Sejak-sejak ini, ramai yang memilih untuk mula berjimat disebabkan peningkatan harga barang. Untuk berjimat, kita tak boleh terlalu memilih jenama ketika beli barangan basah.
Asalkan barang yang dijual berkualiti dan murah, maka memang berbaloi untuk kita borong dan simpan sebagai stok di rumah.
Bagi anda yang selalu membeli belah di Lotus, tahu tak sebenarnya ada banyak produk makanan yang sedap? Sesetengahnya juga mempunyai rasa yang setanding dengan jenama terkemuka, murah pun murah!
Jom kita tengok 8 produk makanan yang sedap di Lotus. Silap haribulan, kalau anda lambat, produk ini mungkin habis terjual sebab ada sesetengahnya dah viral di media sosial!
Sejak beberapa hari ni, ramai yang kata mee segera dari Lotus ni luarbiasa sedapnya. Dikatakan sebagai antara makanan paling sedap di Lotus, mee segera perisa Tomyam Kung ni sebenarnya ada dua perisa iaitu Instant Noodles Tomyum Kung Flavour dan Instant Noodles CREAMY Tomyum Kung Flavour.
Katanya, dua-dua pun sedap sebab ramai yang recommend untuk stokkan dua perisa ni di rumah. Yang membuatkannya berbeza adalah rasa ala Thai yang pedas memikat.
Memang lain daripada maggi tomyam yang biasa kita makan. Cepat beli sebelum licin dekat Lotus!
Khas untuk penggemar ayam goreng pedas, anda wajib cuba ayam goreng frozen daripada Lotus ni! Orang kata rasanya agak pedas tapi sedap sampai berebut di rumah!
Kalau yang sukakan lebih kick, anda boleh dapatkan Extra Spicy Fried Chicken. Untuk yang suka rasa pedas-pedas manja, anda boleh beli Hot & Spicy Chicken Drummet & Mid Wings.
Kalau anda suka makan pizza dengan keluarga di rumah, cubalah aneka pizza dari Lotus. Antara perisa yang ditawarkan adalah Beef Pepperoni, Spicy Chicken dan Seafood Pizza. Bila nak makan, letak saja dalam oven atau air fryer.
Memang tak mengecewakan sebab rotinya lembut dan topping penuh. Harganya pun cukup berbaloi!
Ada 3 jenis nugget yang menjadi pilihan ramai dari Lotus iaitu Golden Crumb Chicken Nugget, Spicy Tempura Chicken Nugget dan Golden Crumb Chicken Nugget. Rasanya dan kualitinya memang setanding dengan nugget yang boleh anda dapati di restoran fast food!
Dah alang-alang anda nak beli ayam goreng dan nuget frozen, jangan lupa untuk dapatkan sekali Straight Cut Fries yang sedap dan rangup di luar bila dinikmati panas-panas.
Walaupun bungkusannya kurang menarik, namun anda jangan mudah terpedaya. Kerepek kentang dari Lotus ni tak kurang hebatnya macam snek dan jajan dari jenama terkemuka.
Sebagai permulaan, anda boleh cuba Original Potato Chips dan Hot & Spicy Potato Chips. Yang pasti harganya lebih berbaloi dan boleh tahan sedap!
Bagi anda yang wajib pekena kopi setiap pagi, cubalah Classic White Coffee 3-in-1 daripada Lotus! Aroma serta rasanya cukup memikat.
Bila anda dah cuba, lepas ni memang tak pilih kopi jenama lain dah! Memang sedap kalau dinikmati pada waktu sarapan atau minum petang.
Katanya, Chili Mayo dari Lotus ni memang sedap untuk dibuat sos pencicah di rumah. Rasanya cukup unik dan enak untuk dicuba.
Anda wajib cuba aneka makanan paling sedap di Lotus ni. Bolehlah jadi pengganti kepada stok sedia ada di rumah. Yang paling best, harganya lebih berbaloi dan berkualiti. Anda juga pasti takkan menyesal!
Jadi, tunggu apa lagi? Jom dapatkan produk best dari Lotus hari ni sebelum kehabisan stok!
Kredit : Halal Foodie, Cutibajet, Facebook Adam Fida