Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Review » Tak Tahu Nak Pesan Apa di Coffee Bean? Jom Cuba 7 Menu Paling Sedap di CBTL Pilihan Warganet!

Tak Tahu Nak Pesan Apa di Coffee Bean? Jom Cuba 7 Menu Paling Sedap di CBTL Pilihan Warganet!

Kategori: ,,

Ramai yang tahu kewujudan Coffee Bean atau CBTL tapi tak ramai yang mencubanya. Ini mungkin disebabkan oleh cawangannya yang tak begitu banyak serta kurangnya promosi besar-besaran seperti yang dilakukan oleh jenama kopi Starbucks.

Ramai warganet bersetuju yang kopi serta hidangan dari Coffee Bean teramatlah sedap. Ada juga yang sempat recommend pelbagai jenis menu bagi yang pertama kali ingin mencuba.

Buat anda yang masih ragu atau tak tahu nak order apa di CBTL, jom kita tengok menu yang disyorkan oleh warga Twitter. Dijamin sedap!

Tak Tahu Nak Pesan Apa di Coffee Bean? Jom Cuba 7 Menu Paling Sedap di CBTL Pilihan Warganet!

Minuman Yang Sedap

Bila berbicara tentang pilihan minuman, memang tak dinafikan Starbucks ada lebih banyak pilihan. Namun, ramai yang tak boleh pertikaikan keenakan minuman yang ditawarkan di Coffee Bean!

Bagi anda yang nak cuba minuman di CBTL, pesanlah antara minuman yang disyorkan oleh warga Twitter seperti yang disenaraikan ini :

  • Hazelnut Latte
  • Mocha Frappe
  • Iced Matcha Green Tea Latte
  • Vanilla Latte

Confirm takkan menyesal punya sebab semua minuman ni ramai yang repeat order!

Bagel

Bagai yang belum tahu, bagel sebenarnya adalah roti  berbentuk donat. Teksturnya yang padat menjadikan ia sesuai untuk dimakan bersama mentega atau cream cheese. Memang sedap kalau dihidangkan panas-panas!

Boleh dikatakan hampir kesemua bagel dari Coffee Bean digemari netizen. Rasanya dikatakan sedap sampai boleh buatkan kita teringat!

Antara pilihan bagel yang menjadi kegemaran warganet adalah :

  • Salmon OG bagel
  • Garlic bagel
  • Jalapeno Bagel
  • Spicy Chicken Bagel

Ramai yang recommend untuk nikmati bagel dari CBTL ni dengan cream cheese.  Ada juga netizen yang makan bagel sampai 3 hingga 4 kali seminggu!

Anda pasti takkan jemu dengan variasi bagel yang ditawarkan. Tengok gambar pun dah terliur!

Coffee Bean

Kredit : Twitter @snsalwa

Kredit : Twitter @faizalhamssin

Kredit : Twitter @aneeslalala

Aneka Pastri

Selain bagel, CBTL juga menawarkan pelbagai pastri yang manis dan savoury. Antara hidangan pastri yang menjadi pilihan utama netizen adalah chicken pie, apple crumble, dan tart. Dia punya sedap tu sampai tahap nak bungkus bawa balik!

Kredit : Twitter @harizakwan

Coffee Bean

Kredit : Facebook HP Fok

Kredit : burpple.com

Fish & Chips

Jangan tak tahu, Coffee Bean juga menawarkan menu Fish & Chips untuk dicuba!

Memang puas hati makan sebab portionnya besar dan dijamin sedap! Sekali rasa, pasti takkan beli dekat tempat lain lagi dah!

Coffee Bean

Kredit : Twitter @twt_raziman

Kek

Ramai yang turut memuji keenakan kek dari CBTL terutamanya Carrot Cake dan Chicago Cheesecake. Memang enak untuk dinikmati bersama secawan Americano panas!

Kredit : Faiz Arwin

Pizza

Pizza memang mudah didapati di mana-mana. Tetapi, pizza dari CBTL ni jelas berbeza daripada yang lain dan wajib untuk dicuba. Rotinya lebih nipis, sedikit rangup di hujung dan padat dengan ramuan serta topping segar.

Saiznya juga tak terlalu besar menjadikan ia sesuai untuk dimakan seorang atau dikongsi dengan kawan.

Antara menu pizza dari CBTL yang disyorkan netizen adalah Breakfast pizza dan Margherita pizza yang terlajak sedap! Pendek kata, memang tak menyesal cuba pizza CBTL ni!

Coffee Bean

Eggs Ben

Walaupun popular sebagai hidangan sarapan, namun kelazatan Eggs Benedict atau Eggs Ben dari CBTL buatkan laku keras dan diminati ramai tak kira masa! Ringkas tapi sedap dan mengenyangkan!

Coffee Bean

Kredit : Myrra Azman

Meskipun marketing CBTL tak segah Starbucks, namun ramai yang akui kualiti minuman dan makanan yang dihidangkan sangat baik dan terjaga. Maka, tak hairanlah Coffee Bean juga ada penggemarnya tersendiri.

Tak sangka rupanya ada banyak menu menarik untuk dicuba di Coffee Bean. Bukan saja menawarkan minuman serta hidangan yang berkualiti, malah harganya juga lebih murah jika dibandingkan dengan Starbucks.

Bagi anda yang masih ragu-ragu untuk ke Coffee Bean, jangan tunggu lagi! Pesan saja hidangan yang disyorkan oleh warga Twitter ni, confirm tak menyesal! Jom ajak geng mengopi anda ke Coffee Bean hari ni!

tags: