“Doorgift” atau buah tangan di majlis perkahwinan adalah hadiah kecil yang diberikan kepada tetamu sebagai tanda penghargaan atas kehadiran mereka.
Ia bukan sahaja berfungsi sebagai kenang-kenangan, tetapi juga sebagai simbolik kepada pasangan pengantin dalam menghargai setiap tetamu.
Bercerita tentang “doorgift”, tetamu di majlis perkahwinan ini telah berkongsi pengalaman yang menarik apabila mendapat anak ayam sebagai hadiah.
Sebuah majlis perkahwinan di wilayah Jawa Timur, Indonesia telah mencuri perhatian ramai apabila pasangan pengantin memberikan anak ayam yang berwarna warni buat tetamu yang hadir ke rumahnya.
Menerusi video yang dikongsikan di laman Tiktok tompelbashid, dapat dilihat anak ayam yang pelbagai warna yang diletakkan di dalam kotak khas.
Terdapat anak ayam yang berwarna merah jambu, jingga, hijau, kuning, biru dan lain-lain.
Kehadiran anak ayam sebagai “doorgift” menambahkan elemen kejutan, menjadikan majlis tersebut satu kenangan indah yang akan diingati.
@tompelbashid apa kabar ayam mu teman” yang kemaren ke acara resepsi dirumah? #penikmat #souvenirnikahan #fyp #unik
@tompelbashid apa kabar ayam mu teman” yang kemaren ke acara resepsi dirumah? #penikmat #souvenirnikahan #fyp #unik ♬ suara asli – waroeng ho13i
Menurut komen netizen, ada yang mengatakan ini adalah satu idea kreatif yang boleh dijadikan contoh.
Dulu bagi telur sekarang bagi anak ayam tapi unik betul -Netizen
“Ni baru kreatif…”
“tetiba dapat tanggungjawab baru…. kena bela ayam”
Langkah yang kreatif mereka dalam memberikan anak ayam sebagai “doorgift” membuatkan majis perkahwinan mereka lebih bermakna.
Selamat Pengantin Baru!
Sumber: tompelbashid, Sinar Harian