Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Macam Dekat Overseas! Ini 7 Lokasi Starbucks Paling Unik Yang Wajib Anda Kunjungi di Malaysia

Si Bunga by Si Bunga
Julai 19, 2022
in Review, Tempat Makan
4 min read
0 0
0
Macam Dekat Overseas! Ini 7 Lokasi Starbucks Paling Unik Yang Wajib Anda Kunjungi di Malaysia
0
SHARES
154
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Starbucks boleh dikatakan sebagai jenama kopi paling popular di dunia. Bukan saja terkenal dengan kualiti kopinya yang terlajak sedap, malah terdapat banyak lokasi Starbucks yang unik di serata dunia sehingga jadi tumpuan pelancong!

BacaJuga

Dari Lasagna Hingga Croissant Caramel Cheese, Ini 5 Menu Viral Starbucks Yang Anda Patut Cuba!

Dari Lasagna Hingga Croissant Caramel Cheese, Ini 5 Menu Viral Starbucks Yang Anda Patut Cuba!

Julai 26, 2022
268
Dah Bosan Asyik Order Minuman Sama? Jom Cuba 6 Minuman Terbaru Ni, Pasti Sedap dan Menyegarkan!

Dah Bosan Asyik Order Minuman Sama? Jom Cuba 6 Minuman Terbaru Ni, Pasti Sedap dan Menyegarkan!

Jun 22, 2022
17

Reka bentuknya sesetengah kafe Starbucks juga cukup luarbiasa dan sangat menarik untuk dijadikan spot OOTD.

Jangan tak tahu, negara kita pun ada banyak cawangan Starbucks yang unik macam di overseas!

Buat penggemar Starbucks, jom kita tengok 7 lokasi Starbucks Paling Unik di Malaysia yang wajib anda singgah!

Starbucks Paling Unik

7 Lokasi Starbucks Paling Unik di Malaysia, Sesuai Untuk Ber-OOTD!

7. Starbucks Teluk Cempedak, Kuantan

Starbucks yang dibina dengan reka bentuk rumah kaca yang tersergam di pantai Teluk Cempedak ini kian mendapat perhatian warganet.

Rekaan kafe Starbucks dua tingkat dengan reka bentuk tingkapnya yang lutsinar dar siling ke lantai bakal memberikan anda pemandangan pantai yang damai dan memukau.

Starbucks Paling Unik

Ia pastinya bakal memberikan pengalaman yang cukup menarik buat anda!

Alamat : No 1&2, Pusat Rekreasi, Teluk Cempedak, Jalan Tengku, Jalan T.A. Bakar, 25050 Kuantan, Pahang.

Starbucks Paling Unik

6. Starbucks Berjaya Hills, Bukit Tinggi, Pahang

Starbucks Paling Unik

Cawangan Starbucks yang terletak di Bukit Tinggi ini pula membawakan konsep senibina ala perkampungan Perancis.

Wajib untuk anda kunjungi bagi yang teringin untuk merasai suasana kafe di Paris. Kombinasi pemandangan yang indah, suhu yang nyaman serta hidangan yang menarik dari Starbucks ini pasti akan meninggalkan kenangan manis buat anda.

Alamat : Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang

5. Starbucks Malim Jaya, Melaka

Cawangan yang dibuka pada tahun 2019 ini merupakan Starbucks yang terbesar di Melaka. Bangunan dua tingkat dengan rekaan ala industri ini semakin berseri dengan hiasan dalaman dengan elemen kayu dan dikelilingi oleh landskap menghijau.

Starbucks ini juga sangatlah luas dan mempunyai banyak tempat letak kereta, jadi anda tak perlulah berebut bila datang ke sini.

Jangan lupa untuk singgah kalau anda sedang bercuti di Melaka!

Alamat : Lot 2610, Mukim, 75400, Melaka

4. Starbucks Reserve, Bukit Bintang Junction

Berbanding cawangan Starbucks lain, Starbucks Reserve menawarkan seleksi kopi yang ekslusif dan jarang dijumpai di cawangan lain.

Lokasi Starbucks yang unik dengan tema rustic dan serba elegan ini juga merupakan cawangan Starbucks yang ke-300 di Malaysia!

Kafe ini cukup menonjol di tengah ibu kota dengan rekaan tingkap memanjang dan melengkung serta senibina bahagian luar yang bercirikan batu-bata. Rugi kalau tak bergambar sambil pekena kopi di sini!

Alamat : 26, Bukit Bintang Street, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

3. Starbucks Signing Store

Jangan tak tahu, cawangan Starbucks Signing Store yang terletak di Bangsar Village ini adalah kafe bahasa isyarat Starbucks yang pertama di dunia!

Pembukaan cawangan Starbucks yang unik ini membuktikan komitmen Starbucks dalam meraikan kepelbagaian dalam masyarakat.

Starbucks Signing Store ini merupakan inisiatif daripada Starbucks Malaysia dan The Society of Interpreters for the Deaf (SID) bagi melatih tenaga kerja dari golongan orang kelainan upaya (pekak).

Selain di Bangsar Village, negara kita juga cukup bertuah untuk memiliki cawangan kedua Starbucks Signing Store yang terletak di Jalan Burma, Pulau Pinang.

Kunjungan anda ke cawangan Starbucks yang unik ini pasti bakal memberikan pengalaman yang unik dan sukar untuk dilupakan! Jom try pesan Starbucks guna bahasa isyarat di dua lokasi Starbucks ni!

Alamat :

Starbucks Signing Store Bangsar Village II

Bangsar Village 2, lot no. 2 F-11 & K1, 2ND FLOOR 2, Jalan Telawi 1, Jalan Telawi one, 59100 Kuala Lumpur

Starbucks Signing Store Jalan Burma, Pulau Pinang

Jalan Burma, Pulau Tikus, 10350 George Town, Pulau Pinang

2. Starbucks Batu Feringghi

Terkenal sebagai Starbucks by The Beach, lokasi Starbucks yang unik ini pula menawarkan suasana santai di tepi laut.

Nikmatilah secawan kopi kegemaran anda sambil ditemani angin pantai yang sepoi-sepoi bahasa. Berbanding cawangan lain, Starbucks Batu Feringghi ini juga menawarkan aktiviti in-house sandbox untuk pelanggan yang datang bersama anak kecil.

Alamat : 69, Jalan Batu Ferringhi, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang

1. Starbucks Georgetown, Penang

Dah alang-alang anda bercuti di Pulau Pinang, jangan lupa untuk kunjungi cawangan Starbucks yang terletak di Gerogetown.

Terkenal sebagai salah satu lokasi Starbucks paling unik di Malaysia, Starbucks Georgetown yang bertempat dalam bangunan warisan sejarah ini cukup unik dengan sentuhan vintage.

Setiap sudut Starbucks ini dari jubin, tingkap sehinggalah ke hiasan dalamannya pasti akan membawa anda ke zaman dahulu. Lain daripada yang lain!

Alamat : No 1, Jalan Green Hall, George Town, 10200 George Town, Penang

Siapa kata Starbucks dekat Malaysia tak hebat macam di overseas? Rupanya ada banyak lokasi Starbucks yang unik dalam negara.

Semuanya menawarkan suasana yang serba menarik untuk anda nikmati kopi kegemaran anda. Jangan lupa untuk kunjungi semua cawangan dengan geng kopi anda!

Free Download WordPress Themes
Download WordPress Themes Free
Download WordPress Themes Free
Premium WordPress Themes Download
lynda course free download
download xiomi firmware
Tags: Promosi Starbucks
ShareTweetSend

Related Posts

Dari Laksa Hingga Hidangan Western, Ini 10 Tempat Makan Terbaik di Kedah Yang Patut Anda Cuba
Review

Dari Laksa Hingga Hidangan Western, Ini 10 Tempat Makan Terbaik di Kedah Yang Patut Anda Cuba

Julai 31, 2022
105
Café Mesra Bawakan Suasana Yang Lebih Santai. Jom Cuba Makanan Fusion dan Kopi Yang Dibru Segar di Petronas!
Promosi

Café Mesra Bawakan Suasana Yang Lebih Santai. Jom Cuba Makanan Fusion dan Kopi Yang Dibru Segar di Petronas!

Julai 31, 2022
229
Teringin Makanan Mexico? Ini 6 Restoran Hidangan Mexico Paling Sedap di KL dan Selangor
Review

Teringin Makanan Mexico? Ini 6 Restoran Hidangan Mexico Paling Sedap di KL dan Selangor

Julai 28, 2022
227
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist