Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Review » Bukan Sekadar Taco, Ini 8 Menu Menarik Yang Anda Patut Cuba di Taco Bell.

Bukan Sekadar Taco, Ini 8 Menu Menarik Yang Anda Patut Cuba di Taco Bell.

Kategori: ,

Walaupun sudah dibuka sejak tahun lepas, namun sambutan terhadap Taco Bell tetap hangat di kalangan warga Lembah Klang.

Makanan yang ditawarkan memang cukup menarik dan mempunyai rasa yang enak. Tambahan pula, kebanyakan hidangan menawarkan sayur-sayuran serta ramuan yang cukup segar.

Memang tak hairanlah ramai yang sanggup beratur untuk nikmati hidangan dari Taco Bell seperti Nachos, Tacos, Quesadilla dan Burritos!

Semuanya sedap-sedap belaka. Bagi yang pertama kali nak ke restoran ini, jom kita tengok makanan apa yang best untuk anda nikmati!

taco bell

8 Hidangan Menarik Dari Taco Bell Yang Anda Patut Cuba

1. Taco Supreme Combo

Nama pun Taco Bell, jadi memang rugilah anda tak cuba hidangan signature mereka iaitu Taco Supreme Combo. Anda pasti terkejut dengan gabungan rasa kulit taco yang rangup serta inti yang segar dan cukup menyelerakan!

2. Bell Rice Bowl

Khas untuk penggemar hidangan ala Mexico, Taco Bell juga telah mengolah sedikit menu Bell Rice Bowl supaya tepat dengan citarasa rakyat Malaysia.

Hidangan Bell Rice Bowl yang serba lengkap dengan nasi, sambal, nachos, black beans serta sayur-sayuran pasti akan buatkan anda sangat kenyang dan puas hati! Sedap tau!

Taco Bell

3. Taco Bell Sparkles

Dah alang-alang ke sini, rugi kalau tak cuba minuman signature dari restoran ini iaitu Taco Bell Sparkles. Pilih antara minuman sparkling Summer Mint dan Strawberry Delight yang sangat menyegarkan. Memang sesuai untuk dipadankan dengan hidangan istimewa yang anda pesan!

4. Chicken Quesadilla

Sesuai untuk dinikmati ketika masih panas, penggemar keju wajib pesan Chicken Quesadilla yang cukup lazat. Saiznya yang agak besar menjadikan ia sesuai untuk dinikmati dengan rakan atau keluarga.

5. Loaded Nachos

Loaded Nachos pula sesuai dikongsi bersama. Gabungan keropok Nachos, sos keju, sour cream dan sos guacomole pasti buatkan anda rasa ketagih!

Taco Bell

6. Grilled Stuft Burrito

Grilled Stuft Burrito mengandungi ayam yang digrill, Mexican rice, salad segar, aneka sos seperti sos keju, sos dan salsa pico de gallo serta campuran keju. Besar dan mengenyangkan!

7. Chickstar

Bagi penggemar ayam goreng, anda wajib cuba Chickstar iaitu hidangan wrap berbentuk bintang yang mengandungi ayam goreng, salad segar dan aneka sos.

8. Sweet Treats

Mungkin ramai yang tak perasan, tetapi restoran ini juga ada menawarkan hidangan manis yang cukup menarik iaitu Chocodilla dan Cinnamon Twist.

Chocodilla ialah tortilla bakar yang berinti coklat cair manakala Cinnamon Twist adalah keropok beras yang bersalut kayu manis.

Banyaknya makanan best yang ada di sini! Cukup unik dan sungguh menyelerakan. Harga menu yang ditawarkan juga sangat berpatutan!

Rugi kalau anda tak cuba sendiri. Jom nikmati hidangan gaya Mexico dari Taco Bell hari ini!

Jangan lupa untuk ikuti laman Facebook Taco Bell Malaysia untuk ketahui promosi terkini serta tawaran hebat! Jumpa anda di Taco Bell! Anda boleh semak lokasi Taco Bell terdekat di sini.

tags: