Nasi lemak, hidangan yang begitu sinonim dengan budaya dan warisan sajian Malaysia dan juga menjadi makanan kegemaran rakyat di seluruh negara.
Bukan sahaja popular sebagai sarapan pagi, tetapi enak dinikmati pada bila-bila masa sepanjang hari.
Merupakan simbol keunikan Malaysia yang wajib dicuba oleh setiap pelancong sebagai pengalaman menghubungkan mereka dengan warisan budaya negara ini.
Tular satu video di laman TikTok di mana influencer Mat Salleh makan nasi lemak dengan cara yang mengejutkan.
Kejadian ini berlaku dalam satu rancangan podcast oleh OG Esports yang dirakan secara langsung di Kuala Lumpur.
Kisah yang dikongsikan oleh ogesportsofficial, telah memaparkan pempengaruh terkenal dalam bidang “e-sports” mengunyah daun pisang bersama nasi lemak.
Nasi Lemak yang disediakan khas untuk hos dan tetamu The Monkey Business Show. Tujuannya bagi memperkenalkan dan merasai hidangan sarapan pagi yang popular di Malaysia.
Pempengaruh terkenal atau lebih dikenali sebagai Slacks kelihatan ragu-ragu untuk mencuba makanan tradisional Malaysia.
Namun, ketidaktahuannya tentang cara sebenar menikmati makanan tersebut menyebabkan satu insiden yang melucukan.
Dalam video yang telah ditonton lebih dari tiga ratus ribu kali di TikTok, dia dilihat sedang membuka bungkusan nasi lemak yang beraroma dengan penuh kekaguman.
Tanpa menyedari bahawa daun pisang itu hanya berfungsi sebagai pembalut, dia terus menggigit daun tersebut bersama-sama nasi, sambal, dan lauk-pauk lain.
Reaksi lucunya selepas menyedari kesilapannya mencetuskan gelak ketawa bukan sahaja di kalangan penonton tetapi juga di kalangan netizen.
@ogesportsofficial HOW to eat a NASI LEMAK feat. Slacks, Ceb & Mushi 🤣 FUNNIEST SEGMENT EVER 🤣 #dota2memes #dota2 #dota2wtf #dota2watafak #dota2omg #dota2highlights #nasilemakviral #nasilemak #malaysia #eslonemalaysia #ogesports #dreamog #mushi #funny #funnyvideos
@ogesportsofficial HOW to eat a NASI LEMAK feat. Slacks, Ceb & Mushi 🤣 FUNNIEST SEGMENT EVER 🤣 #dota2memes #dota2 #dota2wtf #dota2watafak #dota2omg #dota2highlights #nasilemakviral #nasilemak #malaysia #eslonemalaysia #ogesports #dreamog #mushi #funny #funnyvideos ♬ original sound – ogesportsofficial – OG Esports
Rata-rata pengguna media sosial memberikan komen positif dan bersimpati dengan situasi yang dihadapi.
Ini baru rare macam onigiri dia makan nasi lemak tu -Netizen
“Yang makan daun pisang tu memang real la.. Aku suka reactio dia lepas orang gelak. Betul-betul terpaling first time”
“Dia ingat macam seeweed ke?”
Mereka turut memuji sikapnya yang terbuka dan bersedia untuk mencuba sesuatu yang baru walaupun melakukan kesilapan kecil.
Kisah ini menjadi pengajaran tentang kepentingan pemahaman yang lebih mendalam terhadap tradisi tempatan dan untuk lebih menghargai dan memahami budaya serta makanan tempatan.
Sumber: ogesportsofficial
Baca juga: Nasi Goreng Kambing Malaysia Masuk Senarai Makanan ‘Paling Teruk’ Di Dunia