Peningkatan harga makanan kadang-kala berlaku untuk menampung kos bahan yang tidak menentu peningkatan dan penurunannya.
Menaikkan harga makanan atau jualan boleh diambil kira sekiranya ia tidak berlebihan dan mengikut harga pasaran.
Namun, lain yang terjadi dengan pengalaman seorang pelanggan yang berkunjung ke sebuah kedai makan apabila dia menceritakan perasaan tidak puas hatinya kepada orang ramai.
Ini terjadi kerana dia dikenakan harga yang melampau untuk 3 pinggan nasi campur yang berjumlah RM156.50
Menerusi gambar yang dikongsi oleh Rhino KL di dalam satu group di laman Facebook, kelihatan pelanggan tersebut mengambil tiga pinggan nasi berkenaan.
Setiap pinggan terdapat 2 lauk utama serta kuah dan sayur. Antara lauk yang diambilnya ialah ayam goreng, sotong dan daging.
Namun, ramai terkejut melihat harga yang perlu dibayarnya selepas melihat resit pembayaran yang dikongsi oleh lelaki berkenaan. RM156.50 untuk 3 pinggan harga nasi campur.
Meninjau ruangan komen, ramai yang berpendapat mungkin kerana kuantiti sotong yang diambil salah satu pinggan tersebut banyak menyebabkan harga nasi menjadi mahal.
Tetapi, ada juga yang tidak bersetuju dengan harga sotong semahal itu.
Jika anda melihat hantaran ini, apakah pendapat anda?
Sumber: Rhino KL