Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » 7 Cara Mudah Supaya Rumah Anda Kekal Bersih Dan Bebas Kuman

7 Cara Mudah Supaya Rumah Anda Kekal Bersih Dan Bebas Kuman

Kategori: ,

Adakah anda tahu rumah yang kemas tidak semestinya bersih?

Kita semua kerap membersihkan rumah kita, tetapi kita sering abaikan kawasan tertentu yang pada dasarnya tidak penting bagi kita. Dengan penularan wabak COVID-19 ini, kita perlu mengambil langkah yang lebih serius untuk menghapuskan kuman-kuman ini.

Antara cara mudah untuk memastikan rumah anda bebas kuman

1. Bersihkan dan hapuskan kuman di tombol pintu

Kita semua tahu betapa pentingnya menjaga tandas dan dapur kita agar kekal bersih, tetapi terdapat banyak tempat yang sering kita abaikan yang penuh dengan kuman. Antaranya, pemegang pintu, alat kawalan jauh, suis lampu, dan pagar rumah.

Untuk menghapuskan kuman-kuman tersebut. Anda boleh menggunakan cecair dettol atau cecair pembasmi kuman yang lain. Lap tempat utama kuman tersebut dengan cecair pembasmi kuman, kemudian bilas atau lap dan biarkan kering. Atau ingin lebih mudah anda boleh menggunakan Clorox Disinfecting Wipes.

2. Keringkan tuala anda selepas digunakan dan basuh secara kerap

Adakah sukar untuk menyidai tuala basah anda di atas rak? Sangat penting untuk memastikan anda menyidainya dengan betul agar ianya kering dengan cepat. Tempat lembap dan hangat adalah tempat kuman senang membiak.

Di samping itu, anda perlu mencuci tuala tersebut selepas dua atau tiga hari anda menggunakannya. Anda tidak perlu menggunakan tuala mandi yang sama selama lebih daripada seminggu.

3.Rendam dan basuh kain buruk anda dengan kerap, bukan hanya membilasnya di bawah paip.

Tujuan utama menggunakan kain buruk dalam setiap isi rumah Malaysia adalah membersihkan permukaan bersih, terutamanya apabila ada tumpahan, serbuk, dan kawasan kotor yang lain.

Namun, ramai di antara kita sebenarnya tidak mencuci kain buruk tersebut dengan kerap, menjadikannya sarang kuman! Basuh dan rendamlah kain buruk anda dalam baldi kecil dengan larutan pemutih yang dikhaskan atau cecair  membasmi kuman.

Satu penyelesaian yang mudah, anda boleh menggunakan empat sudu makan cecair Clorox Bleach Original dalam dua liter air. Rendam kain buruk selama lima minit, kemudian bilas dan biarkan mereka kering.

4. Menghapuskan daki hitam di paip dan sinki sekali seminggu

Anda perlu memastikan bilik mandi dan sinki dapur anda dibersihkan dengan baik, tetapi ramai yang sering melupakan paip dan sinki. Jika anda fikir, anda akan membuka paip air semasa tangan anda kotor kan? disebabkan hal tersebut ianya meninggalkan kotoran pada paip itu.

Pastikan anda membersihkan sinki dan paip sekurang-kurangnya sekali sehari. Selain itu, bersihkan sinki, paip dan tempat yang berkaitan  dengan cecair pemutih sekali seminggu.

5. Kipas siling adalah tempat habuk berkumpul tetapi kita tidak selalu melihat kerana kedudukannya yang begitu tinggi, jadi pastikan ia dibersihkan  dengan kerap.

Kipas siling bukan sahaja mengumpul habuk, malah ianya juga menyebarkan habuk atau kuman sepanjang hari dengan mudah.

Anda perlu membersihkan bilah kipas sekurang-kurangnya sekali sebulan. Sapu atau buang debu-debu atau habuk terlebih dahulu, kemudian lap dengan kain basah dan akhir sekali lap pula dengan kain kering.

6. Sanitase semua mainan anak anda sekerap yang mungkin.

Sekiranya anda mempunyai anak-anak kecil, pasti tahu dan faham. Itulah sebabnya mengapa pentingnya untuk membersihkan mainan mereka dengan kerap. Sebaiknya berikan anak-anak anda permainan yang mesra mesin basuh supaya ianya boleh dibasuh setiap bulan.

Untuk semua mainan plastik,anda perlu membersihkannya sekurang-kurangnya sekali seminggu atau setiap dua minggu, kerana mainan ini lebih cenderung untuk menyimpan banyak kuman.

7. Cuci dan bersihkan tong sampah anda (sangat kotor tetapi sangat penting).

Umum mengetahui bahawa tong sampah adalah salah satu tempat yang didiami oleh kuman, terutama tong sampah di dapur. Pastikan anda membuang sampah setiap hari, dan bukannya menyimpannya semalaman. Sebelum memasukkan beg sampah baru, keluarkan apa-apa cebisan makanan yang tertinggal atau melekat, kemudian hilangkan kotoran itu dengan menggunakan semburan penyingkiran (seperti Clorox Clean-Up Cleaner with Bleach) dan tuala kertas.

Sekali seminggu, anda perlu membasmi kuman pada tong sampah anda dengan membersihkan dan mencuci tong sampah tersebut.

Semoga cara-cara di atas dapat membantu anda ! Selamat Beramal!

Sumber : says.com

tags: |