Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Masak Maggi Di Stesen Minyak Genting, Sekumpulan Remaja Ini Dikecam Atas Faktor Keselamatan

Masak Maggi Di Stesen Minyak Genting, Sekumpulan Remaja Ini Dikecam Atas Faktor Keselamatan

Kategori: ,
masak maggi di stesen minyak

Stesen minyak adalah tempat orang ramai mengisi minyak kenderaan untuk kegunaan seharian.

Ia juga adalah tempat yang perlu dijaga dari segi faktor keselamatan atas sebab bahan mudah terbakar seperti petroleum.

Terbaharu, heboh mengenai sekumpulan remaja yang memasak Maggi atau mi segera di salah sebuah stesen minyak di Genting.

Masak Maggi Di Stesen Minyak Genting, Sekumpulan Remaja Ini Dikecam Atas Faktor Keselamatan

Ia mengundang kecaman ramai apabila perbuatan mereka dianggap ‘tidak berfikir dahulu sebelum buat’ kerana dapat menimbulkan masalah jika terdapat insiden tidak diingini seperti meletup gas masak.

Ini kerana, masak maggi di stesen minyak merupakan satu perbuatan yang mendatangkan bahaya.

“Macam mana diorang ni boleh terfikir nak pasang stove dekat stesen minyak”, kata seorang netizen (localrkyt) yang berkongsi video berkenaan di laman X.

Melihat kepada video berkenaan, polis juga datang untuk memeriksa mereka. masak maggi di stesen minyakmasak maggi di stesen minyak

“Dia dah mai… Sambung makan dulu lah benda dah masak…”, tulis kapsyen di dalam video berkenaan.

Selain itu, kelihatan seperti anak-anak muda yang dihadiri dengan satu kumpulan sama-sama makan dan menikmati hidangan Maggi di stesen minyak berkenaan.

Mengintai komen-komen netizen di ruangan komen, ramai yang marah dan kesal dengan perbuatan tersebut. Seolah-olah meraka tidak berfikir tentang keselamatan yang perlu dititikberatkan di stesen minyak. masak maggi di stesen minyak

Faktor Keselamatan Seperti Tong Gas Meletup Perlu Diambil Berat – Netizen

“Masak dekat underground pula tu. Ini semua faktor keselamatan.”

“Weh kalau meletup macam mana?”

Video di sini: video @localrkyt

Semoga kisah masak maggi di stesen minyak ini diambil iktibar oleh semua pihak jika ingin membuat sesuatu keputusan melibatkan tempat awam.

Apatah lagi, ia juga turut melibatkan faktor keselamatan orang ramai.

Sumber: Yunott / localrkyt

Baca juga: Eddlee Fried Chicken Fokus Kekal Enak & Murah, Antara Pilihan Ramai Jenama Tempatan

tags: | |