Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Taknak Membazir Nasi? Ini Cara Buat Keropok Rangup Guna Lebihan Nasi Sejuk

Taknak Membazir Nasi? Ini Cara Buat Keropok Rangup Guna Lebihan Nasi Sejuk

Kategori: ,
lebihan nasi sejuk

Bagi anda yang selalu mengalami masalah tentang pembaziran nasi dan tak nak membazir, ayuh Min kongsi resipi bermanfaat buat anda.

Jadi, jika lain kali anda terlebih memasak nasi, bolehlah buat buat keropok goreng selain masak nasi goreng.

Taknak Membazir Nasi? Ini Cara Buat Keropok Nasi Guna Lebihan Nasi Sejuk

lebihan nasi sejuk

Bahan-bahan:

  • 2 cawan nasi sejuk
  • 500 gram tepung ubi
  • 1 labu bawang putih – tumbuk
  • garam
  • serbuk lada sulah
  • belacan
  • serbuk perasa secukupnya
  • air panas secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Rendam nasi sejuk dengan air panas selama 1 jam. Kemudian tapis.
  2. Satukan semua bahan (kecuali tepung ubi) ke dalam blender. Masukkan sedikit air (cukup sekadar untuk bagi blender berputar sahaja).
  3. Tuang ke dalam bekas dan masukkan tepung ubi. Uli hingga jadi doh. Boleh rasa jika doh sudah cukup perasa atau tidak. Jika tidak cukup, boleh tambah.
  4. Jika suka, boleh letak pewarna kesukaan anda.
  5. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian. Bentukkan mengikut saiz kesukaan anda. lebihan nasi sejuk
  6. Didihkan air dalam periuk dan masukkan keropok tadi. Masak hingga doh keropok terapung.
  7. Angkat doh dan lalukan di bawah air mengalir. Toskan. Sejukkan dan simpan doh dalam peti sejuk beku semalaman.
  8. Keluarkan ketulan doh keropok dan hiris nipis-nipis.
  9. Susun dalam bekas bersesuaian dan jemur hingga kering. Biasa kalau cuaca panas dan matahari terik, boleh jemur dalam 2 hari.lebihan nasi sejuk
  10. Bila kepingan keropok sudah kering, simpan dalam bekas kedap udara dan boleh digoreng pada bila-bila masa.
  11. Keropok digoreng, sedia untuk dimakan.

Jadi jika anda ada lebihan nasi sejuk, bolehlah buat keropok ini untuk dimakan.

Sudah siap resipi ini. Terima kasih buat Mazura Esha. Semoga pembaca beroleh manfaat daripada perkongsian ini.

Sumber: Mazura Esha

Baca juga: Yakiniku Kuro Belanja 100 Gram Daging Setiap Hari Lahir, Ini Cara Dapat Percuma Makan Setiap Tahun

tags: | |