Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Lemon Chicken, Hidangan Setanding Restoran Boleh Siap Dalam Masa 30 Minit Je!

Resipi Lemon Chicken, Hidangan Setanding Restoran Boleh Siap Dalam Masa 30 Minit Je!

Kategori:

Lemon Chicken, ayam rangup yang disalut dengan rasa masam sos lemon memang superb. Resipi setanding restoran ni boleh je buat di rumah dalam masa 30 minit je.

Hidangan Lemon Chicken selalu menjadi menu pilihan di restoran. Selain rasanya yang tiada tandingan, penyediaan bahan cukup mudah.

Tak rugi kalau nak cuba resipi ni ya. Memandangkan pergerakan kita agak terbatas disebabkan covid, jom kita masak chicken lemon menggunakan resipi di bawah.

Cara Masak Chicken Lemon

Bahan-bahan (perapan ayam)

  • Paha ayam (dipotong)
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar kicap masin
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • Tepung jagung
  • Beg Zip-loc

Bahan-bahan (sos)

  • 1 cawan stok ayam
  • 4 sudu besar madu
  • 2 sudu besar gula
  • 4 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu kecil kicap masin
  • 1/4 sudu kecil garam
  • Hirisan lemon

Bahan-bahan (topping)

  • Bijan
  • Daun bawang

Cara-cara

  1. Perap ayam dengan telur, kicap masin dan lada sulah selama 30 minit.
  2. Masukkan ayam ke dalam beg zip-loc  dan masukkan tepung jagung.
  3. Goncang hingga ayam disalut tepung.
  4. Goreng hingga keemasan.
  5. Untuk sos, didihkan stok ayam dan masukkan madu, gula, jus lemon, kicap masin, garam dan hirisan lemon.
  6. Biar didih hingga pekat.
  7. Hidangkan ayam dengan sos lemon, daun bawang dan bijan.
tags: |