Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » 5 Resepi Biskut Raya Berasaskan Cornflakes Yang Boleh Anda Cuba

5 Resepi Biskut Raya Berasaskan Cornflakes Yang Boleh Anda Cuba

Kategori:
resepi cornflakes

Cornflakes merupakan kepingan jagung yang rangup dan sedap yang John Harvey Kellogg pada tahun 1894. John Harvey Kellog mencipta kepingan jagung ini pada mulanya adalah untuk  pesakit-pesakitnya di Sanitarium Battle Creek, Michigan, Amerika Syarikat. Sejak itu cornflakes ini dikenali di seluruh dunia.

Malah ianya bukan sahaja sedap dimakan begitu sahaja tetapi untuk dibuat kuih raya atau biskut raya dengan menggunakan cornflakes ini juga tersangat sedap. Tidak dinafikan memang banyak biskut raya yang menggunakan cornflakes ini sebagai bahan sampingan bagi menyedapkan lagi biskut.

Dalam pada itu ada juga biskut raya yang dihasilkan berasaskan cornflakes ini semata-semata seperti biskut cornflakes crunchy dan juga cornflakes madu. Bukan itu sahaja malah banyak lagi yang boleh dibuat.

5 Jenis Biskut Raya Yang Boleh Di Buat Dari Cornflakes

1. Resepi Honey Butter Cornflakes

Bahan-bahan:

  • 250 gram butter
  • 1 cawan gula icing
  • 1 biji kuning telur
  • 3 sdb susu pekat
  • 3 sdb madu
  • 500 gram cornflakes

Cara penyediaan :

  1. Pukul butter dan gula icing menggunakan spatula/whisk sehingga sedikit kembang.
  2. Kemudian masukkan kuning telur, susu pekat dan madu. Pukul lagi sehingga sebati.
  3. Tuangkan campuran butter tadi ke dalam cornflakes
  4. Gaul sebati.
  5. Masukkan ke dalam paper cup. Tabur manik urai yang bulat-bulat kecil tu.
  6. Bakar dalam oven selama 15-20 minit pada suhu 180°c.

2. Resepi Biskut Cornflakes Yang Rangup

Bahan-bahan:

  • 2 cawan cornflakes (diramas kasar)
  • 250g Purebutter (saya guna tatura)
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sb shortening
  • 1 sb esen vanila
  • 1 kuning telor
  • 1/2 cawan badam serbuk
  • 1 sk baking soda
  • 1/2 sk baking powder
  • 1/2 cawan minyak
  • 1 cawan tepung jagung
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan cornflakes (kisar halus)
  • 1 cawan badam nips (bakar / sangai terlebih dahulu)

Cara penyediaan :

  1. Satukan butter + gula perang + shortening + esen vanila dan kuning telor. Kacau sebati guna senduk je.
  2. Masukkan badam serbuk + baking soda + baking powder. Kacau rata.
  3. Tambah minyak. Kacau.
  4. Masukkan tepung jagung + tepung gandum . Kacau sebati .
  5. Masukkan cornflakes kisar . Kacau dan last masukkan badam nips . Uli sebati .
  6. Bulatkan dan golekkan dekat cornflakes yg diramas kasar .
  7. Sapu loyang dgn marjerin . Susun jarak2 . Panaskan oven 5 min . Bakar suhu 160c selama 25 minit . Siap

Perhatian: Adunan sebelum dibulatkan memang lembik , jangan sesekali tambah tepung.

3. Cornflakes Coklat Tanpa Guna Oven

Bahan-bahan:

  • Milk Compound Chocolate 9Beryl’s) 250g
  • Cornflakes – 5 cawan
  • Buttercup – 1 sudu besar
  • Almond – 60g
  • Papercup

Cara-cara:

  1. Cairkan coklat bersama butter. Biarkan sejuk
  2. Sangai almond hingga rangup.
  3. Ramas kasar cornflakes.
  4. Campurkan cornflakes, almond dan coklat. Gaul sehingga rata
  5. Masukkan ke dalam papercup menggunakan sudu.
  6. Kemudian biarkan sejuk atau masukkan ke dalam peti ais selama 5 minit.
  7. Siap!

4. Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips

biskut cornflakes crunchy

Bahan-bahan :

  • 50g buttercup atau boleh guna planta
  • 1 cawan gula aicing
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 3/4 cawan tepung jagung
  • 2 cawan tepung gandum
  • Cornflakes secukupnya ( Cik tom letak dalam 3 cawan, ramaskan sedikit)
  • Chocolate chips
  • Chocolate rice (optional)
  • Almond cincang (optional)

Cara Penyediaan :

  1. Kacau sebati butter, gula aicing dan esen vanila. Guna senduk je. Jangan pukul sampai kembang.
  2. Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit, tak perlu diayak. Kacau sebati. Adunan memang lembik ye, jangan panik.
  3. Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond. Gaul sebati.
  4. Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter/ planta. Nak cubit-cubit guna jari jemari pun boleh. Lepastu nak golek-golekkan dalam baki cornflakes.
  5. Jarakkan sikit ye, biskut akan mengembang. Tapi dia punya kembang tu biasa-biasa je sebab kita tak guna soda bikarbonat dan baking powder.
  6. Sebelum tu, boleh panaskan oven dulu ye dalam 5-10 minit. Kemudian baru boleh bakar biskut kita, suhu 160’c masa 20 minit atau ikut oven masing-masing ye (api atas bawah).
  7. Siap.

5. Resepi Salted Egg Cornflakes Crunchy 

Bahan-bahan :

  • 1 kg cornflakes
  • 10 tangkai cili kering di potong kecil-kecil
  • Butter cup 250 gram
  • Salted egg powder 100 gram
  • Daun kari ikut suka nak letak byk pon ok
  • 5 sudu gula castor

Cara Penyediaan :

  1. Guna kuali besar ye senang nak gaul
  2. Cairkan butter dan masukan cili kering, daun kari, pastu salted egg powder.
  3. Goreng sampai berbuih halus dan baru masukan cornflakes serta gula castor.
  4. Gaul sebati dan cepat supaya salted egg tu tak berketul.
  5. Dah sebati boleh tutupkan api.
  6. Kemudian masukkan ke dalam tray, alaskan dengan kertas minyak terlebih dahulu.
  7. Ratakan cornflakes tadi dan bakar dalam oven selama 10 minit dengan suhu 150 c api atas bawah.
  8. Bila dah siap, masukkan dalam tabung supaya tak lemau nanti.

Selamat mencuba!

Baca juga : Resepi Cornflakes Madu ‘Step By Step’, Hanya Guna 4 Bahan Mudah

tags: | |