Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tempat Makan » Nak Ke Genting Highland? Ini 8 Tempat Makan Menarik di Genting Highland Yang Patut Anda Cuba

Nak Ke Genting Highland? Ini 8 Tempat Makan Menarik di Genting Highland Yang Patut Anda Cuba

Kategori: ,

Sejak Taman Tema Genting Skyworld mula dibuka, Genting Highland kembali riuh dengan kunjungan pelancong. Selain menawarkan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan, terdapat pelbagai tempat makan menarik di Genting Highland yang anda boleh cuba.

Rasanya memang cukup berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Silap-silap, anda boleh sampai teringat dengan makanan yang anda nikmati di sini!

Jom kita tengok tempat makan menarik di Genting Highland yang anda wajib singgah!

8 Tempat Makan Menarik di Genting Highland Yang Anda Wajib Singgah

8. Only Mee

Sesuai dengan namanya, Only Mee menawarkan aneka menu yang berasaskan mi. Dengan tawaran aneka mi yang pelbagai serta harga yang cukup berpatutan, ramai yang turut kunjungi kedai ini kerana rasa hidangannya yang serba lazat.

Antara menu yang anda wajib cuba di sini adalah mi cendawan ayam, laksa, mi wantan kering dan mi kari yang enak sampai buatkan anda menghirup!

Selain itu, anda juga boleh cuba pelbagai dimsum yang sedap. Pemanis mulutnya, snow ice sweet mango sago juga menjadi kegemaran ramai.

Alamat : Lot SA- T2C – B19, Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang

Waktu Operasi : 7.00 pagi – 10.00 malam

Kredit : tripadvisor.com

Kredit : Foursquare.com

7. Santai Yumcha Dimsum

Khas untuk peminat tegar dimsum, jangan lupa untuk singgah ke Santai Yumcha Dimsum bila anda ke Genting Premium Outlet. Memang sedap dapat makan dimsum panas-panas dengan suasana dingin di Genting Highland!

Terdapay pelbagai jenis dim sum menanti anda termasuklah Custard lava dim sum yang comel. Bukan setakat dim sum, malah anda juga berpeluang untuk cuba pelbagai hidangan enak lain seperti stickey honey chicken, Nyonya style chicken rice dan wantan.

Alamat : Lot 1508, Low Street, Genting Premium Outlets, 69000 Genting Highlands, Pahang

Waktu Operasi : 9.00 pagi – 9.00 malam

Kredit : Foursquare.com

6. The Five Guys

Bagi yang tak pernah cuba burger berjus dan enak dia The Five Guys, singgahlah ke cawangan pertamanya di Genting Highlands!

Dengan berkonsepkan ala Diner gaya Amerika Syarikat, The Five Guys membawakan anda aneka hidangan fast food dengan suasana retro yang yang cukup menarik

Bagi yang berkesempatan ke The Five Guys, cubalah aneka burger, hot dog serta grilled cheese yang segar dan padat dengan rasa.

Jangan lupa untuk padankan hidangan anda bersama secawan milkshake yang berkrim dan teramatlah sedap!

Alamat : Lot SA – T2A – 25, SkyAvenue, 69000 Genting Highlands, Pahang

Waktu Operasi : 11.00 pagi – 10.00 malam

Kredit : foursquare.com

tempat makan menarik di Genting Highland

5. Restoran Makanan Enak

Bagi anda yang teringin nak cuba hidangan Cina Muslim di Genting Highland, singgahlah ke Restoran Makanan Enak yang terletak di Genting Permai!

Memang kena dengan namanya, ramai yang cukup berpuas hati dengan hidangan yang ditawarkan di sini seperti ikan siakap asau limau, ginger spiring onion chicken, dan sizzling tofu yang sedap tak terkata! Hidangan goreng-goreng pun ada!

Alamat : No.7, Jalan Boulevard 2, Genting Permai, 69000 Genting Highlands.

Waktu Operasi : 10.00 pagi – 10.00 malam

Kredit : Tripadvisor.com

4. Tarbush Restaurant Genting Highland

Bukan saja menawarkan hidangan Timur Tengah dengan resepi asli, malah Tarbush Restaurant juga cukup menarik untuk dikunjungi kerana keunikan hiasan dalamannya yang cukup indah.

Memang makin berseleralah makan jawabnya!

Rasailah keenakan aneka hidangan Arab seperti nasi mandy, nasi briyani serta nasi kabsah dengan pilihan ayam atau daging yang diperap dengan rempah istimewa.

Jangan lupa untuk pesan bersama hidangan pembuka selera seperti laziz dan hummus yang enak dinikmati bersama roti bakar segar.

Untuk lengkapkan juadah anda, nikmatilah secawan Arabic tea yang berempah dan menghangatkan badan.

Alamat : Lot No.2-12, Awana Skyway Station, Genting Highlands Resort, 69000 Genting Highlands

Waktu Operasi : 10.00 pagi – 10.00 malam

tempat makan menarik di Genting Highland

Kredit : tripadvisor.com

3. Jom Makan Street Food

Terletak di SkyAvenue Mall, terdapat pelbagai makanan halal yang anda boleh cuba di sini. Aneka gerai dengan sajian sarapan, makan tengah hari dan makan malam menanti anda dengan citarasa rakyat Malaysia.

Sebut saja nak makan apa, Jom Makan Street Food pasti ada!  Dari nasi lemak, sate, rendang, masakan India, pencuci mulut, semuanya ada!

Memang rambang mata dibuatnya!

Alamat : Lot SA-T2C-MFS, Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang

Waktu Operasi : 9.00 pagi – 9.00 malam

tempat makan menarik di Genting Highland

Kredit : Foursquare.com

2. Nok Sokmo Genting Tomyam

Restoran ini memang cukup popular di kalangan orang tempatan dan pelancong. Selebriti pun pernah berkunjung ke sini untuk nikmati pelbagai juadah tomyam kegemaran rakyat Malaysia.

Memang syok dapat makan tomyam sedap dengan cuaca dingin di tanah tinggi Genting! Bila anda berkunjung ke sini, jangan lupa untuk pesan ikan siakap stim, sup daging serta kangkung goreng belacan yang teramatlah sedap!

Harga yang ditawarkan juga cukup berpatutan dan berbaloi untuk anda nikmati dengan rakan dan keluarga.

Alamat : Avenue C-G-P21, Jalan Permai 2 Avenue, Ground Floor, Genting Permai Avenue, Genting Highlands, Pahang.

Waktu Operasi : 7.00 pagi – 2.00 pagi

Facebook : Nok Sokmo Genting Tom Yam Restaurant

tempat makan menarik di Genting Highland

1. Burger & Lobster

Anda pasti kenal dengan restoran Burger & Lobster yang cukup popular di kalangan pengguna media sosial. Mana taknya, anda juga pasti akan teruja bila dihidangkan dengan udang galah yang segar serta burger yang enak dan berjus!

Memang tak sah kunjungan anda ke Burger & Lobster kalau tak cuba B&L burger yang laku keras di sini. Gabungan burger daging dan lobster memang gempak dan cukup berbeza!

Memang cukup menarik untuk dinikmati bersama bun charcoal berwarna hitam. Selain itu, anda juga boleh cuba burger Original dan the Mayfair yang tak kurang hebatnya di sini.

Untuk hidangan lobster pula, anda boleh nikmatinya sebagai masakan Chilli, direbus atau dibakar.

Anda juga wajib cuba lobster rolls dalam bentuk sandwich yang dihidangkan dalam 3 perasa. Sangat menarik untuk dicuba!

Alamat : Lot SA – T2 – 13, Level 1, SkyAvenue, Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang

Waktu Operasi : 11.00 pagi – 10.00 malam

Facebook : Burger & Lobster

tempat makan menarik di Genting Highland

Kredit : Foursquare.com

tempat makan menarik di Genting Highland

Banyak rupanya tempat makan menarik di Genting Highland. Semuanya nampak sedap dan menyelerakan, memang sesuai untuk dinikmati dengan keluarga dan yang tersayang.

Bagi anda yang bercadang nak bercuti di Genting Highland, jangan lupa untuk cuba semua makanan sedap ni, confirm tak menyesal!

tags: