Orang muda zaman sekarang sudah tidak lari dengan aktiviti lepak mereka. Mereka akan makan, berbual kosong dan ada juga sambil bermain video game.
Anda golongan muda yang tinggal di kawasan Damansara atau sedang bercuti di sana? Di sini kami kongsikan tempat yang wajib lepak di Damansara.
Nak Lepak Dengan Kawan Tapi Tak Tahu Tempat Yang Best Dekat Damansara? Ini Kami Kongsikan 8 Tempat Wajib Singgah Di Sini!
8. NJ Steambot
Kalau malam-malam nak lepak tapi tak tahu nak makan apa korang boleh cuba makan di NJ Steambot. Mereka ada kuah manis dan kuah pedas (version kuah kacang sikit). Kalau tak suka style makan macam ni, korang boleh try makan dengan sup. Sup pulak mereka ada sediakan garlic oil dan cili potong.
Lokasi: Waze mcdonald damansara damai.
Waktu Operasi: buka setiap hari kecuali JUMAAT kita off. 8pm-2am
7. TAM’s Western & Burger
TAM’S Western & Burger menyediakan pelbagai jenis makanan western, mula dari pelbagai jenis burger, Chicken Chop, Chicken Grill sehinggalah ke pelbagai jenis pasta. Bukan itu sahaja, mereka juga ada busking untuk menghiburkan pelanggan yang datang lepak. Sesuai sangatlah untuk anak muda lepak malam-malam.
Lokasi: Berhadapan MRT Damansara Damai
Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (4:00 Petang – 1:00 Pagi)
6. NZ CHAR KUEY TEOW
NZ CHAR KUEY TEOW menawarkan 3 menu iaitu Char kuey teow, Char mee, Char Maggie dengan Udang, Kerang, Sotong, Kurita dan Telur ikan tenggiri.
Kawasannya juga mempunyai tempat makan yang luas dan ada TV yang besar sesuai sangat untuk anak-anak muda lebih-lebih lagi lelaki untuk menonton bola dan sekaligus lepak di sana. Sangat sesuai dijadikan sebagai tempat lepak di Damansara
Lokasi: pju 10/1b damansara damai
Waktu Operasi: Isnin off, Selasa-Ahad (6.30pm-11.30pm)
5. Soru Station
Soru Station juga merupakan tempat yang wajib lepak di Damansara tambah lagi dengan persekitarannya yang best.
Mereka ada pelbagai jenis makanan yang mampu memenuhi citarasa semua seprti, Satay Skewer, Chicken Parmigiana cheese leleh atas ayam, Texas Chili Fries, Pasta Aglio Olio, Cheezy Wedges, Ayam Percik, Nasi Hujan Panas.
Lokasi: SORU STATION KOTA DAMANSARA, 40-G, Jalan PJU 5/20B, The Strand, Kota Damansara
Waktu Operasi: 5.00pm – 1.00am | Isnin Off
4. Waneeda Restoran
Tempat yang wajib lepak di Damansara yang seterusnya adalah
Waneeda Restoran dimana mereka menawarkan masakan Thai dan Kelantan yang sudah menjadi kegemaran ramai. Mempunyai pengalaman lebih daripada 10 tahun menjanjikan sajian yang sedap dan lazat.
Lokasi: 22A-1, Jalan PJU 5/9, Dataran Sunway, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 10am-12am (setiap hari, dibuka 24jam setiap hari Isnin sahaja)
3. LapaQ Nee
Geng korang peminat Char Kuey Tiaw Penang yang padu, kedai
LapaQ Nee adalah pilihan terbaik untuk anda. Ia adalah varian yang wajib dicuba sebab dia ada rasa dan bau smoke yang buat kita lagi syok.
ada option nak daging, ayam, kerang, udang dan telur goyang boleh ikut citarasa masing-masing.
Waktu operasi: Isnin sampai Khamis (11.30 pagi hingga 11.00 malam) Jumaat, Sabtu & Cuti Umum (6 petang hingga 11 malam ) Ahad TUTUP
2. Ra.Re Foodspace
Tempat yang wajib lepak di Damansara yang seterusnya adalah
Ra.re Foodspace, sesuai sangat nak lepak sebab mereka ada banyak jenis makanan yang ada, seperti Sate, Yong Tow Foo, Nasi Ambeng, Smashed Burger, Air minuman viral Balang Man, Mee Goreng Ketagih, Bakso Beranak dan macam-macam lagi.
Apa tunggu lagi? Jom lepak di Ra.re Foodspace sekarang.
Lokasi:
Waktu Operasi: 5.00 petang – 12.00 tengah malam
1. The Port.my
The Port.my merupakan tempat yang wajib lepak di Damansara yang berkonsepkan foodcourt iaitu layan diri dan boleh pilih makanan apa yang disukai dengan pelbagai style dan concept. Dari masakan kampung, western, Thailand, Indonesia,dessert dan bermacam-macam lagi.
Port lepak yang bertingkat dan luas sangat sesuai untuk santai dan chill bersama rakan-rakan ataupun keluarga. Yang paling menarik, untuk menonton bola kalian boleh naik ke tingkat atas.
Waktu Operasi: 5 petang – 12 tengah malam setiap hari KECUALI hari Rabu pada minggu kedua & ketiga (CUTI)
Senarai 8 tempat yang wajib lepak di Damansara dikongsi untuk semua golongan tua atau muda. Bukan sahaja untuk lepak dengan kawan-kawan dengan keluarga pun boleh. Semoga memberi manfaat kepada semua,
Selamat lepak dan bergembira!