Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Mahu Ayam Goreng Masak Sempurna & Tak Berdarah? Ini 6 Teknik Mudah Goreng Ayam

Mahu Ayam Goreng Masak Sempurna & Tak Berdarah? Ini 6 Teknik Mudah Goreng Ayam

Kategori: ,,
teknik masak ayam goreng

Ayam merupakan antara lauk yang cukup popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Dengan ayam pelbagai jenis hidangan yang enak serta menyelerakan yang boleh disediakan. Bukan sahaja ayam daging, ayam kampung serta ayam pencen pun turut menjadi pilihan.

Dengan ayam ini, pelbagai jenis hidangan yang boleh disediakan, sama ada ayam masak merah, ayam masak lemon, ayam gulai dan seribu satu jenis hidangan lagi. Namun antara hidangan biasa yang sering menjadi pilihan rakyat Malaysia adalah ayam goreng.

Ayam goreng ini merupakan antara menu utama yang banyak dijual di kedai makan. Malah di sebelah Pantai Timur, kebanyakan daripada mereka akan menjual nasi berlauk yang berlaukkan ayam gulai dan ayam goreng.

Namun tak semua tahu cara yang betul untuk menggoreng ayam ini, ramai dalam kalangan kita yang goreng ayam namun hasilnya ayam goreng tersebut tidak masak dan masih lagi berdarah. Nak tahu teknik mudah goreng ayam supaya masak sempurna dan tidak berdarah? Jom ikuti perkongsian di bawah ini.

Mahu Ayam Goreng Masak Sempurna & Tak Berdarah? Ini 6 Teknik Mudah Goreng Ayam

  1. Pertama sekali, pastikan potongan ayam tidak terlalu besar. Lihat dahulu bahagian ayam yang ingin dimasak, terutamanya bahagian bertukang seperti peha dan kepak. Pastikan potongan pada bahagian ini tidak terlalu besar untuk mengelakkannya berdarah.
  2. Adalah lebih baik jika mengelar atau merebus ayam terlebih dahulu. Selain itu, kika anda lebih suka potongan ayam yang besar, anda boleh menusuknya dengan garfu atau mengelar bahagian ayam tersebut supaya ia masak dengan sempurna.
  3. Nyahbeku ayam terlebih dahulu. Jika baru keluarkan ayam dari freezer, jangan terus goreng kerana ia akan menyebabkan ayam masak di bahagian luar sahaja tetapi di bahagian dalam masih mentah. Jadi, pastikan anda keluarkan ayam yang beku awal-awal dan rendamkannya dalam air suam sehingga lembut atau defrost menggunakan microwave.
  4. Pastikan minyak yang digunakan banyak. Bagi mendapatkan hasil ayam goreng yang sempurna, pastikan anda menggunakan minyak yang banyak sehingga menutupi kesemua bahagian ayam dalam kuali. Dengan menggunakan cara ini, secara automatik proses pemanasan akan lebih rata sehingga daging dan ayam masak dengan sempurna.
  5. Bahagian ini jangan lupa, gunakan api yang sederhana sahaja. Kalau nak pastikan ayam masak dengan sempurna hingga ke bahagian dalam, pastikan guna suhu api yang kecil atau sederhana ketika menggoreng. Jika guna api terlalu besar, bahagian luar akan terlalu cepat masak dan mungkin hangus tetapi bahagian dalamnya masih belum masak sepenuhnya.
  6. Akhir sekali, adalah lebih baik jika masukkan bahagian tulang terlebih dahulu. Ketika mahu mula menggoreng, masukkan bahagian yang mempunyai joints atau tulang-tulang bersambung dan lebih cenderung mengeluarkan darah terlebih dahulu. Kemudian, barulah diterbalikkan ke bahagian yang kurang berisiko agar ia masak dengan sempurna.

 

Sangat mudah kan teknik goreng ayam supaya ayam goreng yang dimasak sempurna dan tidak berdarah. Semoga dengan perkongsian ini, rasa ayam goreng anda lebih sedap dan berselera. Jangan lupa kongsikan juga teknik ini kepada kenalan anda.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat! 

Baca juga: “Setiap Kali Kena Kencing Kotor, Saya Mesti Akan Minum Air Barli..” Wanita Ini Kongsi Petua Rawat Kencing Kotor 

tags: | |