Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tempat Makan » Suka Hidangan Korea? Ini 8 Restoran Korea Halal Sekitar KL Yang Dijamin Sedap. Rugi Tak Cuba!

Suka Hidangan Korea? Ini 8 Restoran Korea Halal Sekitar KL Yang Dijamin Sedap. Rugi Tak Cuba!

Kategori: ,

Sejak demam K-pop melanda seluruh negara, ramai yang mula menggemari makanan Korea. Dari daging grill hinggalah ke streetfood, terdapat pelbagai sajian Korea Selatan yang anda boleh terokai.

Kalau nak rasai sendiri kelazatan makanan Korea tanpa perlu merantau jauh, jom kita ke 8 restoran Korea halal yang terbaik di sekitar KL ni!

Pasti seronok untuk nikmatinya bersama rakan dan keluarga. Mari kita tengok lokasi restoran Korea halal yang wajib anda pergi berdekatan ibu kota.

8 Restoran Korea Halal Sekitar KL Yang Terlajak Sedap Dengan Rasa Autentik Korea Selatan

8.  Sweetree Restaurant

Restoran ini sudah tak perlu diperkenalkan lagi di kalangan warga Ampang. Terdapat pelbagai makanan Korea yang membuka selera dan wajib anda cuba seperti Gochujang Glazed Fried Chicken, Kimchi Jigae dan Dakgalbi. Jangan lupa juga untuk nikmati Bibimbap yang cukup popular di sini. Bingsu dekat sini pun sedap tau!

Alamat: Jalan Ampang Putra, Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 11.00 pagi hingga  11.30 malam

7. Eid Authentic Korean Cuisine – Bangi

Dimiliki oleh chef Korea Muslim yang berpengalaman, Restoran Eid memang cukup terkenal dalam menyajikan hidangan Korea dengan rasa yang autentik.

Antara menu yang paling laku di Restoran Eid adalah beef bulgogi. Saiz hidangannya juga agak besar, memang berbaloi untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan!  Jangan lepaskan peluang untuk rasai pelbagai menu lain yang cukup popular seperti Cheese Tteokbokki, Kimchi Stew dan Japchae.

Alamat: 8-19-01, Jalan Medan Pb 7A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 11.00 pagi hingga  11.30 malam

Facebook : Eid Halal

Restoran Korea Halal Restoran Korea Halal Restoran Korea Halal

6. Da On Fine Korean Restaurant

Da On Fine sudah menjadi destinasi wajib bagi penggemar daging grill yang ingin nikmati kepingan daging bakar yang berjus dan diperap lazat.

BBQ Lamb dan wagyu rib di sini sering mendapat pujian pelanggan atas kualitinya yang sangat baik. Dipadankan pula dengan pelbagai side dish yang membuka selera, memang mantap!

Jangan lupa untuk pesan menu lain yang laris di Da On Fine seperti Korean Seafood Pancake, Bibimbap yang bersaiz besar dan Samgyetang(Ginseng Chicken Soup).

Restoran Korea Halal Restoran Korea Halal
Alamat : Lot 6.40.00, Pavilion Kuala Lumpur, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi : 11.30 pagi hingga 9.00 malam

5. Gangnam Station Restaurant

Restoran Korea halal yang seterusnya ini sering menjadi tumpuan buat penggemar bulgogi. Daging bulgogi yang ditawarkan Gangnam Station sememangnya cukup berjus, saiz hidangannya pula cukup besar dan memang berbaloi dengan harga.

Pelbagai hidangan citarasa Korea yang menyelerakan turut disajikan buat pelanggan seperti Bulgogi Dubap, Kimchi Jigae dan Ayam Bakar yang cukup unik.

Restoran Korea Halal

Restoran Korea Halal Restoran Korea Halal

Alamat: No G45, Block 6, Laman Seri Business Park, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 11.30 pagi hingga 10.30 malam

Facebook : Gangnam Station

4. Tae Yang Island

Bagi yang ingin jamu selera dalam kumpulan yang besar, Tae Yang Island adalah lokasi yang sesuai buat anda kerana keluasan restoran yang cukup besar! Menu yang ditawarkan di sini juga memang sesuai untuk dikongsi bersama.

Berbanding restoran lain, Tae Yang Island menyajikan pelbagai makanan Korea seperti Tteokbokki, Bibimbap dan Budae Jigae bersama Cheese Pot iaitu keju cair tambahan yang mengelilingi makanan anda. Unik sangat!

Alamat: P3-17 Shaftsbury Square, Persiaran Multimedia, Cyber 6, 63000 Cyberjaya, Selangor.

Waktu Operasi: 11.30 pagi hingga 10.00 malam

Facebook : Taeyang Island

Restoran Korea Halal

3. K-Town Korean BBQ Grill House

Ramai netizen yang kata restoran Korea terbaru milik selebriti Zizan Razak ni ada vibe macam Danbam Café dalam K-Drama popular, Itaewon Class! Mana taknya, memang cantik sangat restoran ni dengan lampu neon yang berwarna warni!

Yang menariknya tentang restoran K-Town ini, pelanggan juga berpeluang untuk nikmati daging grill yang berkualiti tinggi dengan harga berpatutan.

Antara menu daging grill yang menjadi kegemaran Zizan sendiri adalah Galbi Gui atau daging panggang Korea. Selain Galbi Gui, terdapat pelbagai pilihan daging grill yang menanti pelanggan seperti Yangeum Yang-Gogi (Marinated Lamb Shoulder) dan Deunsim (Sliced Beef Tenderloin).

Restoran Korea Halal Restoran Korea Halal Restoran Korea Halal

Jangan lupa untuk nikmati pelbagai street food istimewa yang laku keras di sini seperti Yangnyeom Chikin (Fried Chicken Wings), Tteokbokki, Japchae dan Sundubu Jiggae (Spicy Soft Tofu Stew). Sedapnya!

Restoran Korea Halal

Kalau tak sempat dine-in di restoran, anda juga boleh pesan makanan melalui website K-Town dan pilih sama ada ingin Pick-Up atau hantar terus ke rumah!

Alamat : Lot G5, Ground Floor G Village, No. 35, Jln 1/76, Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi : 12.00 tengah hari hingga 3.00 petang, 6.00 petang hingga 9 petang

Laman Web : K-Town Korean BBQ Grill House

Facebook : K-Town Korean BBQ Grill House

2. Mashigetta.Korean Food

Mungkin tak ramai yang pernah cuba restoran ini, namun ramai yang kata rasa hidangan yang disajikan di sini memang tak lari banyak dengan yang disajikan di Korea Selatan!
Ayam Koreanya pula memang laku keras setiap hari. Diperap dengan sos enak, potongan ayamnya juga agak besar dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan.Restoran Korea Halal
Bukan setakat ayam, boleh dikatakan semua menu Korea yang anda sukai pasti ada di sini seperti Sundubu Kimchi Stew, Rapokki, Bulgogi dan Odeng Soup.
Semuanya menu sedap-sedap belaka!
Restoran Korea HalalRestoran Korea HalalRestoran Korea Halal
Alamat : No 20, Jalan 4/12b, Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
WaKktu Operasi : 11.30 pagi hingga 10.00 malam

1. SeoulNami Korean

Anda pasti terliur melihatkan daging bakar yang sangat berjus di SeoulNami! Memang rugi kalau tak cuba aneka daging gril yang istimewa di sini seperti Korean Bone-In Short Rib, Bulgogi dan Beef Platter.

Memang feeling kalau makan dengan kimchi dan salad yang disediakan bersama. Dengan seleksi pelbagai perisa seperti Spicy Hot Pepper Chicken dan Sweet Honey Butter Chicken, menu Famous Chuncheon Chicken atau ayam goreng yang disajikan di SeoulNami juga wajib untuk anda nikmati!

Alamat :  F-215 The Gardens Mall, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur
Waktu Operasi : 11.00 pagi hingga 10.00 malam
Restoran Korea Halal
Restoran Korea Halal Restoran Korea Halal
Banyak rupanya restoran Korea halal yang ada di sekitar KL. Tak perlulah anda mengidam lama untuk rasai sendiri rasa hidangan Korea yang auntentik. Pergi saja ke restoran yang kami cadangkan ni, dijamin halal dan confirm sedap! Jom serbu!
tags: