Langgan Newsletter

Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Faisal Halim Dah Teringin Nak Makan Nasi Kandar, Perkembangan Terbaharu Ini Buat Ramai Sebak

Faisal Halim Dah Teringin Nak Makan Nasi Kandar, Perkembangan Terbaharu Ini Buat Ramai Sebak

Kategori:
Faisal Halim

“Dah teringin nak makan nasi kandar…” Itu perkembangan terbaharu bintang bola sepak negara, Faisal Halim yang mengidam makanan tradisi Pulau Pinang yang juga sebenarnya negeri kelahirannya.

Jelas Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar, pemain lincah Red Giants itu semakin menunjukkan perkembangan positif termasuk sudah mengambil diet biasa seperti nasi dan sebagainya.

“Saya pun hampir setiap hari ada ‘voice note’ dengan Faisal. Percakapannya semakin jelas, itu yang penting.

Selera Faisal Halim Sudah Bertambah, Sudah Amalkan Diet Biasa

“Keduanya selera makan pun sudah bertambah. Saya difahamkan bukan saja ambil soft diet, tapi dah makan juga diet biasa.

“Saya dengar pun sudah cuba nak teringin makan nasi kandar dan sebagainya, Alhamdulillah,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal SFC.Faisal Halim

Ujarnya lagi, Faisal bakal menjalani pembedahan keempat pada minggu hadapan babitkan proses homograft.

“Alhamdulillah hari ini Faisal dipindahkan dari ICU (Unit Rawatan Rapi) ke wad biasa, tetapi masih lagi tidak dibenarkan pelawat kerana keadaan masih lagi keadaan sensitif tapi Alhamdulillah Faisal stabil.

“Selepas ini pakar masih lagi monitor keadaan Faisal, InsyaAllah prosedur berikutnya saya difahamkan berlaku pada minggu depan, sama ada Isnin atau Selasa,” katanya.

Terdahulu, Faisal dimasukkan ke hospital selepas diserang oleh dua individu tidak dikenali yang menyimbah asid ke badannya.Faisal Halim

Semoga cepat sembuh hero Malaysia! Nanti boleh makan Nasi Kandar puas-puas!

Sumber: Harian Metro

Baca juga: Viral Kafe Anjur Sesi Cari Jodoh Sambil Makan & Minum, Ramai Turut Serta Sesi ‘Speed Dating’ Ini

tags: |