Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Anak Teringin Nak Makan Durian..” – Peniaga Durian Sedekah Selonggok Durian Kepada Pakcik Hulur Nota, Ini Kisahnya..

“Anak Teringin Nak Makan Durian..” – Peniaga Durian Sedekah Selonggok Durian Kepada Pakcik Hulur Nota, Ini Kisahnya..

Kategori: ,
peniaga durian

Harga durian atau raja buah sememangnya agak mahal berbanding buah lain jika melihat kepada gred-gred durian yang pelbagai.

Melihat kepada itu, bukan semua orang mampu untuk membeli durian kerana harganya.

Terbaharu, menerusi satu hantaran seorang peniaga, dia terkejut apabila didatangi seorang warga emas yang meminta diberikan sebiji durian demi menunaikan keinginan anak.

“Anak Teringin Nak Makan Durian..” – Peniaga Durian Sedekah Selonggok Durian Kepada Pakcik Hulur Nota, Ini Kisahnya..

Pemilik Restoran Mr Patin House di Balok Kuantan, Pahang berkata warga emas yang dianggarkan berusia 70-an datang semasa mereka sedang mempersiapkan kedai untuk tutup.

peniaga durian

“Kebetulan masa dia sampai, kedai dah nak tutup tapi masih ada buah di kedai saya. Dia berjalan ke kedai dan memanggil pekerja, sambil senyum menghulurkan tangan untuk bersalam.

“Dia hulurkan kertas sejurus sapaan disahut, Selepas membaca nota yang diberikan, pekerja saya tersentap dan terus memberikan selonggok buah durian kepada pakcik itu,” katanya yang tidak berkesempatan bertemu dengan warga emas tersebut. peniaga durian

Dia yang dikenali sebagai Rizal turut meluahkan rasa syukur kerana pekerjanya bertindak pantas dengan memberikan buah durian.

“Pakcik Minta Murah,, Kami Bagi Yang Mahal..” – peniaga

“Semua hiba selepas tengok pakcik itu menitiskan air mata apabila buah diberikan dengan jumlah yang banyak.

“Selonggok kedai saya ada 5 atau 6 biji, dia minta buah yang paling murah tapi kami bagi dia merasa kualiti Udang Merah,” tambahnya yang telah empat tahun berniaga durian di sampung restoran sajian patin. peniaga durian

Hantaran berkenaan mendapat pujian daripada orang ramai yang berterima kasih kepada peniaga kerana sebarkan kebaikan kepada orang ramai.

“Semoga setiap suap yang dimakan, Tuhan akan balas dengan segunung uhud pahala kepada peniaga durian terbabit,” ujar beberapa warga maya sambil mendoakannya.

Sumber: Mr Patin House / mStar

Baca juga: Pelanggan Kesal Peniaga Di Stadium Jual Burger Stadium Macam Ni, Inti Daging Hanya Tinggal Separuh

tags: