Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tempat Makan » Teringin Nak Makan Dim Sum? Ini 8 Port Dim Sum Halal di KL dan Selangor Yang Wajib Anda Cuba

Teringin Nak Makan Dim Sum? Ini 8 Port Dim Sum Halal di KL dan Selangor Yang Wajib Anda Cuba

Kategori: ,

Dim sum adalah juadah Cina yang ringkas tapi cukup diminati ramai kerana rasanya lazat tak terkata. Disebabkan saiznya yang kecil, ramai yang tak kisah untuk nikmatinya sehingga berbakul-bakul!

Dari dim sum tradisional hingga yang diolah dengan sentuhan moden, terdapat pelbagai jenis dim sum yang menarik untuk dikmati dengan rakan dan keluarga.

Bagi anda yang gemarkan dim sum, di sini kami nak kongsikan 8 port dim sum halal yang anda boleh kunjungi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.  Semuanya nampak sedap dan menarik untuk dicuba!

8 Port Dim Sum Halal Paling Sedap di KL dan Selangor Yang Wajib Anda Cuba

8. Mohd Chan @ Sunway Geo

Keenakan hidangan Cina di Mohd Chan tak perlu diperkenalkan lagi. Restoran Cina Muslim ini mempunyai banyak cawangan di dalam dan luar ibu kota. Tapi, hanya ada satu cawangan khas yang menawarkan pelbagai jenis dim sum iaitu di Sunway Geo.

Pelbagai jenis dimsum dari Siew Mai, Siew bao, Shanghai dumpling hinggalah ke Hotatei Chee Cheong Fun menanti anda. Semuanya dijamin sedap!

Alamat : A-01-01, Sunway Geo Avenue, Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi : 10.00 pagi – 9.00 malam (Isnin – Jumaat) , 8.00 pagi – 9.00 malam (Sabtu & Ahad)

7. My Dim Sum

My Dim Sum sering menjadi pilihan warga Kuala Lumpur yang ingin nikmati dim sum dengan harga yang tak terlalu mahal tapi sedap!

Antara pilihan menu yang laku keras di sini adalah Xiao Long Bao, Siu Mai dan Pan-fried Shrimp Roll. Selain itu, My Dim Sum turut menawarkan menu lain yang sedap seperti Chinese Fried Rice, aneka mee dan Chee Cheong Fun.

Alamat : Publika My Dim Sum Kitchen, Unit A1-G2-08, Solaris Dutamas, No.1 Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur

Waktu Operasi : 10.30 pagi – 9.00 malam

Facebook : My Dim Sum

6. Dolly Dimsum

Dolly Dimsum merupakan port dim sum halal yang cukup terkenal di kalangan penggemar dimsum. Antara hidangan popular yang ramai orang recommend adalah Szechuan Dumpling, Egg Custard Bun, Har Gor dan Siew Mai Dumpling untuk yang craving dim sum.

Selain itu, ramai yang cukup menggemari menu lain seperti Golden Fried Rice dan Crispy Shrimp Chee Cheong Fun yang teramatlah sedap!

Anda boleh semak alamat dan waktu operasi bagi 10 cawangan Dolly Dimsum di pautan bawah. Rugi tak singgah!

Lokasi Dolly Dim Sum 

Dim Sum Halal

Dim Sum Halal Dim Sum Halal

5. Dodo Dim Sum & Bowls

Dodo Dim Sum & Bowls pula menawarkan hidangan dim sum tradisional dan moden yang diilhamkan daripada chef yang berpengalaman.

Daripada dim sum yang biasa kita kenal seperti Siew Mai dan Har Gow hinggalah ke dumpling goreng, Chicken Kerabu Dim Sum dan Salted Egg Custard Bun, semuanya menarik untuk dicuba!

Jangan tak tahu, restoran ini turut menawarkan hidangan streetfood Thai yang autentik seperti Pad Thai, Pad Kra Pow, Thai Mango Salad dan sebagainya. Ramai yang kata sedap!

Dim Sum Halal

Alamat :

Dodo Dim Sum & Bowls Subang Parade

LG10 G2, Jalan Kemajuan Subang,

Ss16, 47500 Subang Jaya, Selangor.

Dodo Dim Sum & Bowls Tropicana Gardens Mall

Lot CC-39, Concourse Floor, No: 2A, Persiaran Surian,

Tropicana Indah, 47810 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu Operasi : 10.00 pagi – 8.00 malam

Facebook : Dodo Dim Sum & Bowls

Dim Sum Halal

4. Minmax Restaurant

Menawarkan pelbagai jenis dim sum daripada yang klasik hinggalah yang moden, anda pasti rambang mata dengan menu dim sum yang ditawarkan di Minmax Restaurant.

Bagi yang pertama ke sini, cubalah Pan-Fried Meat Cake dan Deep Fried Sweet Potato Ball yang rangup dan lazat!

Alamat : Lot 2.1 Level 2, PNB Darby Park, Jalan Binjal, 50450 Kuala Lumpur

Waktu Operasi : 11.00 pagi – 3.00 petang , 6.00 petang – 1.30 malam (Isnin-Sabtu)

9.00 pagi – 3.00 petang, 6.00 petang – 10.30 malam (ahad & Cuti Umum)

3. The Dim Sum Place

The Dim Sum Place yang mempunyai cawangan di TTDI dan Desa Pandan ini cukup sesuai bagi yag ingin nikmati dim sum dengan kumpulan yang besar.

Restoran ini mendapat review yang cukup baik di media sosial kerana keenakan aneka dim sum yang halal dan tak mengecewakan serta perkhidmatan yang cukup baik.

Dari dim sum hingga hidangan utama, boleh dikatakan semua menu di sini sedap-sedap belaka.

Alamat :

Cawangan TTDI

16, Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Cawangan Desa Pandan

G11, G Village, Desa Pandan 55100 Kuala Lumpur,

Waktu Operasi : 12.00 tengah hari  10.00 malam (tutup setiap Isnin)

Facebook : The Dim Sum Place 

Dim Sum Halal

2. Let’s Dim Sum

Bagi anda yang berada di sekitar di Kota Damansara, singgahlah ke Let’s Dim Sum untuk nikmati pelbagai jenis dim sum dengan harga yang berpatutan.

Terdapat lebih 20 jenis dim sum kukus dan goreng menanti anda! Kalau nak lagi jimat, pesanlah Family Platter dan Deep Fried Platter yang terdiri daripada dim sum bestseller di sini.

Selain itu, ramai yang turut jatuh cinta dengan hidangan berat di sini seperti Wonton Mee with Roasted Duck dan Congee with Roasted Duck.

Dim Sum Halal

Alamat : Ground Floor, No 43, E, Pusat Perdagangan, Jalan PJU 5/20, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya

Waktu Operasi : 22.00 pagi – 10.00 malam (tutup setiap Isnin)

Facebook :  Let’s Dim Sum

1. Chynna

Sekali sekala kalau belanja diri sendiri atau yang tersayang dim sum premium tak salah, bukan? Anda pasti puas hati dengan menu dim sum yang ditawarkan di Chynna yang terletak di Hotel Hilton KL.

Pakar dalam penyediaan sajian Cina yang halal, Chynna turut popular dengan hidangan dim sum yang unik dan jarang dijumpai seperti Steamed Crystal Shrimp Dumplings, Fluffy Honey-Glazed Barbecued Chicken Buns, Steamed Black Truffle Dumplings dan Steamed Charcoal Buns.

Nama pun hotel 5 bintang, dim sum di sini pasti tak mengecewakan!

Dim Sum Halal

Alamat:  Level 5, 3, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi:

12.00 tengah hari – 2.30 petang, 6.00 petang – 10.00 malam (Jumaat, Isnin & Selasa)

11.00 pagi – 2.30 petang, 6.00 petang – 10.00 malam (Sabtu & Ahad)

Dim Sum Halal

Wah, banyaknya port dim sum halal di KL dan Selangor yang boleh dicuba. Semuanya menawarkan dim sum yang sedap dan dijamin segar setiap hari. Jadi, tunggu apa lagi? Jom ajak geng dim sum anda ke port dim sum halal untuk nikmati aneka dim sum yang dijamin halal dan super lazat!

tags: