Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Promosi » Dah Bosan Asyik Order Minuman Sama? Jom Cuba 6 Minuman Terbaru Ni, Pasti Sedap dan Menyegarkan!

Dah Bosan Asyik Order Minuman Sama? Jom Cuba 6 Minuman Terbaru Ni, Pasti Sedap dan Menyegarkan!

Kategori:

Ada kalanya, tekak kita pasti teringin untuk minum sesuatu yang istimewa. Bagi yang sudah bosan ulang pesanan yang sama, apa kata kali ini anda cuba minuman terbaru dari 6 jenama popular ini.

Kebanyakan menu yang bakal kita kongsikan ni hanya tersedia untuk waktu terhad saja tau. Jadi, jom kita lihat 6 menu terbaru yang anda boleh dapatkan!

6 Menu Minuman Terbaru Yang Anda Wajib Cuba

1. Menu Musim Panas Starbucks

Buat peminat setia Starbucks, jangan lepaskan peluang untuk mencuba variasi minuman terbaru sempena musim panas!

Terdapat 4 menu menarik yang diperkenalkan oleh Starbucks iaitu :

  • Strawberry Raspberry Cheesecake Frappucino
  • Hazelnut Mocha Cheesecake Frappucino
  • Honey Ruby Grapefruit Cold Brew
  • Salted Cream Cold Brew

Bagi penggemar kopi, anda juga boleh cuba minuman Strawberry Raspberry Cheesecake dalam versi Latte.

Untuk yang sukakan rasa mangga, jangan terlepas untuk rasai kesegaran Mango on the Beach Frappucino dan Strawberry Mango Jelly Starbucks M:LK Cream Oolong!

Semuanya nampak sedap dan menyegarkan untuk anda nikmati pada cuaca panas ni!

2. 7-Eleven Grapefruit Paradise Slurpee

Dah lama tak pekena Slurpee? Jom cuba perisa terbaru iaitu Grapefruit Paradise Slurpee di cawangan 7-Eleven terdekat.

Sekarang ada promosi Slurpee 70 sen tau! Jangan lupa tebus dan dapatkannya hari ini!

3. Gong Cha X OATSIDE

Jom cuba menu edisi terhad dari Gong Cha yang lazat, bebas laktosa dan lebih sihat iaitu Mango Oat Latte dan Matcha Mango Oat Latte!

Khas untuk ahli Royalty Gong Cha, anda juga berpeluang untuk dapatkan potongan harga RM 1 pada hari Jumaat untuk pesanan minuman OATSIDE dari 17 Jun hingga 23 Jun 2022.

Jom pesan minuman yang sihat dan menyegarkan ini untuk waktu terhad!

4. Menu Terbaru Boost Untuk Penggemar Coklat

Khas untuk peminat minuman coklat, jangan lupa untuk cuba 3 menu terbaru dari Boost. Tak hanya kaya dengan rasa coklat, malah padat dengan kebaikan dan rasa segar buah-buahan.

Minuman Terbaru

Minuman Terbaru

Jom ke cawangan Boost terdekat untuk dapatkan 3 menu terbaru dari Boost iaitu :

Go Choco’ Nana

Gabungan rasa coklat, nektar mangga, pisang, susu dan yogurt vanilla

Berry Choco-Licious

Minuman dengan kombinasi rasa raspberi, pisang, coklat, toasted mesli, yogurt strawberi dan susu yang memikat.

Choco Blues

Gabungan rasa coklat dengan beri biru serta yogurt.

5. Juice Works Green Tea Series

Siapa yang tak suka dengan Juice Works? Menggabungkan rasa buah-buahan yang sihat dan menyegarkan, ramai yang teruja untuk mencuba pelbagai jenis minuman menarik yang ditawarkan.

Minuman Terbaru

Untuk waktu terhad ini, cubalah 2 menu terbaru dari Green Tea Series iaitu :

Tropical Teaz

  • Jus segar dengan gabungan rasa teh hijau mangga, nanas dan sorbet

OJ Teaser

  • Rasa memikat dengan kombinasi rasa teh hijau, limau nipis, oren dan sorbet.

Dapatkan minuman edisi terhad ini dengan hanya RM 10 pada setiap Isnin hingga Jumaat, bermula 2.00 petang hingga 5.00 petang!

Promosi ini sah dari 1 Jun hingga 15 Ogos 2022 saja, jadi jom dapatkannya sementara stok masih ada!

6. Tealive Fancy Melon

Rugi kalau anda tak cuba menu Fancy Melon yang terbaru dari Tealive. Gabungan rasa Melon dan topping Green Tea Jelly atau Pop Pop Pearls pasti akan buatkan anda ketagih!

Minuman Terbaru

Terdapat dua pilihan menu yang anda boleh cuba iaitu Fancy Melon Smoothie dan Fancy Melon Milk. Yang mana satu pilihan anda? Jom pesan menu terbaru dari Tealive hari ini!

Nampaknya, banyak yang menawarkan menu terbaru berasaskan rasa buah-buahan. Mungkin kebetulan dengan musim panas serta musim buah-buahan di negara kita ni. Yang pasti, semuanya nampak sedap, sampai terliur dibuatnya!

Jadi, tunggu apa lagi? Jom dapatkan aneka minuman yang serba menarik dari kedai kegemaran anda!

tags: |