Tak kira tua atau muda, pasti ramai yang gemar nikmati nugget sebagai snek. Kalau beli di restoran fast food, tak dinafikan rasanya cukup sedap walaupun harganya agak mahal.
Oleh sebab itulah, ramai yang memilih untuk beli nugget frozen di pasar raya dan goreng sendiri di rumah. Lebih jimat dan puas makan bersama seisi keluarga.
Khas untuk anda yang sedang mencari nugget di pasaran, jom kita tengok nugget sedap kegemaran ramai yang wajib anda cuba di rumah!
8 Nugget Sedap Yang Wajib Anda Dapatkan di Pasaran
1. First Pride
Antara nugget yang menjadi pilihan ramai, ada juga yang menyamakan rasa nugget First Pride dengan chicken McNugget dari McDonalds!
Bagi yang sukakan rasa pedas, anda pasti akan sukakan nugget Home Spiced yang terlajak sedap dan lebih kick!
2. Marina Tempura Chicken Nugget
Dihasilkan daripada isi dada ayam serta tepung tempura yang berkualiti tinggi, ramai yang cukup gemarkan nugget ayam tempura dari Marina.
Terdapat pelbagai variasi yang enak untuk dicuba seperti Original, Cheddar Cheese, Chicken Sausage Chunks dan Vegetables. Rangup di luar dan lembut di dalam, sekali cuba pasti nak lagi!
3. Suraya Nugget
Suraya Nugget juga adalah antara jenama tempatan yang sedap dan berbaloi dengan harga.
Walaupun kurang terkenal, namun ramai yang cukup menggemari keenakan nugget tempuranya yang setara dengan jenama nugget popular. Rugi tak cuba!
4. Ramly Nugget
Jangan tak sangka, Ramly juga tawarkan produk nugget yang sedap dan berkualiti. Yang paling best, bukan nugget ayam saja yang ada, malah nugget ikan, nugget lembu dan nugget tempura.
5. Ayamas
Tak hanya popular dengan ayam goreng frozennya, malah Ayamas turut menawarkan nuget ayam yang lazat dan bebas dari MSG, trans fat atau sebarang bahan pengawet. Memang cukup berbaloi untuk dinikmati seisi keluarga!
6. Nutriplus Crunchy Spicy Tempura Chicken Nuggets
Nugget tempura pedas dari Nutriplus yang berjus dan rangup ini cukup sesuai untuk dinikmati sebagai snek bila-bila masa sahaja. Rasanya yang pedas-pedas manja pula memang tepat dengan selera rakyat Malaysia!
7. EB Tempura Chicken Nugget
EB Tempura Chicken Nugget merupakan satu lagi jenama underrated yang menjadi kegemaran ramai. Memang sedap bila dinikmati ketika panas-panas. Rangup di luar dan lembut di dalam!
8. Nugget Lotus
Ada 3 jenis nugget yang menjadi pilihan ramai dari Lotus iaitu Golden Crumb Chicken Nugget, Spicy Tempura Chicken Nugget dan Golden Crumb Chicken Nugget.
Rasanya dan kualitinya memang setanding dengan nugget yang boleh anda dapati di restoran fast food! Harganya juga sangat berpatutan untuk anda stokkan di rumah.
Banyak rupanya jenama nugget sedap yang menarik untuk dicuba. Bukan saja rasanya sedap, malah harganya juga cukup berpatutan untuk dinikmati bersama seisi keluarga. Jom dapatkan nugget kegemaran ramai ni! Confirm tak menyesal!