Kaswi gula merah atau kosui adalah sejenis kuih muih tradisional. Kali ini kami kongsikan kepada anda resepi kaswi gula merah.
Bahan-Bahan :
- 240 gm gula merah
- 120 gm gula pasir
- 250 ml air
- 2 helai daun pandan
- 210 gm tepung gandum
- 2 sudu besar tepung ubi
- 625 ml air
- kelapa muda – diparut
Cara-Cara :
- Masukkan gula merah, gula pasir, 250 ml air dan daun pandan ke dalam periuk dan panaskan.
- Campurkan tepung gandum dan tepung ubi.
- Masukkan 625 ml air sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung.
- Kemudian masukkan bahan yang telah dipanaskan tadi dan kacau rata.
- Selepas siap diadun, masukkan ke dalam acuan kaswi dan kukus selama 1 jam.
- Taburkan sedikit garam ke dalam kelapa muda dan golek-golekkan kaswi yang telah masak dan sedia untuk dihidang.
Kami sediakan juga video untuk tontonan anda sebagai rujukan. Selamat mencuba!