Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Wanita Jepun Ini Tertukar Cendol Dengan Ramen, Sangka Ini Ramen Buatan Malaysia – Cuit Hati Orang Ramai

Wanita Jepun Ini Tertukar Cendol Dengan Ramen, Sangka Ini Ramen Buatan Malaysia – Cuit Hati Orang Ramai

Kategori: ,
cendol dengan ramen

Cendol menjadi sajian yang laku keras tidak kira pada cuaca panas atau cuaca hujan. Rasanya yang berlemak dan sedap dikunyah mengikut kepejalan cendol. Tekak yang kering jika dibasahkan dengan air cendol, sememangnya sedap dan boleh hilangkan dahaga.

Baru-baru ini, ada kisah tentang cendol yang menarik perhatian netizen berkenaan seorang pempengaruh dari Jepun dengan nama sora_fula yang tertukar isi cendol dengan ramen.

Wanita Jepun Ini Tertukar Cendol Dengan Ramen, Sangka Ini Ramen Buatan Malaysia – Cuit Hati Orang Ramai

Dalam video tersebut, dia menyangka bahawa isi cendol yang bewarna hijau itu adalah ramen buatan Malaysia.cendol dengan ramen

Oleh yang demikian, dia memasak cendol yang dianggap ramen Malaysia dengan menumis bawang putih bersama minyak dan bahan-bahan lain untuk dijadikan kuah.

Dia juga bertanya kepada rakyat Malaysia tentang apakah sebenarnya makanan yang dibelinya kerana tidak pernah melihat ramen dengan tekstur hijau kenyal sebegitu.

cendol dengan ramen cendol dengan ramen

@sora_fula Apa ini ?? #fyp #sora #malaysia ♬ original sound – Sora

Melihat kepada komen netizen, masing-masing memberi info tentang cendol Malaysia kepada pempengaruh tersebut. Tidak kurang juga ada yang pelik dengan aksi yang ditunjukkan olehnya.

“Ahh sudah, cendol di sup. Macam mana nak explain ni.”

“Melanggar hukum cendol. Kesian cendol selalu duduk dalam sejuk. Tetiba duduk dalam panas.”

“It’s not ramen, but it’s for dessert. We call it cendol.”cendol dengan ramen

Cendol memang sedap! Makan dengan santan sejuk sejuk bersama gula merah, pasti menambahkan selera.

Sumber: Sora 

Baca juga: Jual Durian RM8 Sekilo Macam Sedekah, Netizen Puji Sikap Pemurah Aliff Syukri Jual Harga Rahmah

tags: | |