Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Rahsia Buat Kari Sedap Guna Sardin Dalam Tin, Tak Pakai Santan & Bawang Semestinya Cara Mudah Nak Masak

Rahsia Buat Kari Sedap Guna Sardin Dalam Tin, Tak Pakai Santan & Bawang Semestinya Cara Mudah Nak Masak

Kategori: ,
kari sedap guna sardin

Adakah anda tahu bahawa cara untuk masak kari yang sedap dan mudah adalah menggunakan ikan sardin dalam tin?

Selain masak dan goreng ikan sardin dalam tin, anda juga boleh memasaknya dengan menjadikan hidangan kari.

Paling mengujakan, jika tiada santan di dapur anda tetapi teringin nak makan kari, anda bolehlah gunakan resipi ini untuk buat kari ikan yang sedap. Jom kita masak bersama.

Rahsia Buat Kari Sedap Guna Sardin Dalam Tin, Tak Pakai Santan & Bawang Semestinya Cara Mudah

Bahan-bahan:

  • 2 biji tomato potong dadu
  • 8 ulas bawang putih
  • 3 biji lada hijau besar
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 cawan air
  • 1 tin sardin
  • garam dan gula secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Kisar lada hijau dan bawang putih guna chopper saja. Jangan hancur sangat. Boleh juga ditumbuk.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang putih & lada hijau yang dikisar kasar tadi hingga naik bau. Kemudian masukkan tomato, kacau.
  3. Masukkan 2 sudu besar rempah kari dan kacau sebati.kari sedap guna sardin
  4. Seterusnya masukkan setengah cawan air.
  5. Masukkan sardin 1 tin termasuk semua sos sekali.
  6. Masukkan 1 sudu kecil gula dan garam 1 sudu kecil setengah.
  7. Masak sampai menggelekak! Siap!kari sedap guna sardin

Dah siap kari sedap guna sardin je! Memang mudah dan senang kan? Anda boleh masak ini untuk makan dengan nasi panas-panas atau cicah roti pun boleh. Selamat mencuba dan menikmati. Semoga bermanfaat.

Nota tambahan: Masakan kari sedap guna sardin ini tidak menggunakan santan. Jika ingin menggunakannya boleh saja. Tanpa santan pun kari ini dah cukup sedap sangat.

Sumber: Wan

Baca juga: Resipi Chilli Oil Asli China Pekat Melikat! Sangat Wangi Beraroma. Kena Kacau Minyak Panas 3 Kali Dengan Berperingkat. Ini Caranya!

tags: | |