Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tempat Makan » Teringin Nak Cuba Kunafa? Ini 8 Port Kunafa Sedap Di KL dan Selangor Yang Wajib Anda Kunjungi

Teringin Nak Cuba Kunafa? Ini 8 Port Kunafa Sedap Di KL dan Selangor Yang Wajib Anda Kunjungi

Kategori: ,

Makanan sedap pasti buatkan orang nak cuba sehinggakan ramai yang sanggup beratur panjang. Begitulah penangan kunafa yang tengah jadi bualan hangat netizen baru-baru ni.

Bagi yang belum tahu, kunafa merupakan sejenis manisan tradisional Arab yang berasaskan keju mozzarela, cheddar dan pastri halus. Terlajak rasa sedapnya bila ditaburi dengan kacang pistachio dan sirap madu!

Kalau nak tahu, bukan ada satu tempat viral saja yang jual kunafa sedap, malah ada banyak tempat lagi yang anda boleh serbu!

Untuk anda yang nak cuba kunafa yang lazat berkeju ni, jom kita tengok port kunafa paling sedap di KL! Dijamin sedap dan berbaloi untuk beratur!

8 Port Kunafa Sedap di KL dan Selangor Yang Wajib Anda Pergi

8. I Cook ARABS

Bagi anda yang berada di sekitar Petaling Jaya, jangan lupa singgah ke I Cook ARABS untuk cuba kunafa yang terlajak sedap.

Dibuat oleh chef dari Arab dengan resepi asli Syria, memang tak hairanlah kenapa ramai yang cukup gemarkan aneka manisan Timur Tengah daripada I Cook ARABS.

Selain Golden Kanafeh yang menjadi manisan nombor satu mereka, I Cook ARABS turut menawarkan kanafeh unik dengan rasa coklat iaitu Mini Chocolata! Manisan lain seperti aneka baklava dan Basbousa Traditional Arabic Cake yang sukar dijumpai di tempat lain pun ada di sini.

Di samping cawangannya di Petaling Jaya, anda juga boleh dapatkan produk I Cook ARABS daripada ejennya di serata Malaysia.

Alamat : 18-G Tse Strand Kota Damansara, Jalan PJU 5/20B 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

Waktu Operasi : 10.00 pagi-10.00 malam (tutup setiap Isnin)

Facebook : I Cook ARABS

Kunafa Sedap di KL

7. Spiced Pumpkin Café

Spiced Pumpkin Café pula menawarkan kunafa sedap di KL dengan sentuhan yang unik! Jika kebanyakan kedai manisan Arab menyajikan kunafa yang ditaburi kacang pistachio dan sirap madu, Spiced Pumpkin Café pula menawarkan Kunafa yang dipadankan dengan aiskrim dan biscoff!

Tak hanya itu, mereka turut tawarkan kunafa dengan orange blossom Tres Leches iaitu krim istimewa dengan citarasa ala Amerika Syarikat!

Dah alang-alang ke sini, jangan lupa untuk nikmati aneka hidangan Timur Tengah yang cukup menyelerakan di sini seperti Nasi Mandy dan Nasi Maqlubah!

Alamat : No 2 Kompleks KPPMS, Lot 291 Jalan RU 3/9A Seksyen 3, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Waktu Operasi : 12.00 tengah hari – 7.00 malam (Tutup setiap Ahad)

Facebook : Spice Pumpkin Café

6. Papa Kanafa

Walaupun dijual di kedai yang cukup sederhana di Kampung Baru, namun ramai yang cukup menggemari keenakan kunafa di Papa Kanafa!

Merupakan salah satu port kunafa viral di KL, ramai yang kata cheesenya buatkan ramai terliur! Bukan setakat kunafa, malah variasi manisan Arab yang serba unik menanti anda seperti Tamria, Rose Chocolate baklava dan Turkish Delight.

Alamat : Kampung Baru, Kuala Lumpur

Waktu Operasi : 5.00 petang – 10.00 malam

Instagram : Papa_Kanafa_KL

5. Cheffaez

Selain untuk rasa sendiri air tangan Chef Faez yang popular, ramai yang singgah ke restoran yang terletak di Jalan Inai ini untuk saksikan sendiri aksi Chef ini flip kunafa di hadapan pelanggan!

Bukan saja terkenal dengan kunafanya yang gebu dan berkrim, malah Cheffaez turut menawarkan menu yang dijamin sedap menjilat jari seperti Lamb Shank, aneka burger, nasi arab dan pasta. Lazat tak terkata!

Alamat : Menara Technip Energies 38, Jalan Inai, Imbi, 55100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi : 7.00 pagi – 9.00 malam

Instagram : Cheffaez

4. Dubai

Restoran Dubai yang terletak di Food Republic, Pavillion ini juga merupakan salah satu port kunafa sedap di KL yang wajib anda kunjungi.

Turut menjadi bualan hangat netizen, kunafa yang disajikan oleh Dubai dikatakan cukup lazat dan tak terlalu manis.

Anda juga berpeluang untuk nikmati pelbagai pencuci mulut Arab lain seperti basbousa, baklava dan halawat. Nasi briyani pun ada!

Alamat : Level 1 Food Republic Pavillion, Jalan Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur

Waktu Operasi : 10.00 pagi- 10.00 malam

Facebook : Dubai Pavillion KL

Kunafa Sedap di KL

3. Al-Amar Lebanese Cuisine

Berbanding kebanyakan port kunafa sedap di KL dan Selangor, restoran Al-Amar Lebanese Cuisine yang berkonsepkan fine dining pula memberikan anda pengalaman untuk nikmati kunafa dengan cukup selesa. Tak perlu beratur sampai berpeluh di tengah panas!

Selain menyajikan kunafa yang rapuh di luar dan lembut di dalam, restoran ini turut menawarkan pelbagai hidangan Arab dan Barat yang cukup menyelerakan!

Alamat : Level 6, Pavillion, Kuala Lumpur

Waktu Operasi : 10.00 pagi – 10.00 malam

Facebook : Al-Amar Lebanese Cuisine

Kunafa Sedap di KL

2. Habibi Kunafa

Merupakan antara port kunafa yang terletak di pusat membeli-belah, keenakan kunafa di Habibi Kunafa memang sukar untuk ditandingi!

Pakar dalam menyajikan manisan asli dari Timur Tengah, Habibi Kunafa cukup terkenal dalam menawarkan kunafa yang padat dengan keju mozzarella. Tengoklah betapa panjang keju kunafanya bila ditarik!

Selain kunafa biasa, anda juga wajib cuba hidangan signature mereka iaitu Chocolate Kunafa Mozzarella Cheese, Baloria dan Chocolate Cashew Nuts Baklava yang teramatlah sedap!

Alamat :

Habibi Kunafa, 1 Utama Shopping Centre (New Wing), Tingkat 2 (dalam food district), Petaling Jaya, Selangor

LGK-03A, Paradigm Mall, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

Instagram : Habibi Kunafa

Kunafa Sedap di KL

1. Kunafa Crisp

Kedai manisan Arab yang terletak di Bukit Bintang ni tak perlu diperkenalkan lagi. Sejak viral di media sosial, ramai yang berebut untuk cuba sendiri keenakan kunafa yang segar di sini.

Nama pun tengah viral, jadi anda kenalah bersedia untuk beratur untuk dapatkan sepotong kunafa yang lemak berkeju.

Bukan setakat kunafa, malah pelbagai manisan dari Timur Tengah menanti anda. Semuanya menarik untuk dicuba! Jangan lupa untuk rasa sekali honey ice cream yang menyegarkan di Kunafa Crisp.

Alamat : 51, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi : 2.00 petang – 2.00 pagi

Kunafa Sedap di KL

Banyak rupanya port kunafa sedap di KL dan Selangor yang boleh dikunjungi. Penggemar cheese wajib cuba semuanya sebab semua restoran menawarkan menu yang unik dan sangat menyelerakan.

Sesetengahnya juga menyajikan hidangan Arab lain seperti nasi Mandy, Lamb Shank dan sebagainya. Jangan lepaskan peluang untuk cuba sendiri pencuci mulut Arab yang tengah viral sekarang ni! Jom ajak geng makan anda ke port kunafa yang menarik ni! Confirm tak menyesal!

tags: |