Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Ayam Masak Kurma Ala Kenduri, Pekat & Memang Sedap

Resipi Ayam Masak Kurma Ala Kenduri, Pekat & Memang Sedap

Kategori:

Sebut je Ayam Masak Kurma, mesti terbayang nasi hujan panas atau nasi minyak yang dihidangkan sekali dengan acar.

Bukan tu sahaja, hidang ayam masak kurma dengan nasi putih, sambal belacan dan ulam-ulaman pun sangat sedap. Memang berselera kalau makan beramai-ramai.

Jom layan resipi kali ini dari Che Nom. Memang tak rugi kalau nak cuba.

Cara Masak Ayam Masak Kurma

Bahan tumbuk halus:

  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 2 inci halia

Bahan bancuhan rempah:

  • 1 pek rempah kurma
  • Sedikit air

Bahan-bahan lain:

  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • Daun kari
  • 1/2 ekor ayam
  • 1 batang karot
  • 1 biji kentang
  • 1 mangkuk kecil santan cair
  • 1 biji bawang besar
  • 1 mangkuk kecil santan pekat
  • 1 biji tomato
  • 2 biji cili hijau
  • 2 biji cili merah
  • 3 biji cili padi
  • Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak.
  2. Masukkan bahan kisar, rempah tumis dan rempah kurma ayam, kacau sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam kacau sebati dan biar masak seketika.
  4. Masukkan kentang dan lobak merah serta sedikit asam jawa.
  5. Apabila kentang dan lobak merah sudah empuk, masukkan santan.
  6. Kacau sebati dan biarkan mendidih.
  7. Masukkan tomato, garam dan gula secukup rasa.

Baca juga: Resepi Ayam Goreng Vietnam Yang Mudah

tags: