Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Masak Makanan Terlajak Manis? Ini 5 Petua Yang Boleh Dicuba Untuk Kurangkan Rasa Manis Makanan

Masak Makanan Terlajak Manis? Ini 5 Petua Yang Boleh Dicuba Untuk Kurangkan Rasa Manis Makanan

Kategori: ,
kurangkan rasa manis makanan

Apabila memasak, kadang-kadang mesti ada benda yang tersilap misalnya terlebih gula atau garam. Ia adalah kesilapan yang selalu dibuat dan ia tidak mengapa.

Jadi kali ini, Daily Makan ingin berkongsi petua untuk sesiapa yang tersalah memasak masakannya yang terlebih manis. Ada beberapa tip dan petua yang korang boleh amalkan tau.

Masak Makanan Terlajak Manis? Ini 5 Petua Yang Boleh Dicuba Untuk Kurangkan Rasa Manis Makanankurangkan rasa manis makanan

  • Tambahkan sedikit garam kurangkan rasa manis makanan

Cara pertama untuk kurangkan rasa manis dalam makanan dengan menambah sedikit lagi kandungan garam. Jangan risau kalau anda terfikir bahawa makanan tersebut menjadi masin kerana ia tidak akan berlaku. Malah, menambahkan garam ini lagi mampu mengimbangkan semula rasa manis yang terlajak tersebut.

  • Tambahkan rasa masam

Rasa manis juga akan menjadi kurang jika anda menambahkan makanan atau bahan yang mempunyai rasa masam. Antara bahan yang boleh diletakkan adalah tomato, cuka, lemon atau belimbing buluh. Bukan sahaja untuk kurangkan manis, malah cara ini juga boleh kurangkan rasa masin yang terlebih.

  • Tambah air

Mungkin ini merupakan solusi yang sudah diketahui ramai iaitu dengan menambah air ke dalam masakan yang terlajak manis. Jika makanan tersebut adalah jenis berkuah, tidak menjadi masalah untuk anda menambah air kerana secara cepat air akan meresap rasa manis tersebut.

  • Tambah makanan bersifat neutral kurangkan rasa manis makanan

Ini merupakan antara petua yang ramai dalam kalangan kita kurang tahu iaitu menambahkan bahan-bahan masakan bersifat neutral atau tidak mempunyai rasa. Antara bahan yang boleh digunakan adalah tauhu, tempe, kentang,, terung, tepung dan telur. Rupanya makanan sebegini mampu mengimbangi rasa manis dan masam supaya jadi lebih enak.

  • Tambahkan rasa pedas

Berita baik untuk pencinta makanan pedas kerana bahan-bahan pedas boleh mengurangkan rasa manis dalam makanan. Boleh tambah cili merah, cili padi, capsicum, paprika serta serbuk lada ke dalam makanan yang anda rasakan terlebih manis dari kebiasaan.

Jadi, bila korang memasak nanti dan tersalah lebihan manis dalam masakan, bolehlah cuba petua-petua ini untuk kurangkan manis okay.

Semoga perkongsian kurangkan rasa manis makanan ini bermanfaat buat semua. Selamat mencuba dan menikmati!

Sumber: Fimela.com

Baca juga: Ibu Ini Kongsi Idea 30 Menu Bekal Anak-Anak Ke Sekolah, Senang Tak Payah Fikir Untuk Buat Rujukan

tags: | |