang menarik dan lain dari semenanjung.

Kebiasaanya, selalu yang kita nampak ialah kek lapis sarawak dan mee kolok. Tetapi resepi masakan kali ini lain dari yang lain dan patut dicuba!

1. Umai

Umai adalah masakan tradisi masyarakat Iban di Sarawak. Ianya tidak perlu dimasak, jadi walaupun tiada gas kat rumah masih boleh dibuat. Ikan tersebut akan separa masak bersama bahan-bahan yang digaulkan, menarik bukan?

Bahan-bahan:

  • 2-3 ketul Ikan Tenggiri
  • 4 biji Bawang Merah
  • 2 ulas Bawang Putih
  • 1 inci Halia
  • Bunga Kantan Sekuntum
  • 5 biji Limau Nipis – diperah jusnya
  • 1 Sudu Besar Cuka
  • 5 biji Cili Padi
  • Garam dan Gula Secubit

Cara-cara:

  1. Potong dadu ikan tenggiri.
  2. Hilis halus bawang merah, bawang putih, halia, bunga kantan dan cili padi.
  3. Gaulkan semua bahan yang dihiris tadi dengan ikan tenggiri yang telah dipotong dadu.
  4. Masukkan cuka, jus limau nipis, garam dan gula. Gaul sebati.

Sedia untuk dihidang sebagai kerabu atau lauk tambahan.

2. Pansuh Manok

Pansuh Manok bermakna ayam buluh dalam bahasa Iban, jadi untuk memasak menu ni, buluh diperlukan. Caranya tidaklah susah, tetapi perlu ada tempat yang sesuai untuk membakar. Dan harus dibakar diluar rumah ye. Jangan sampai terbakar rumah pulak.

Apa cari lain yang boleh digantikan selain buluh? Jawapannya ada iaitu  dimasak di atas dapur, tetapi rasa dan aromanya tidak sama dan hilanglah uniknya.

Bahan-bahan:

  • Buluh Besar untuk dibakar (sama seperti buluh lemang)
  • Ayam Seekor – potong halus
  • 3 inci Halia – hiris tumbuk
  • 4 biji Bawang Merah – ditumbuk
  • 2 ulasBawang Putih – tumbuk
  • 2 batang Serai – ditumbuk
  • Daun Kesum Segenggam
  • Bunga kantan Sekuntum hiris
  • Beberapa helai Daun Ubi Kayu
  • Garam

Cara-cara:

  1. Potong halus ayam tadi dan bersihkan.
  2. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih, halia dan serai.
  3. Gaulkan bahan yang ditumbuk tadi dengan ayam.
  4. Hiris bunga kantan dan daun kesum, masukkan dan gaul sebati.
  5. Masukkan garam secukup rasa dan ajinomoto jika mahu dan gaulkan.
  6. Masukkan semua bahan tadi ke dalam buluh.
  7. Tutup dengan daun ubi kayu.
  8. Bakar buluh yang berisi ayam tadi seperti lemang lebih kurang 45 minit sehingga ayam masak.

Setelah masak, keluarkan dari buluh dan hidangkan, pasti terangkat makan dengan nasi panas.

3. Kek Belacan

Pelik namanya, guna belacan ke kek ni ? Sebenarnya tidak, ia dipanggil kek belacan kerana tekstur dan warnanya yang seakan belacan. Tetapi rasanya tidak sama ye. Selalu dihidangkan di Hari Gawai dan Hari Raya, terutamanya untuk yang mahukan kelainan dari kek lapis Sarawak.

Bahan-bahan:

  • 250gram Mentega
  • 10 biji Telur
  • 1 tin Susu Pekat Manis
  • 1 cawan Gula Halus
  • 1 tin Serikaya
  • 1 tin kecil Nestle Cream
  • 1 paket kecil Horlicks
  • 1 paket kecil Milo
  • 2 cawan Tepung Gandum
  • 1 sudu kecil Nescafe
  • 1 sudu teh Esen Vanila
  • 1 sudu besar Serbuk Koko
  • Gula perang secukupnya

Cara-cara:

  1. Panaskan air untuk mengukus.
  2. Pukul mentega dan gula halus sehingga gebu.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul.
  4. Masukkan esen vanila, susu pekat manis, serikaya, nestle cream dan pukul sebati.
  5. Masukkan pula horlicks, milo, serbuk koko dan nescafe, kacau sebati bahan tersebut.
  6. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
  7. Masukkan pula gula perang sehingga adunan tersebut berwarna kehitaman.
  8. Gaul semuanya sehingga sebati.
  9. Sediakan loyang yang telah digris dengan mentega dan tepung.
  10. Masukkan adunan ke dalam loyang dan tutup dengan aluminium foil
  11. Kukus sehingga 5 jam.

Siap dan boleh dipotong dan dihidang, dengan secawan teh O kurang manis, slurrp!

4. Sup Ayam Terung Dayak

Terung Dayak atau juga dipanggil Buah Dabai, Terung Iban atau Terung Asam banyak ditanam di Sarawak. Susah sikit nak jumpa di semenanjung. Ada yang mengatakan ianya boleh dijumpai di Pahang dan Johor tetapi sangat jarang. Kalau pergi Sarawak, especially di pasar Satok, bolehlah beli terung dayak ni untuk dimasak.

Bahan-bahan:

  • Ayam 1/2 ekor
  • 4 biji Terung Dayak dibelah 4
  • 2 batang Serai diketuk
  • Bawang Putih 2 ulas
  • Bawang Merah 4 biji
  • 1 inci Halia
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Potong halus ayam tadi dan bersihkan
  2. Hiris halus bawang putih, bawang merah dan halia.
  3. Tumis semua bahan hiris tadi bersama serai sehingga naik bau
  4. Masukkan ayam dan gaul sebati
  5. Masukkan air
  6. Akhir sekali masukkan terung dayak dan gaul sebati.
  7. Masukkan garam dan biar mendidih hingga ayam dan terung masak.

Sedia untuk dihidang dengan nasi putih dan Umai, confirm terangkat !

5. Midin Goreng Belacan

Sayur Midin ni adalah sejenis pucuk paku tapi berbeza spesis. Orang cakap sama tapi tak serupa. Tekstur midin lebih licin dan tidak berbulu. Sayur midin ni banyak dijumpai di Sarawak, di semenanjung pula banyak di Terengganu kerana ia salah satu bahan yang dimasukkan dalam bubur lambuk. Midin ni memang sedap dijadikan ulaman dan dimasak dengan belacan.

Bahan-bahan:

  • 1 ikat Pucuk Midin
  • 4 ulas Bawang Merah
  • 2 ulas Bawang Putih
  • 1/2 cawan Ikan Bilis
  • 1/2 inci Belacan dibakar
  • 1 biji Cili Merah
  • 6 biji Cili Padi
  • 1 senduk Minyak Masak
  • Sedikit Air
  • Sedikit Garam dan Gula

Cara-cara:

  1. Bersihkan pucuk midin tadi
  2. Tumbuk belacan sehingga halus
  3. Masukkan ikan bilis, bawang putih dan bawang merah, cili merah dan cili padi. Tumbuk kasar bahan tersebut
  4. Panaskan kuali dan masukkan minyak
  5. Tumis semua bahan tumbuk sehngga naik bau
  6. Masukkan pucuk midin
  7. Masukkan sedikit air
  8. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Siap untuk dihidang bersama nasi putih, lebih ummph dimakan bersama pansuh manok !

Selamat mencuba ya~

tags: