Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Dia 6 Resepi Paling Top Dan Menyelerakan Yang Anda Wajib Cuba Di Rumah Sepanjang PKPB Berlangsung!

Ini Dia 6 Resepi Paling Top Dan Menyelerakan Yang Anda Wajib Cuba Di Rumah Sepanjang PKPB Berlangsung!

Kategori:

Hari ini 9 November 2020 bermula lah sekali lagi PKPB bagi semua negeri kecuali Pahang, Kelantan dan Perlis selama 4 minggu. 4 minggu bukan suatu tempoh yang sekejap, mesti para ibu dah risau memikirkan nak sediakan makanan apa untuk anak-anak dan suami di rumah. Oleh sebab pihak Daily Makan faham masalah anda, jadi kami bawakan anda 6 resepi top dan menyelerakan yang boleh anda cuba sepanjang anda berada di rumah. Selamat mencuba ye!

1. Nasi Lemak Yang Di Kukus Lebih ‘Sedap’ Tau, Ini Dia Cara Mengukusnya Mudah Sangat!

BAHAN-BAHAN:

  • Tiga cawan beras
  • santan kotak kecil 200ml
  • Air sekotak
  • Daun pandan 3 helai
  • Halia |dihiris
  • Bawang merah |dihiris
  • Sedikit garam
  • 1 sb minyak masak

CARA PENYEDIAAN:

  1. Campur semua bahan dalam satu bekas dan kacau sebati
  2. Tuang bahan yang sudah dikacau dalam kuali.
  3. Panaskan kuali dan keringkan.
  4. Masukkan dalam pengukus hingga 30-45 minit atau sehingga nasi dah masak.
  5. Sedap dihidang dengan sambal, ikan bilis dan ayam berempah.

Sumber: Nina Salleh

2. Lelaki Ini Kongsi Resepi Mee Bandung ‘Viral’ Yang Sedap! Sekali Makan 40 Hari 40 Malam Teringat

BAHAN-BAHAN:

  • Cili kering
  • Bawang besar
  • Bawang putih |dikisar
  • Kacang tanah |dikisar & goreng
  • Udang kering |dikisar
  • Daging direbus (Air rebusan asingkan)
  • Udang basah
  • Telur

CARA PENYEDIAAN:

  1. Tumis cili sehingga naik minyak.
  2. Kemudian masukkan udang kering dan kacang.
  3. Masukkan pula air rebusan daging dan kacau sebati.
  4. Biarkan mendidih dulu dan pastikan garam gula secukup rasa.
  5. Apabila dah mendidih masukkan udang dan biarkn seketika.
  6.  Akhir sekali masukkan daging dan pecahkan telur serta masukkan sayur.
  7. Siap untuk dihidangkan.

Kredit: Mohd Shah

3.“Sedapnya Bihun Goreng Tomyam Kamu”, Masakan Wanita Ini Berkali-Kali Di Puji Mak Mertua, Wanita Ini Kongsi Resepinya

BAHAN-BAHAN:

Bahan sos:

  • 2 sudu besar Cili kering yg mesin
  • Gula 1 1/2 sudu besar
  • Sos tiram 1 sudu besar
  • Kicap lemak manis 4 sudu besar
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 1 kiub ayam

*Campur semua sos di atas. Bancuhan perencah/ sos ini juga boleh diguna pakai untuk buat mee goreng, koe teow goreng, char koe teow, nasi goreng dan seumpamanya. Inilah rahsianya supaya masakan anda lebih sedap dan umph!

Bahan Lain:

  • Bihun | rendam dengan air paip selama 20 minit
  • 5 biji bawang merah (cincang)
  • 5 ulas bawang putih (cincang)
  • 3 batang serai (dititik biasa dia!)
  • Udang geragau segenggam-cuci bersih
  • Udang segar
  • 2 sudu pes thai tom yam
  • Sos yang di campur tadi
  • Lobak merah-dihiris
  • Sayur sawi

CARA PENYEDIAAN:

  1. Tumis bawang merah, bawang putih dan serai hingga wangi.
  2. Kemudian masuk kan udang geragau tadi.
  3. Bila sudah wangi boleh tambah pes tomyam dan bancuhan sos tadi (agak-agak) , udang segar dan lobak merah. Kacau rata dan jangan lupa tambahkan garam secukup rasa.
  4. Masukkan bihun dan gaul rata. Masukkan sawi, air 1-2 cawan dan daun limau purut. Tutup kuali dan biar hingga bihun lembut

Info: Kalau suka pedas boleh masukkan hirisan cili padi. Dalam bihun ini anda boleh tambah bahan lain seperti isi ayam, sotong dan sebagainya.

Kredit: Ida Shahida & Idea Resepi

4. ‘Sup Telur Pecah’ Wanita Ini Di Puji Suami Sebab Sedap Sangat, Tak Pernah Rasa Lagi Sebelum Ni. Ini Resepinya

resepi sup telur pecah

BAHAN-BAHAN:

  • Sedikit Bawang besar(potong dadu)
  • Jejari ketam
  • Cendawan butang
  • Jagung (dlm tin)
  • Isi ayam ( rebus dahulu kemudian siat2 halus isinya)-jangan buang air rebusan ayam ni ye
  • 2/3 bj telur
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • Sedikit tepung jagung ( utk pekatkan kuah)-gaul dgn sedikit air

* Semua bahan ikut suka je. Kalau nak banyak ketam, bubuhlah banyak. Jika nak cendawan banyak, bubuhlah banyak-banyak.

CARA PENYEDIAAN:

  1. Rebuskan ayam terlebih dahulu dan air rebusan ayam tadi di guna semula. Kalau kurang air tambahkan lagi air.
  2. Panaskan air rebusan biar hingga mendidih.
  3. Selepas itu masukkan bawang besar dan biarkan seketika.
  4. Masukkan pula ayam dan kiub pati ayam serta cendawan. Gaul.
  5. Kemudian masukkan telur sambil tuang telur sambil gaul.
  6. Masukkan perasa jika nak tambah (garam/ajinomoto/gula) ikut suka.
  7. Selepas itu masukkan jejari ketam dan jagung. Akhir sekali masukkan tepung jagung yang sudah digaul dengan air tadi.
  8. Gaul rata dan jika kuah sup sudh pekat bolehlah ditambahkan lagi dengan tepung jagung. Terpulang kepada anda.
  9. Apabila siap, tutup api dan hidangkan.

Kredit: Anisah Connie

5. Resepi Pasta Tomyam Alfredo Tak Terkata Sedapnya, Nak Sediakan Juga Cukup Mudah

BAHAN-BAHAN:

  • Bawang besar setengah
  • Bawang putih 3 ulas
  • Cili api merah 1biji ikut kepedas korang
  • (Cincang halus guna chopper diy yang tarik-tarik tu senang)
  • Minyak zaiton
  • Cendawan shitake 1pack
  • Susu full cream ikut nak kuah banyak mana
  • Paste tomyam pahah guna adabi 1/2peket
  • Udang ikut nak sorang berapa ekor
  • Maggi cukup rasa
  • Daun limau purut
  • Pasta
  • Cheese
  • Cili flakes

CARA PENYEDIAAN:

  1. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili api dengan minyak zaiton.
  2. Dah naik bau masukkan cendawan. Masukkan susu. Masukkan paste tomyam. Masukkan udang.
  3. Kemudian masukkan pasta. Maggi cukup rasa.
  4. Masukkan pula daun limau purut, tabur cheese dan cili flakes.
  5. Siap!

Sumber: Farhah Jamaluddin

6.Hidangan Maggi Celup Kelantan Ini Laku Keras, Tuan Rumah Terpaksa Ulang Alik Masuk Dapur Tambah Baru. Ini Resepinya

tags: | | | | |