Biasanya, masakan petai dimasak dengan cara hidangan sambal seperti sambal bilis atau udang.
Namun berbeza sedikit dengan seorang wanita asing yang berkongsi resipi spaghetti luar biasa kerana menggunakan petai sebagai kuah atau sos dan ia telah menarik perhatian rakyat Malaysia.
Malah, resipi berkenaan turut mendapat perhatian Permaisuri Pahang, Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang turut memuji resipi ini.
Berkongsi video di laman TikTok, pemilik akaun yang dikenali dengan nama Georgia dan dalam masa yang sama merupakan pencipta @simplegreensoul telah berkongsi video resipi Spaghetti Kuah Petai. Ia merupakan sebuah laman yang mempromosikan gaya hidup berasaskan tumbuhan.
Resipi ini diilhamkan oleh seorang netizen pada salah satu video TikTok Georgia sebelum ini yang mengatakan bahawa dia memasak spaghetti dengan petai.
Beliau menunjukkan petai pada permulaan video sebelum menunjukkan cara membuat hidangan tersebut.
Langkah-langkahnya hampir sama seperti membuat hidangan spaghetti lain tetapi dengan semua bahan berasaskan tumbuhan dan beberapa langkah tambahan dengan menambah sambal dan tentunya petai.
Melihat kepada ruangan komen, ramai rakyat Malaysia hadir di ruangan komen memuji resipi tersebut.
Tidak ketinggalan, akaun TikTok rasmi Permaisuri Pahang turut tampil memberi komen pada video tersebut, mengatakan bahawa baginda mahu mencuba resipi Spaghetti Kuah Petai berkenaan.
Georgia kemudian membalas komen tersebut dengan menggesa Tunku Azizah Aminah untuk mencubanya dan mengucapkan terima kasih atas komennya.
Dalam beberapa komen yang lain, ramai juga yang memuji resipi tersebut yang digabungkan dengan petai dan berhajat ingin memasak dengan merujuk resipi Spaghetti Kuah Petai tersebut.
Sumber: Vocket / simplegreensoul
Baca juga: Beli Ikan Sardin Tapi Isinya Lain Macam. Ramai Nasihat Untuk Elak Beli Jenama Dari Negara..