Karipap merupakan kuih yang menjadi kegemaran ramai untuk sarapan atau minum petang.
Dijual dengan inti kosong ataupun inti ayam/daging, sememangnya ia sedap dimakan bersama teh o.
Bercakap berkenaan karipap, terdapat seorang peniaga karipap yang mendapat perhatian ramai di laman X apabila ramai yang ingin membeli karipap untuk membantu jualannya.
Kisah peniaga tersebut dikongsi oleh seorang pengguna laman X dengan nama Colin Charles.
Dia menyatakan bahawa dia terjumpa dengan peniaga karipap itu di Uptown 2 berhampiran dengan kedai serbaneka 7 Eleven.
“1 pek karipap harga RM6. Peniaga ini berniaga di Uptown, di Uptown 2 di hadapaan 7 Eleven. Peniaga ini sudah tua dan semestinya ia untuk kelangsungan hidupnya,” tulisnya dalam keterangan (kapsyen) gambar.
Berdasarkan gambar tersebut, peniaga berkenaan menunjukkan karipapnya dengan papan iklan yang ditulis olehnya sendiri.
“It takes 1 pack of curry puff 2 help me survive. Thank you! For any enquires on supply / order, please contact: 017-6889092.” tulisnya.
Berdasarkan papan iklan kecil yang ditulisnya, ada yang memuji tentang penulisan iklan (copywriting) yang ditulis oleh makcik / peniaga tersebut.
Jadi, sesiapa yang ingin membantu peniaga tersebut, bolehlah pergi ke lokasi yang tertera untuk membeli karipap darinya.
Semoga pernigaan peniaga-peniaga kecil seperti makcik ini selalu dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan.
Sumber: Collin Charles