Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » 8 Resepi Cucur Yang Sedap dan Mudah Disediakan

8 Resepi Cucur Yang Sedap dan Mudah Disediakan

Kategori: ,

Cucur sering menjadi hidangan kita untuk makan petang atau makan pagi kan? Tapi kalau setiap petang makan menu cucur yang sama sahaja mesti bosan. Jadi Daily Makan nak tunjukkan kepada anda 7 jenis resepi cucur yang sedap dan sangat mudah untuk disediakan.

1. CUCUR UDANG RANGUP

BAHAN – BAHAN :

  • 250 gram tepung gandum
  • 300 ml air
  • 5 ekor udang besar – buang kulit dan potong kecil-kecil
  • 1 biji bawang besar
  • 1 tangkai cili merah/hijau
  • 1/2 batang lobak merah
  • Sedikit daun sup/daun bawang
  • Secubit serbuk kunyit – jika suka
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil gula
  • Secubit soda bikarbonat – jika suka

CARA PENYEDIAAN:

  1. Masukkan soda, garam dan gula serta serbuk kunyit ke dalam tepung gandum. Kacau rata.
  2. Masukkan bawang, cili merah, daun sup dan karot. Gaul rata.
  3. Tuang air ke dalam tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati. Jika terlebih air, boleh tambah tepung gandum.
  4. Masukkan udang dan dikacau rata.
  5. Panaskan minyak yang agak banyak dan panas, sudukan bancuhan tadi ke dalam kuali.  Pastikan udang ada dalam setiap bancuhan semasa disudukan ke dalam kuali.
  6. Goreng hingga masak kekuningan.  Angkat dan tos. Sedap dicicah dengan sos cili pencicah di SINI.

Sumber rujukan : Aziekitchen

2. CUCUR BILIS KUCAI

BAHAN – BAHAN :

  • 2 cawan tepung gandum
  • Segenggam ikan bilis |belah 2 kalau besar
  • 1 ikat daun kucai
  • 3/4 cawan bawang besar putih | potong kecil
  • 1 biji cili merah | potong kecil
  • 1/4 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1/2 cawan air panas thermos
  • 1 1/2 cawan air biasa

CARA PENYEDIAAN :

  1. Satukan kesemua bahan di atas kecuali air.
  2. Tuangkan air sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga mencapai kelikatan yang sesuai. Tak perlu dihabiskan air jika telah sesuai kelikatannya.
  3. Jika terlebih cair, tambahkan 1/2 cawan tepung gandum sedikit demi sedikit. Biarkan seketika.
  4. Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana sehingga kekuningan.  Angkat dan tos.
  5. Sedap dimakan panas panas. Cicah dengan sos cili atau mayonis atau apa apa yang disukai.

Sumber rujukan : Aziekitchen

3. CUCUR SOSEJ BERSAYUR

BAHAN – BAHAN :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji ubi kentang | dihiris kecil
  • 1 biji bawang besar | dimayang
  • 1 biji telur
  • 2 batang sosej | dihiris nipis
  • 1 cawan air sejuk
  • 1 batang lobak merah | dihiris halus
  • Sedikit daun kucai | dihiris
  • Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN :

  1. Masukkan hirisan sosej, kentang, bawang, lobak merah, daun kucai, tepung dan telur ke  dalam mangkuk besar. Gaulkan dan tambah air sedikit demi sedikit.
  2. Gaul adunan supaya sebati dan masukkan garam mengikut cita rasa.
  3. Panaskan minyak dan sudukan adunan tepung ke dalam minyak panas. Balik-balikkan cucur dan goreng sehingga kekuningan.
  4. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.

Sumber rujukan : Rasa

4. CUCUR JAGUNG

BAHAN – BAHAN :

  • 2 cawan tepung beras |cap 3 gajah
  • 2 cawan terpung gandum | cap Faizah
  • 3 cawan air panas menggelegak
  • 1 tin jagung dalam tin | bukan yang jenis cream jangan salah beli
  • 1 sk baking soda
  • 4 sb gula
  • Secubit garam
  • Minyak untuk menggoreng

CARA PENYEDIAAN :

  1. Satukan semua bahan kering (tepung gandum, tepung beras, baking soda, gula dan garam).
  2. Masukkan jagung dalam tin (jagung sahaja, air buang) dan kacau rata. Kalau letak lebih jagung lagi sedap.
  3. Masukkan air panas dan gaul hingga rata. Masuk air panas sedikit demi sedikit. Boleh dikurangkan kalau nampak adunan lembik. Agak-agak boleh di uli bulat kira ok.
  4. Goreng dengan api sederhana.
  5. Siap untuk dihidangkan

Sumber rujukan : Saji.my

5. CUCUR KENTANG

BAHAN – BAHAN :

  • 250 gram tepung gandum
  • 3 biji bawang merah – dimayang halus
  • 1 biji ubi kentang – kupas dan potong dadu kecil
  • Secekak daun kucai – potong pendek
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Secubit gula
  • 1 biji telur
  • 200 ml air – lebih kurang
  • Sedikit air panas
  • Minyak untuk menggoreng

CARA PENYEDIAAN :

  1. Satukan tepung gandum dengan daun kucai, kentang, gula dan garam.
  2. Gaul sebati dan masukkan air sedikit demi sedikit dan sebiji telur. Kacau adunan sehingga rata.
  3. Masukkan sedikit air panas dan kacau adunan. Jangan kacau terlalu sebati supaya tepung tidak tepu.
  4. Panaskan minyak dan pastikan ianya betul betul panas sebelum digoreng cucur sehingga garing.
  5. Jika mahu cantik, gunakan jari untuk masukkan adunan dalam kuali. Jika tidak, boleh juga gunakan sudu.

Sumber rujukan : Aziekitchen

6. CUCUR KETAM BERCILI

BAHAN – BAHAN :

  • 400gm tepung naik sendiri
  • 150ml air
  • 100gm crabstick – dihancurkan
  • 3 tangkai kucai – dipotong kecil
  • 1 biji cili merah – dicincang halus
  • 1 biji bawang besar – dimayang halus
  • 1 biji telur
  • 5gm soda bikarbonat
  • Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN :

  1. Satukan semua bahan cucur di dalam mangkuk besar dan kacau rata. Jika adunan terlalu lembik tambah sedikit tepung dan jika terlalu kental tambah sedikit air.
  2. Biarkan adunan cucur selamat 10 hingga 15 minit.
  3. Panaskan minyak yang banyak. Sudukan sesudu besar bancuhan cucur dan goreng hingga keperangan. Angkat dan toskan.
  4. Hidangkan bersama sos pilihan.

Sumber rujukan : Aziekitchen

7. CUCUR PISANG

BAHAN – BAHAN :

  • 8 biji pisang emas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 sudu besar gula pasir
  • Secubit garam

CARA PENYEDIAAN :

  1. Lenyek pisang sehingga hancur. Masukkan gula dan garam. Kemudian masukkan mentega dan kacau rata. Masukkan tepung gandum dan dikacau rata.
  2. Setelah masak, dibalik balikkan. Bila bertukar warna keemasan, bolehlah angkat dan tos atas tisu dapur. Sedia untuk dihidangkan.
  3. Panaskan minyak dan setelah minyak betul betul panas, masukkan adunan. Jika mahu cantik, guna jari. Tapi saya sambil mengambil video, terpaksa menggunakan sudu. Goreng dengan api sederhana.
  4. Setelah masak, dibalik balikkan. Bila bertukar warna keemasan, bolehlah angkat dan tos atas tisu dapur. Sedia untuk dihidangkan.

Sumber rujukan : Aziekitchen

8. CUCUR DURIAN

BAHAN – BAHAN :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 camca kecil baking powder
  • 2 sudu besar gula |boleh tambah
  • 1/2 cawan isi durian | lecek
  • 1 cawan air suam |atau secukupnya
  • Secubit garam
  • 1 biji telur, pukul sedikit |jika suka

CARA PENYEDIAAN :

  1. Campurkan isi durian dengan gula dan kacau rata. Jika mahu, masukkan telur dan kacau lagi.
  2. Masukkan tepung, baking powder dan garam. Kacau kacau sehingga rata. Tuang air suam sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati. Rehatkan selama 10 – 20 minit.
  3. Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Saya suka makan semasa cucur dah sejuk sedikit, baru terasa duriannya.

Sumber rujukan : Aziekitchen

tags: | | |