Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Pelancong Asing Puji Jelly Ball Malaysia Sedap, Beli Dengan Harga RM8 Di Kuala Lumpur

Pelancong Asing Puji Jelly Ball Malaysia Sedap, Beli Dengan Harga RM8 Di Kuala Lumpur

Kategori: ,
Jelly Ball Malaysia

Negara Malaysia seringkali menjadi tumpuan pelancong asing yang menjadikan Malaysia sebagai destinasi percutian mereka.

Antara perkara yang menjadi tarikan di negara yang berbilang kaum ini adalah makanannya yang sedap-sedap belaka.

Pelancong Asing Puji Jelly Ball Malaysia Sedap, Beli Dengan Harga RM8 Di Kuala Lumpur

Terbaharu, seorang pelancong asing berkongsi pengalamannya bercuti di Malaysia yang sedang bersiar-siar di Kualau Lumpur dipercayai sekitar Pasar Pudu di laman TikTok yang bernamma (@lukedamantclip).

Antara makanan yang menarik perhatian Luke untuk dicuba adalah bebola jeli (jelly ball) yang tular di Malaysia hingga menjadi sebutan ramai dalam kalangan anak-anak kecil.

Luke berkata jelly ball Malaysia tersebut amat menyegarkan kerana ia disejukkan terlebih dahulu dengan ais.Jelly Ball Malaysia

Dia juga berpendapat snek berkenaan sesuai dimakan pada ketika itu memandangkan cuaca Malaysia yangg agak panas.

Secucuk jelly ball Malaysia biasanya mempunyai 7 biji jelly dengan pelbagai perisa dan warna – bergantung kepada peniaga.

Kebiasaannya ia dijual di bawah RM5 (sekitar RM2.50) bagi secucuk jelly ball. Luke pula dikenakan dengan harga RM8 untuk secucuk lidi dengan anggaran lebih RM1 untuk setiap biji bebola.Jelly Ball MalaysiaJelly Ball Malaysia

@lukedamantclip $2 Jelly Balls in KL, Malaysia 🇲🇾 #malaysia #kualalumpur #travel ♬ original sound – Luke Damant

Netizen Persoal Harga Secucuk Jelly Ball Yang Agak Mahal

Melihat kepada ruangan komen, ramai yang mempersoalkan hharga jelly ball yang dikenakan peniaga tersebut. Dan ada juga yang bersetuju dengan harga RM8 untuk secucuk jelly ball yang dijual di Kuala Lumpur.

“RM8 adalah terlalu mahal. Selalunya harga jelly ball lebih kurangg RM2.50 ke RM5,” ujar seorang individu.

“Normal lah bila dijual di ibu koota yang terdiri dengan sewa tapak perniagaan mahal,” ujar individu lain.Jelly Ball Malaysia

Sumber: Lukedamantclip

Baca juga: Pelanggan Terkejut Sebuah Restoran Di KL Kenakan Caj Tambahan RM5 Denda Untuk Meja Kotor, Ada Netizen Setuju Ada Yang Tidak

tags: | |