Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Nak Lepak Dengan Kawan Tapi Tak Tahu Tempat Yang Best Dekat Damansara? Ini Kami Kongsikan 8 Tempat Wajib Singgah Di Sini!

DM Editor by DM Editor
Januari 9, 2023
in Info, Tempat Makan
5 min read
0 0
0
Nak Lepak Dengan Kawan Tapi Tak Tahu Tempat Yang Best Dekat Damansara? Ini Kami Kongsikan 8 Tempat Wajib Singgah Di Sini!
0
SHARES
222
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Orang muda zaman sekarang sudah tidak lari dengan aktiviti lepak mereka. Mereka akan makan, berbual kosong dan ada juga sambil bermain video game.

BacaJuga

Mat Salleh Australia

Reaksi Mat Salleh Australia Makan Burger Ramly Tepi Jalan Tarik Perhatian Netizen, Bagi Rating Yang Tinggi Sangat!

Januari 27, 2023
0
cheese strawberry

Peniaga Kongsi Resepi Pencuci Mulut Cheese Strawberry, Makan Sejuk-Sejuk Memang Nikmat!

Januari 27, 2023
37

Anda golongan muda yang tinggal di kawasan Damansara atau sedang bercuti di sana? Di sini kami kongsikan tempat yang wajib lepak di Damansara.

Nak Lepak Dengan Kawan Tapi Tak Tahu Tempat Yang Best Dekat Damansara? Ini Kami Kongsikan 8 Tempat Wajib Singgah Di Sini!

8. NJ Steambot

tempat yang wajib lepak di Damansara

Kalau malam-malam nak lepak tapi tak tahu nak makan apa korang boleh cuba makan di NJ Steambot. Mereka ada kuah manis dan kuah pedas (version kuah kacang sikit). Kalau tak suka style makan macam ni, korang boleh try makan dengan sup. Sup pulak mereka ada sediakan garlic oil dan cili potong.

Lokasi: Waze mcdonald damansara damai.
Waktu Operasi: buka setiap hari kecuali JUMAAT kita off. 8pm-2am

7. TAM’s Western & Burger

tempat yang wajib lepak di Damansara
TAM’S Western & Burger menyediakan pelbagai jenis makanan western, mula dari pelbagai jenis burger, Chicken Chop, Chicken Grill sehinggalah ke pelbagai jenis pasta. Bukan itu sahaja, mereka juga ada busking untuk menghiburkan pelanggan yang datang lepak. Sesuai sangatlah untuk anak muda lepak malam-malam.
Lokasi: Berhadapan MRT Damansara Damai
Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (4:00 Petang – 1:00 Pagi)

6. NZ CHAR KUEY TEOW

tempat yang wajib lepak di Damansara
NZ CHAR KUEY TEOW menawarkan 3 menu iaitu Char kuey teow, Char mee, Char Maggie dengan Udang, Kerang, Sotong, Kurita dan Telur ikan tenggiri.
Kawasannya juga mempunyai tempat makan yang luas dan ada TV yang besar sesuai sangat untuk anak-anak muda lebih-lebih lagi lelaki untuk menonton bola dan sekaligus lepak di sana. Sangat sesuai dijadikan sebagai tempat lepak di Damansara
Lokasi: pju 10/1b damansara damai
Waktu Operasi: Isnin off, Selasa-Ahad (6.30pm-11.30pm)

5. Soru Station

tempat yang wajib lepak di Damansara
Soru Station juga merupakan tempat yang wajib lepak di Damansara tambah lagi dengan persekitarannya yang best.
Mereka ada pelbagai jenis makanan yang mampu memenuhi citarasa semua seprti,  Satay Skewer, Chicken Parmigiana cheese leleh atas ayam, Texas Chili Fries, Pasta Aglio Olio, Cheezy Wedges, Ayam Percik, Nasi Hujan Panas.
Lokasi: SORU STATION KOTA DAMANSARA, 40-G, Jalan PJU 5/20B, The Strand, Kota Damansara
Waktu Operasi: 5.00pm – 1.00am | Isnin Off

4. Waneeda Restoran

tempat yang wajib lepak di Damansara
Tempat yang wajib lepak di Damansara yang seterusnya adalah Waneeda Restoran dimana mereka menawarkan masakan Thai dan Kelantan yang sudah menjadi kegemaran ramai. Mempunyai pengalaman lebih daripada 10 tahun menjanjikan sajian yang sedap dan lazat.
Lokasi: 22A-1, Jalan PJU 5/9, Dataran Sunway, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 10am-12am (setiap hari, dibuka 24jam setiap hari Isnin sahaja)

3. LapaQ Nee

tempat yang wajib lepak di Damansara
Geng korang peminat Char Kuey Tiaw Penang yang padu, kedai LapaQ Nee adalah pilihan terbaik untuk anda. Ia adalah varian yang wajib dicuba sebab dia ada rasa dan bau smoke yang buat kita lagi syok.
ada option nak daging, ayam, kerang, udang dan telur goyang boleh ikut citarasa masing-masing.
Lokasi: SHOWRU CAFE & BISTRO (https://maps.app.goo.gl/vwnF9qKWpVdNyqe96)
Waktu operasi: Isnin sampai Khamis (11.30 pagi hingga 11.00 malam) Jumaat, Sabtu & Cuti Umum (6 petang hingga 11 malam ) Ahad TUTUP

2. Ra.Re Foodspace

tempat yang wajib lepak di Damansara
Tempat yang wajib lepak di Damansara yang seterusnya adalah Ra.re Foodspace, sesuai sangat nak lepak sebab mereka ada banyak jenis makanan yang ada, seperti Sate, Yong Tow Foo, Nasi Ambeng, Smashed Burger, Air minuman viral Balang Man, Mee Goreng Ketagih, Bakso Beranak  dan macam-macam lagi.
Apa tunggu lagi? Jom lepak di Ra.re Foodspace sekarang.
Lokasi: 
Waktu Operasi: 5.00 petang – 12.00 tengah malam

1. The Port.my

tempat yang wajib lepak di Damansara
The Port.my merupakan tempat yang wajib lepak di Damansara yang berkonsepkan foodcourt iaitu layan diri dan boleh pilih makanan apa yang disukai dengan pelbagai style dan concept. Dari masakan kampung, western, Thailand, Indonesia,dessert dan bermacam-macam lagi.
Port lepak yang bertingkat dan luas sangat sesuai untuk santai dan chill bersama rakan-rakan ataupun keluarga. Yang paling menarik, untuk menonton bola kalian boleh naik ke tingkat atas.
Lokasi: The Port.my, Jalan, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor (https://maps.app.goo.gl/qDZAL4jm14ycv1tb7)
Waktu Operasi: 5 petang – 12 tengah malam setiap hari KECUALI hari Rabu pada minggu kedua & ketiga (CUTI)

Senarai 8 tempat yang wajib lepak di Damansara dikongsi untuk semua golongan tua atau muda. Bukan sahaja untuk lepak dengan kawan-kawan dengan keluarga pun boleh. Semoga memberi manfaat kepada semua,

Selamat lepak dan bergembira!

Download Nulled WordPress Themes
Premium WordPress Themes Download
Download Premium WordPress Themes Free
Download Premium WordPress Themes Free
udemy free download
download huawei firmware
ShareTweetSend

Related Posts

Pernah Dengar Tak Overnight Oat? Siapa Yang Tengah Diet Sekarang Memang Sesuai Makan Menu Ni. Cara Buat Sangat Senang Dan Sedap!
diet

Pernah Dengar Tak Overnight Oat? Siapa Yang Tengah Diet Sekarang Memang Sesuai Makan Menu Ni. Cara Buat Sangat Senang Dan Sedap!

Januari 27, 2023
47
biji cili kering
Info

Mahu Hasil Tanaman Cili Lebat Dengan Cara Mudah? Guna Je Biji Cili Kering, Ini Caranya!

Januari 26, 2023
139
Ani Jeruk Buah Nise
Berita

Ani Jeruk Buah Nise Viral Hingga Masuk TV3, Pelanggan Sanggup Beratur Panjang Nak Cuba Jeruk Style Orang Zaman Dahulu

Januari 25, 2023
185
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist