Nasi Kandar adalah hidangan yang disukai rakyat Malaysia kerana kelazatannya yang disaluti lauk sedap bersama kuah campur pekat yang menggoda.
Ia menjadi simbolik makanan paling sedap di negeri Penang. Ada yang suka kuah banjir dan ada yang suka kuah sedang-sedang sahaja bergantung kepada selera masing-masing.
Bercakap mengenai hidangan nasi kandar, sebuah restoran nasi kandar – Nasi Kandar Sulaiman di Penang, Malaysia menjadi bualan ramai apabila dia berkongsi tentang seorang pelanggan dari Singapura membuat pesanan Nasi Kandar paling mahal dengan harga setalam RM300.
Apa yang lebih mengujakan, pelanggan dari Singapuran yang juga merukapan seorang pempengaruh (influencer) dikenali dengan nama Zermatt Neo turut membawa talam sendiri untuk makan nasi kandar yang mewah itu.
“RM300, pecah rekod! All time biggest ever record. Seorang makan. Orang Singapura Dia memang seorang influencer TikTok buat video makan banyak-banyak.
“Siap bawa talam lagi. Nama TikTok dia Zermatt Neo. Kali ini dia mai nak NKS makan nasi kandar sampai RNM300. Rekod paling tinggi dalam sejarah NKS. Kami tak panggil dia, dia sendiri yang nak mai makan,” tulisnya dalam hantaran di media sosial Nasi Kandar Sulaiman berkenaan.
Melihat kepada gambar, lauk-lauk nasi kandar yang dimakan olehnya sangat banyak dan sedap. Ada ayam, sotong, telur, udang dan banyak lagi lauk yang melimpah.
Setakat artikel ini ditulis, hantaran berkenaan memperoleh sebanyak 3 ribu lebih tanda suka.
Sumber: Nasi Kandar Sulaiman
Baca juga: Peniaga Kedai Makan Jual Makanan RM1 Sejak 2016, Percaya Walau Dapat Untung Kecil Ia Tetap Rezeki