Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Review » Jom Cuba 7 Bahan Perasa dan Seasoning Sedap Ni! Letak Sikit Je, Masakan Jadi Terlajak Sedap!

Jom Cuba 7 Bahan Perasa dan Seasoning Sedap Ni! Letak Sikit Je, Masakan Jadi Terlajak Sedap!

Kategori: ,

Untuk lazatkan lagi masakan di rumah, sebenarnya terdapat pelbagai bahan perasa dan seasoning yang anda boleh gunakan.

Jom kita tengok 7 dressing, bahan perasa dan seasoning sedap yang anda boleh dapatkan di pasaran. Lengkap dengan rempah dan ramuan berkualiti, semuanya recommended untuk dicuba!

7 Dressing, Bahan Perasa dan Seasoning Sedap Yang Anda Wajib Cuba

1. Paparoger By Rink

Pernah viral di TikTok, ramai yang cukup menggemari keenakan rempah perapan Paparoger by Rink (dapatkan di sini). Bukan saja sedap dan mudah digunakan, malah ianya juga rendah kalori dan dibuat tanpa gula atau garam tambahan.

Yang menariknya, rempah ni boleh digunakan untuk bahan perapan pelbagai ramuan masakan seperti ayam,  daging, ikan, ubi kentang sehinggalah makanan laut. Lepas dah perap, nak panggang, gril, goreng atau masak dalam air fryer pasti menjadi!

Nak gunakan rempah perap ni sebagai perasa tambahan pun boleh sebab ia lengkap dengan rempah seperti rosemary, black pepper, bawang putih dan lada hitam. Lebih sedap dan kick!

2. Bon Chef Sprinkle Seasoning

Kalau anda sukakan kentang goreng dengan perisa macam McShaker Fries, cubalah Sprinkle Seasoning dari Bon Chef untuk sedapkan lagi kentang goreng di rumah.

1 paket ni cukup untuk 1 kg fries tau! Jimat dan bertambah sedap jadinya. Bagi yang pertama kali nak cuba, anda boleh dapatkan perisa Sour Cream & Onion dan Hot & Spicy.

Perisa lain macam Cheese, BBQ dan Spicy Seaweed pun menarik untuk dicuba!

3. Ramly Tasty Seasoning

Mungkin ramai belum tahu kewujudan seasoning dari Ramly. Katanya, seasoning ni boleh buatkan apa-apa masakan jadi sedap.

Tak kiralah masak burger, pasta, bubur, nasi goreng dan mee goreng, semuanya bertambah lazat bila tambah Ramly Tasty Seasoning ni.

Seasoning Sedap

4. Kewpie Dressing

Untuk sedapkan lagi salad, wrap dan sandwic, ramai yang recommend untuk letakkan Kewpie Roasted Sesame. Terlajak sedap jadinya!

Selain itu, ada juga yang tambahkan Kewpie Dressing ini dalam mee segera, terutamanya yang berperisa ala Korea. Memang ngam!

Selain Roasted Sesame, ramai yang recommend perisa lain seperti Hot Spicy dan Roasted Sesame Yuzu Taste. Semuanya sedap untuk dicuba.

Seasoning Sedap

5. Mushroom Seasoning

Bagi anda yang mencari perisa tambahan tanpa MSG, cubalah Mushroom Seasoning dari Love Earth. Rasanya lebih kurang macam kiub pati ayam, sehinggakan chef terkemuka pun katanya ada yang guna Mushroom Seasoning ni!

6. Serbuk Perencah Tomyam Bestari

Seriouslah Bestari ada serbuk perencah tomyam? Ingatkan ada tepung perap ayam saja! Katanya serbuk tomyam ni boleh tahan sedap. Selain untuk buat lauk tomyam, nak buat nasi goreng tomyam pun sedap!

Seasoning Sedap

7. Perencah Nasi Goreng Kampung Seri Aji

Ramai yang dah cuba perencah nasi goreng Seri Aji ni. Katanya, rasa nasi goreng akan jadi lebih sedap dari makan di kedai dan rasanya memang betul-betul padu. Tak payah pening kepala nak tumbuk cili dan belacan, semuanya lengkap dalam perencah ni!

Seasoning Sedap

Banyak rupanya seasoning sedap yang menarik untuk dicuba. Kalau ramai dah recommend, sudah tentu produk ini akan bangkitkan lagi kesedapan hidangan anda. Memang berbaloi untuk disimpan sebagai stok di rumah. Jom dapatkan produk seasoning sedap ni di pasaran!

tags: