Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tempat Makan » Ini 8 Port Masak Lemak Paling Sedap di Negeri Sembilan Yang Anda Wajib Singgah!

Ini 8 Port Masak Lemak Paling Sedap di Negeri Sembilan Yang Anda Wajib Singgah!

Kategori: ,

Negeri Sembilan cukup terkenal dengan hidangan masak lemaknya yang pedas, pekat dan seimbang dengan rasa. Keenakannya semakin menyerlah bila ditambah dengan ramuan salai yang beraroma seperti keli, daging, ayam dan sebagainya.

Khas buat anda yang ingin nikmati masak lemak dengan rasa kampung yang asli, jom kita tengok 8 port masak lemak paling sedap di Negeri Sembilan yang anda wajib cuba!

8 Port Masak Lemak Paling Sedap di Negeri Sembilan

8. Grobok Salai

Sentiasa penuh dengan pengunjung pada waktu tengah hari, Grobok Salai sentiasa menjadi pilihan orang ramai untuk nikmati hidangan masak lemak salai yang padu. Antara hidangan salai yang istimewa di sini adalah itik salai, puyuh salai, dan ayam.

Anda juga boleh padankan pilihan lauk salai dengan sayur goreng, sayur bersantan atau kerabu. Dimakan pula dengan sambal belacan yang pedas, memang tak pandang kiri kananlah jawabnya!

Alamat : Kampung Dato Abdul Samad, 71400 Pedas, Negeri Sembilan

Waktu Operasi : 10 pagi – 5 petang (Tutup setiap Isnin)

Facebook : Resepi Grobok Salai

7. Hayyan Huda Opah’s Kitchen

Ramai yang berkunjung ke sini untuk nikmati masak lemak udang galah yang cukup istimewa. Selain itu, hidangan masak lemak salai turut menanti anda seperti sembilang salai, keli salai,  dan daging salai. Jangan lupa untuk cuba keli berlado serta asam pedas ikan jenahak yang laku keras di sini! Aneka kuih muih dan pencuci mulut pun anda!

Alamat : 44 Kampung Bukit Temiang 70200 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi : 11.00 pagi hingga 8.00 malam (Tutup setiap Isnin)

Facebook : Hayyan Huda Opah’s Kitchen

6. Restoran Mama World

Restoran Mama World tak perlu diperkenalkan lagi di kalangan warga Seremban. Pernah mendapat liputan daripada rancangan popular Jalan-Jalan Cari Makan, rasa hidangan asli Negeri Sembilan yang dihidangkan di sini memang cukup padu, harganya juga sangat berpatutan.

Jika anda berkesempatan untuk singgah di sini, jangan lupa untuk cuba masak lemak siput sedut dan masak lemak ikan keli yang paling laris jualannya.

Ramai yang turut menggemari masak lemak pucuk ubi yang cukup beraroma di sini. Memang ngam bila makan bersama nasi panas!

Alamat : 973, Jalan S2 F22,Garden Homes, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi : 11.00 pagi – 5.00 petang (Tutup setiap Rabu)

5. Melewar Kitchen

Bagi yang merancang nak berkunjung ke Senawang, jangan lupa untuk nikmati aneka hidangan masak lemak dengan resepi asli Negeri Sembilan di Melewar Kitchen. Antara hidangan yang sering dipesan adalah daging salai masak lemak, sambal petai, pucuk paku belacan dan aneka hidangan asam pedas. Hidangan Western dan pelbagai kek pun anda. Restoran ini juga menawarkan lokasi yang sesuai untuk pelanggan yang ingin sambut hari istimewa bersama rakan dan keluarga tersayang.

Alamat : No 114-115, Jalan Lavender Heights 1, Pusat Perniagaan Lavender Heights 70400 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi : 11.00 pagi – 10.30 malam

Facebook : Melewar Kitchen

4. Watie Corner

Kedai makan ini terkenal kerana waktu operasinya yang sangat pendek iaitu 2 jam 30 minit sahaja. Inilah yang membuatkan ramai orang mula beratur sejak ia dibuka pada 11.30 pagi.

Dikatakan sebagai antara port masak lemak paling sedap di Negeri Sembilan, ramai yang sanggup datang dari jauh untuk cuba lauk-pauk yang popular di sini antaranya masak lemak ikan jenahak, masak lemak daging salai, dan masak lemak patin tempoyak. Kuah masak lemak di sini dikatakan cukup pekat dengan rasa pedas yang memikat.

Tak hanya itu, pelbagai juadah lain turut tersedia untuk anda nikmati seperti asam pedas ikan tenggiri, sambal petai udang dan ayam kampung goreng. Dipadankan pula dengan ulam-ulaman yang segar dan sambal belacan, memang syahdulah jawabnya!

Alamat : Taman Desa Jasmin, 71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan

Waktu Operasi : 11.30 pagi – 2.00 petang (Tutup setiap Ahad)

3. Warung Selera Kampung, Paroi

Setibanya saja anda di sini, anda pasti mula rambang mata dengan juadah yang tersedia. Memang cukup banyak dan nampak sangat menyelerakan!

Bukan setakat menawarkan aneka hidangan masak lemak cili api dan lauk berlada, malah hidangan bakar seperti ikan bakar dan ayam bakar juga menanti pelanggan!

Selain aneka hidangan kampung, ramai yang cukup menggemari sotong bakarnya yang enak dan berjus! Lihat sajalah saiznya!

Alamat : No 41, Jalan Tok Dagang, Kampung Paroi, 70400 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi : 10.00 pagi – 4.00 petang (tutup setiap Jumaat)

Port Masak Lemak Paling Sedap di Negeri Sembilan Port Masak Lemak Paling Sedap di Negeri Sembilan Port Masak Lemak Paling Sedap di Negeri Sembilan

2. Gulai Omak Den

Gulai Omek Den wajib dikunjungi bagi yang sedang mencari port hidangan masakan kampung yang asli dan cukup menyelerakan.

Anda pasti jatuh cinta dengan hidangan gulai ikan keli salai, gulai ayam kampung dan gulai daging salai yang menjadi rebutan.

Di sini, anda juga berpeluang untuk nikmati variasi hidangan sayur masak lemak seperti gulai betik dan gulai pucuk ubi tempoyak yang jarang didapati di tempat lain! Jangan lupa untuk pekena sekali cendol isitmewa yang turut dijual di sini!

Alamat : Kampung Felda LBJ, 71350 Labu, Negeri Sembilan

Waktu Operasi : 11.00 pagi – 5.00 petang (tutup setiap Jumaat)

Port Masak Lemak Paling Sedap di Negeri Sembilan

Port Masak Lemak Paling Sedap di Negeri Sembilan Port Masak Lemak Paling Sedap di Negeri Sembilan

Aunty Aini’s Garden Café

Jika restoran berkonsepkan kampung ini pernah dikunjungi oleh chef popular dari UK, Gordon Ramsay, maka keenakan hidangan di sini tak perlulah kita pertikaikan lagi! Setibanya anda ke sini, anda pasti sudah jatuh cinta dengan suasana di restoran yang cukup damai dan menghijau.

Antara juadah yang sering menjadi pilihan di sini adalah masak lemak daging salai, rendang itik salai, dan masak lemak tempoyak ikan jenahak yang teramatlah sedap. Penantian anda untuk nikmati hidangan ala Kampung di sini pasti sangat berbaloi!

Alamat : Batu 16, Jalan Sepang Kampung Chelet 71800 Nilai, Negeri Sembilan

Waktu Operasi : (Tutup setiap Isnin)

Selasa – Jumaat : 11.30 pagi – 2.00 petang, 5.30 petang – 8.00 malam

Sabtu & Ahad : 11.30 pagi – 2.00 petang, 6.00 petang – 8.30 malam

Facebook : Aunty Aini’s Garden Café

Port Masak Lemak Paling Sedap di Negeri Sembilan

Ruginya kalau tak try makan di port masak lemak paling sedap di Negeri Sembilan ni. Ada macam-macam lauk pauk dengan citarasa kampung asli menanti anda. Bukan setakat masak lemak, malah hidangan lain pun ada seperti lauk berlada, asam pedas dan hidangan bakar. Semuanya nampak sangat menyelerakan.

Jadi, tungu apa lagi? Jom agak geng makan anda ke Negeri Sembilan untuk rasai sendiri keaslian hidangan masak lemak yang pedas dan padu!

tags: |